Tuesday, November 11, 2008

Kisah sedih dan benar seorang mangsa aids

“Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda…., siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai .. jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang, bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka.Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.

Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat.

Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..

Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang takkesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.

Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka , Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu….. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.

Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya.Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu…. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yg sah.

Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk,tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya … Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung… biarlah dia saja yang menanggung semuanya.Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya……
Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkantekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti ‘memulangkan buah keras’ kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih…… Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa.. dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif… berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti… hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya….. bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya… perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi.. mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya….

Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.

Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini…………

Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak, Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknyadiejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama…… Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.

Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah … dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu. Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda…… dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain. Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu… dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS….. Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut……

Buat Allahyarham Kak Rahimah….. semoga rohnya dicucuri rahmat……
Al Fatihah………….

Monday, November 10, 2008

Cerita Lawak : Suami Yang Sengal (Pang!!!)

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruhsemalam…..namanya Mary…..” si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur….. Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…

Pemandi Teksi @ Pemandu Kereta Jenazah

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan. Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap.“Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!” Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:”saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.”

Dengan selamba pakcik itu menjawab: "Mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!"

Cerita Lawak : Berfikir secara Kreatif

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan.. "Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, .."Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..".."Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif.. hehehe... mat mat

Cerita Lawak : Monyet

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun. Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?” Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta..
dan kamu sendiri pula buat apa monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Cerita Lawak : Rahsia Kentut (Buang Angin)

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPAOrang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Cerita Lawak : Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentineini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”. “Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja.

Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah. Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

Cerita Lawak : Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...barumasuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat,sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, samabrand....sedondon...Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam irontudung...pakai tudung....Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras....sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgnpakai apa-apa.Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajuga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Cerita Lawak : Antara ha'ah, benar dan betul

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir."Maaf dik.. tumpang tanya..

Apa betul ini jalan Pasir?"Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalanPasir?"Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini JalanPasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi.."Saya keliru..

Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?""Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"tanya Pelancong lagi..Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Dialog Bengong....

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don'thave time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)
Caller: Yes! You should be sorry.. Now give me your name!!

Benar Sebenar-Benarnya.. Bukan Auta

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'c*b*i' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan.Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau- kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok

Friday, October 17, 2008

Laptop yang paling canggih




Kepada anda yang berminat untuk memiliki sebuah komputer Laptop yang canggih, saya syorkan anda memilih MacBook atau MacBook Pro dari Apple. Mungkin ada yang ragu kerana komputer ni dari Apple, adakah ianya fully compatible dengan software yang anda guna atau miliki di pejabat anda. Jawapannya, anda tidak perlu bimbang lagi. Ini kerana semua komputer Apple hari ini boleh di boot untuk menggunakan Windows XP atau Vista atau Mac OS X (perisian Apple sendiri). Bahkan kebanyakan software Apple hari ini (dalam mode Apple) juga boleh di savekan kepada format PC biasa. Bahkan komputer Apple juga adalah lebih laju dari PC biasa jika anda menggunakan Window Vista.


Jadi apa yg menariknya dengan MacBook atau MacBook Pro yang baru saja dilancarkan oleh Apple sejak 14hb Oktober lalu ?

Untuk pengetahuan anda, MacBook atau MacBook Pro menggunakan processor Intel Core 2 Duo dan Mac Book menggunakan graphic card NVIDIA 9400 dan manakala MacBook Pro pula menggunakan dua GPU iaitu 9400 integrated dan 9600GTX secara discrete. Ini bermakna MacBook Pro boleh disuiskan ke mode 'heavy duty' 9600GTX jika diperlukan tetapi ini mungkin menyebabkan penggunaan kuasa bateri yang lebih. Selain itu, yang menarik tentang kedua-dua MacBook yang baru ni adalah kerangkanya yang dibina secara unibody iaitu dibina dari sekeping alumnium yang dipotong dengan menggunakan laser bagi menghasilkan binaan kerangka yang teguh, kuat dan kelihatan menarik. Belum pernah ada lagi sebelum ini sebuah pun laptop dari syarikat lain yang menggunakan teknologi ini. Itulah sebabnya Apple berjaya menghasilkan sebuah laptop yang paling nipis di dunia iaitu Apple MacBook Air.




Dengan resolusi skrin 1980 x 1200 dan teknologi LED (bukan LCD), gambar kelihatan lebih terang dan jitu berbanding kebanyakan notebook lain. Ia juga mempunyai kamera iSight terbina dalam pada skin beresolusi 2MP sesuai untuk komunikasi IM.
MacBook atau MacBook Pro juga mempunyai TrackPad yang lebar yang dibina dari kaca. Ianya tidak mempunyai butang sebagaimana trackpad biasa. Ini adalah kerana keseluruhan touchpad tersebut adalah bertindak sebagai butang. Dan yang menariknya, touchpad MacBook menggunakan teknologi Multi Touch Apple yang unik bagi memudahkan anda dalam menggunakan laptop anda.

Thursday, August 21, 2008

Citer-Citer Lucu

Cerita Yang Tak Logik - Pengalaman Paling Ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


TELINGA

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Thursday, August 14, 2008

Kedahsyatan dan kengerian hari kiamat


Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "
Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah. (Surah Annamel : 87)
Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68)

Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."

Firman Allah s.w.t. lagi: "Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila." (Yang bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan diturunkan para Malaikat dengan seketika."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama alla ta'budusy syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza shiraatum mustaqim. Walaqad a adholla minkum jibilla katsiera afalam takuni ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."

Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.

Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya."
Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin.
Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."

Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi min aina iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hertanya dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya pada hari kiamat dan berkata: "Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak itu memuji kebaikannya lalu ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya berhajat kepada hasanatmu yang sekecil dzarrah, kalau-kalau saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini." Jawab anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu tidak dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada isterinya dan berkata kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka dipuji oleh isterinya, lalu berkata: "Saya ini minta kepadamu satu hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat dari apa yang kau lihat ini." Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu terhadap diriku seperti engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza qurba." (Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya itu jika memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang dekat."

Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah aku, meskipun masuk kedalam neraka."

Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu.
Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan syafa'atmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini. Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang pertama.
Maka mereka pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali.
Rasulullah s.a.w. bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah iaitu ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem (Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga ketika isterinya akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata: "ini saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah kami, gunakan syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini." Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s. Ruhullah dan Kalimatullah."
Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?" jawab mereka: "Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah."
Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu syurga dan mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.". Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."

Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t. berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan mereka bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah.
Demi Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat." Maka menangislah semua yang hadir.

Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: "Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah, andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."

Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat, dan ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya, maka sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."

Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."

Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai ancaman.
Saudara-saudaraku, berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal., itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada Rabbul Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya.
Hari dimana semua manusia dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari dimana seorang ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap mereka mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."

Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Siapa Dajjal Itu ?.

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis di dahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah? "Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."

H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

2. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang."

H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

3. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

KURSUS TERNAKAN CACING SECARA KOMERSIAL DI KOTA BHARU



KURSUS TEKNOLOGI PENTERNAKAN CACING KOMPOS

DI KOTA BHARU

PADA
30 OGOS 2008 (SABTU)

BETERTEMPAT DI

ROYAL GUEST HOUSE
(SEBELAH ISTANA BALAI BESAR / RESTORAN CIKGU)

MASA : 9.30 PAGI - 1.00 TGH HARI

DAN

LAWATAN KE TAPAK TERNAKAN CACING
DI KG. MASJID KOTA, KOTA BHARU
(2.30 PETANG)


YURAN KURSUS : RM200
(TERMASUK MAKAN & MINUM)


  • SETIAP PESERTA AKAN MENERIMA SIJIL KURSUS TERNAKAN CACING ANJURAN AGROBIO NETWORK

  • SEMUA PESERTA KURSUS AKAN DITAWARKAN PINJAMAN SEHINGGA RM20,000 DARI AGRO BANK / MARA / TEKUN.

  • SEMUA PERMOHONAN PINJAMAN & PENYEDIAAN KERTAS KERJA AKAN DILAKUKAN OLEH PIHAK AGROBIO NETWORK.

  • SEMUA PENYEDIAAN BANGSAL TERNAK / PENYEDIAAN RAK, BEKALAN CACING, PENYEDIAAN MEDIA CACING AKAN DILAKUKAN OLEHKAN PENGURUSAN AGROBIO NETWORK.

  • AGROBIO NETWORK JUGA AKAN MENGAWAL SELIA & MEMBERI KHIDMAT NASIHAT & TEKNIKAL UNTUK TEMPOH 6 BULAN PERTAMA BAGI MEMASTIKAN PROJEK ANDA BENAR-BENAR BERJAYA

  • PELUANG ANDA UNTUK MEMPEROLEHI PENDAPATAN ANTARA RM10,000 - RM30,000 SEBULAN DENGAN SUASANA KERJA YANG SANGAT MUDAH !


UNTUK PENDAFTARAN KURSUS & KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :


AGROBIO NETWORK

LOT 2380 CABANG TIGA

KG MASJID KOTA

15100 KOTA BHARU

KELANTAN


019-9353650 / 019-936 1498 - DR ZAIN
UNTUK PEMBAYARAN KURSUS, SILA BUAT BAYARAN KE AKAUN
NO. AKAUN MAYBANK : 1530 1006 1625 (MOHD ZAIN BIN AWANG)
DAN SMS KAN NO. SLIP BANK ANDA KE NO. HP : 019-936 1498
& BAWA/TUNJUKKAN SLIP SEMASA HARI KURSUS.

ANTARA YANG PULANG DARI NERAKA DAN YANG TAKUT KE NERAKA

Puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam`kepada Nabi kita termulia yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam, Muhammad sang terpilih dan kepada keluarganya yang baik dan suci.

Bila sebut tentang "neraka" semua orang tahu apa itu neraka? Tapi belum ada lagi sesiapa yang ada pengalaman tinggal di neraka kerana dunia masih belum kiamat dan pengadilan di Padang Mahsyar masih belum berlaku. Tapi bila sebut neraka dunia, ramai yang tahu apa itu ‘neraka dunia’ sebab dalam hidup manusia di dunia ini ada yang pernah merasakan macam-macam jenis azab sengsara yang dianggap sebagai ‘neraka’.

Ramai yang masih tak sedar diri biarpun telah melakukan pelbagai kemungkaran di dunia akibat masih belum menerima hukuman. Maka mereka merasakan ‘dosa’ itu seolah-olah ‘tak ada’. Selagi belum ditimpa ‘karma’, mereka merasa ‘tak bersalah’ melakukan ‘dusta’ terhadap sesama manusia apa lagi dosa dengan Tuhan kerana mereka tak mempunyai ‘conscience’, tak takut Tuhan, tak percaya dengan hari pembalasan ketika kuasa dan kekayaan berada dalam genggaman.

Ramai yang terlupa bahawa hidup di dunia ini ialah berhutang taubat dengan Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w. pun beristifar sebanyak 1,000 kali sehari walaupun dia manusia yang maksum.

Macam mana nak bertaubat kalau ramai yang ‘berhutang’ pun tak mahu bayar ‘hutang’ sedangkan tak bayar ‘hutang’ satu dosa yang besar. Bukan mereka tak dengar ketika mayat mahu dibawa keluar dari rumah, ada ahli keluarga yang mengingatkan, jika simati ada berhutang dengan hadirin beritahu ahli keluarga untuk diselesaikan atau dihalalkan. Ada yang buat tak kisah sebab tak nampak malaikat Raqid dan Atid selaku CCTV Tuhan yang mendokumentasikan segala dosa dan pahala yang dilakukan oleh seseorang individu yang akan menerima azab kubur sebelum menerima azab di neraka.

Firman Allah dalam Surah al-Qaf, ayat 1:"Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir".

Hari terakhir bulan Mac, 2008, pukul 5.30 petang, saya sampai di pejabat anak angkat saya di Taman Dagang, Ampang untuk menghantar 20 buah buku ‘Gerhana Raja dan Malaysia Today’, buku mengenai Raja Petra, blogger yang sedang merasakan bahang neraka ketika di heret ke mahkamah dunia.

Radzi seorang boss yang baik. Dia ingin melihat anak buahnya ‘celik politik’. Macam mana nak jadi ‘modal insan’ kalau tak ada ikmu di dada? Tanpa ilmu pengetahuan kita tidak boleh berfikir di luar kotak, tanpa ilmu kita akan terumbang ambing dan merempat mengemis dalam tanah air sendiri. Mungkin dia tahu ‘kejahilan’ hidup tanpa ilmu pengetahuan itu satu dosa besar.

Bangsa Arab hidup dalam keadaan hina dina sebelum munculnya Nabi Muhammad SAW yang membawa Al-Quran sebagai cahaya kepada umat Arab yang bodoh, bangang, tak ada ‘conscience’ dan tak kenal dosa pahala. Bila Al-Quran yang membawa rahmat kepada sekian alam diterima, mereka menjadi bangsa yang dimuliakan tetapi bila pengetahuan tidak lagi diberi perhatian mereka mudah di permain-mainkan oleh Amerika dan Yahudi seperti ‘orang kita’ yang ‘sakit’ hidup dalam negerinya sendiri.

Mungkin Radzi adalah anak Melayu yang pertama yang membuka syarikat mengutip hutang secara Islamik menggunakan internet. Selain pemungut hutang boleh menyelamatkan mereka yang berhutang dari menuju ke neraka, dia mengingatkan peminjam supaya setiap orang berhutang mesti bayar, apa lagi mereka yang kaya raya yang berjawatan tinggi dan yang mahu memimpin Melayu.

Radzi berasal dari Ijok. Dulu Tan Sri Khalid tokoh korporat tidak terkenal, sehinggalah Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Khir Toyo manten Menteri Besar yang penuh dengan kontroversi. Dalam pilihan raya kecil pertama, ketika Khalid bertanding, Radzi menjadi wakil calon. Saya datang menemuinya dan makan tengah hari bersama di sebuah restoran. Ada yang tak senang dengannya kerana menyokong Khalid namun selaku orang yang mahukan perubahan Radzi tak peduli.

Akibat tak mahu bayar ‘hutang budi’ pada rakyat, yang mengamanahkan kuasa kepada pemimpin BN maka berlakulah tsunami politik. Kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-12 antara sebabnya ramai sangat pemimpin yang terhutang budi tapi tak mahu bayar. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Tulisan saya kali mengingatkan pemimpin bila berhutang, belajar bayar hutang tak kira kepada siapa saja dan dalam bentuk apa sahaja. Terutama menteri yang ada hutang pada penulis jangan buat-buat lupa.

Paling ramai rakyat Malaysia yang tak bayar hutang ialah ‘orang kita’, antaranya hutang dengan Mara sama ada ketika menuntut atau berniaga biarpun dia kaya raya. Kalau kita tengok rumah terbakar kita tolong padam, tak mampu kita panggil bomba. Bagaimana kita melihat saudara kita akan di bakar api neraka jahanam kerana dibelengu oleh dosa besar? Apakah kita berpeluk tubuh duduk diam dan kata ‘sabar ajelah’?

Satu penyakit ‘orang kita’ selain tak menghormati waktu, tak suka membaca, tak suka memburu ilmu, retorik bila memperkatakan tentang ‘ketuanan Melayu’ dan ‘kedaulatan bangsa’, hidup menanggung hutang. Politik itu tanah air, rumah duduk dan tanah sekangkang kera pun tak ada, tak usahlah mengada-ngada. Apa bezanya dengan orang yang tergila-gila mahu duduk di kerusi pemimpin, bila sudah duduk tak mahu turun, sudah tua masih gila kuasa sedangkan dosa ‘terhutang budi’ pada pengundi masih belum beres lagi? Pirah....

Apakah hilang lima negeri bukannya akibat rakyat merasakan janji tinggal janji? ‘Sakit’ bila memikirkan ‘hutang budi’ yang tak perlu bayar didunia boleh dibawa mati akhirnya ahli parti yang bertungkus lumus buat kerja macam hendak mati lari meninggalkan parti baru pemimpin gigit jari.

"Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi hilang lima negeri".

Nabi Muhammad SAW tak mahu melakukan solat sunat bagi seorang kerana takut kecilkan hati sipemberi hutang sedangkan tidak mahu menjelaskan hutang adalah dosa yang besar.

Apakah tak mustahil mereka yang ‘berhutang’ tak bayar, belum mati rohnya tergantung menjadikan hidup mereka penuh stress dan menemui bermacam-macam mala petaka? Apakah kita tidak terhutang hidup dan nyawa dengan Tuhan yang Maha Esa atau dengan Nabi Muhammad SAW yang membawa kita menjadi Islam? Apakah kita tak terhutang budi kepada kedua ibubapa kita pada bangsa dan negara?

Ketika saya sampai, Radzi sedang minum petang bersama anak buahnya. Dia tanya buku apa yang saya sedang tulis. Saya jawab "Pulang Dari Neraka, Dunia Belum Kiamat".

"Ini mungkin kisah Anwar akan jadi Perdana Menteri" Radzi berseloroh. Radzi mula bertanya "apakah peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri?"

Buat apa terkejut apabila membaca tulisan saya mengenai Brother Anwar yang baru pulang dari neraka yang mendapat liputan muka depan Newsweek? Saya bukan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika kita takut dengan Allah, suka hati Tuhanlah jika Tuhan nak pilih dia jadi Perdana Menteri.

‘To Hell And Back’ Anwar Ibrahim was Asia’s most celebrated young leader before he was sent to jail. Now, he has a second chance. - Newsweek

Hanya dengan ‘membaca’ baru kita tahu apa itu ‘politik’? Ada peribahasa Arab yang berbunyi as siasah an najisah. Politik seperti najis. Politik ibarat satu bekas jika madu yang diisi madulah rasanya, jika racun yang dibubuh dimakan akan mati. Politik adalah seni yang tertinggi Al-Ghazali.

Dengan membaca sejarah politik yang saya dokumentasikan, sejarah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dan Anwar Ibrahim menjadi ketua Pemuda UMNO tahun 1982 anda akan tahu peranan penulis dalam politik Malaysia. Siapa Mahathir dan siapa Brother Anwar? Siapa Musa Hitam dan siapa Tengku Razaleigh? Kenapa membiarkan diri anda mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang suka berdusta?

Alangkah baiknya jika para Wakil Rakyat atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO membelanjakan sebahagian kecil dari pendapatannya untuk membeli buku-buku politik atau menghidupkan perpustakaan seperti yang dilakukan oleh Tok Mat Hassan di Negeri Sembilan. Jangan jadi seperti pihak berkuasa di bangunan UMNO yang menghalau ‘penulis politik’ yang menjual buku seperti pendatang haram ketika Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Berilah buku pada ahli-ahli UMNO supaya mereka faham dan tahu sejarah politik. Ada yang mahu membaca, duit banyak masih mahu meminta buku percuma, ‘sakit’ punya pemimpin. Apa untungnya membazirkan wang untuk membawa mereka ke Thailand atau Indonesia dengan alasan "melawat sambil belajar". Apakah yang hendak di pelajari di Thailand kita pun tak tahu? Sendiri punya diri sendiri mahu ingat. Kalau mahu cari barang ‘ipoh mari’ di KL pun banyak, ‘China doll’ dari Shanghai pun ada.

Takut apa dengan orang yang sudah dihumbankan ke dalam neraka, diberi aib, malu semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ke penjara? Hairan apa... bila Anwar muncul semula, bila Pak Sheikh sebagai ‘wira’ pemimpin utama Pakatan Rakyat? Kasihan Mahathir ‘sakit’ takut pada Anwar memusuhi Pak Lah dan menantunya kerana menyangka mereka bersubahat dengan Anwar. Pelik, kalau terasa berdosa minta maaf sajalah, buat apa menyusahkan rakyat seluruh negara.

Kali terakhir Brother Anwar berada di Dewan Rakyat ialah 10 tahun lalu. Saya masih ingat, tahun 1998. Waktu itu saya sedang menginap di Hotel Legend untuk menyiapkan sebuah buku. Akibat dari pemecatan Brother Anwar itu, buku yang sedang saya tulis tak jadi diteruskan dan sebagai gantinya saya terus menulis sebuah buku lain bertajuk "Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi, kopi kasi, wang kasi, tak ada saksi."

Ada masanya kita sukar nak menafikan kata orang tua-tua, penulis ini memang macam lilin. Saya pernah kata pada Anwar Ibrahim di Hotel Ramada Melaka, negeri pertama dia lawati semasa baru jadi Timbalan Perdana Menteri. Rahim Thambi Chik Ketua Menteri suruh saya pergi jumpa Brother Anwar. Dalam perbualan itu saya kata "Rugi saya ni jadi orang perjuangan, apa pun tak dapat kerana kita terlalu ‘ideal’.

Jawab Anwar, "Tidak... tak rugi, teruskan perjuangan you. Berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air yang you lakukan itu mulia."

Dari mula Anwar hilang jawatan hingga ke saat Anwar keluar dari penjara Sungai Buloh. Satu-satunya penulis yang berjuang bermati-matian kerana Anwar Ibrahim ialah Mohd Sayuti Omar @(MSO).

Sayuti Omar menulis dan menerbitkan pelbagai buku dan majalah, tak kenal penat lelah dan jemu-jemu. Padahal Anwar pernah mencemuh dan membencinya semasa Anwar berkuasa dulu...! Tapi Sayuti selaku ‘lilin’ terpaksa membakar diri untuk memperjuangkan apa yang dipercayainya.

Apakah kita lupa selaku umat Islam kita mesti mengamalkan amar makruf nahi mungkar? Bercakap mengenai ‘hutang’ apakah Tun Mahathir, Abdullah Badawi dan siapa saja pemimpin UMNO yang pernah duduk di kerusi Timbalan dan Presiden UMNO tidak terhutang pada penulis? Kenapa? Tak percaya ke? Cuba muhasabah diri dan fikir semasa duduk seorang diri. Musa Hitam berjaya membuktikan di mahkamah, dia kalah dengan Tun Ghafar Baba dalam merebut kerusi Timbalan Perdana Menteri disebabkan buku saya ‘Challenger - Siapa Lawan Siapa 1987’.

Musa saman saya satu juta setengah. Waktu itu, jumlah satu juta setengah saman ke atas media boleh dianggap antara yang tertinggi. Saya menanggungnya seorang diri.

Seandainya saya tidak menarik balik subphoena terhadap Tan Sri Mohamad Rahmat yang ketika itu menjadi Menteri Penerangan juga Setiausaha Agung UMNO sebagai saksi utama, besar kemungkinan saya tidak dijatuhkan hukuman atas permintaan Tok Mat. Demi untuk menjaga nama baik UMNO dan kerajaan BN, saya dinasihatkan oleh Tok Mat supaya menarik subphoena tersebut. Akibatnya saya dihukum dan terpaksa membayar kepada Tun Musa Hitam, satu sen pun tak boleh kurang. Inilah nasib penulis yang bila kita sokong Musa kita dilabel ‘orang Musa’. Tolong Mahathir dilabel orang Mahathir, bila penulis terkena siapa pun tak tolong bayar hutang. ‘Sakit’.

Pada mulanya saya terfikir juga disebalik kebebasan menulis sebenarnya ada hukuman timbal balik terutama di kalangan penulis sendiri yang suka berkokok di sana sini seperti ayam bapak tua yang berkokok di tengah hari. Apakah mereka tidak akan mempersoalkan apa dah jadi dengan Pak Habib tiba-tiba menulis mengenai Pak Sheikh?

Kenapa tak tanya ada ke dalam UMNO selain Ku Li yang layak lawan Anwar Ibrahim? Kalau ada siapa penulis yang akan berjuang bersama mereka?

Kalau kita memikirkan kritikan, kata nista dan fitnah, dusta yang akan kita terima bila kita mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ pasti kita tidak akan menjadi seorang penulis yang ‘analitikal’ apa lagi mahu menjadi seorang penulis yang ‘prolifik’.

Nampaknya hari ini siapa saja yang menulis hal-hal yang berlainan dengan pendapat kumpulan dan puak yang menentang Pak Lah atau menantu atau musuh mereka akan dianggap tidak ‘demokratik’, yang berani, orang yang sokong Che Det saja.

Betul ke bila mempertahankan kebenaran orang itu sudah dibeli, sudah jual diri, dikecam hebat seolah-olah ‘kebebasan bersuara’ hanya milik Tun Mahathir saja? Apa salahnya kita mempunyai pendapat yang berlainan dari mereka?

Apakah orang yang berani bersama puak mereka saja yang betul? Yang berani menyatakan kebenaran dianggap musuh dan tak betul? Selagi hidup selagi melawan. Itulah Anwar yang pertama kali saya tulis mengenainya dalam buku saya ‘Temanku Pemimpin-Pemimpin tahun 1972". Mungkin semasa merengkok di penjara Sungai Buluh ketika setiap hari dan masa dia bertemankan Al-Quran, Anwar percaya dengan janji Allah yang manusia disuruh hanya meminta kepada Allah dan dia tak kenal perkataan putus asa dan tidak menyerah bulat-bulat pada kadak dan kadar.

Siapa tahu dia telah pun membuat persediaan, hanya menunggu waktu untuk lawan Ku Li dari Gua Musang. Ada kawan beritahu saya Anwar dulu masa jadi Timbalan Perdana Menteri tak sama dengan Anwar hari ini. Kesombongan dan keangkuhan Pak Sheikh sudah tak kelihatan pada wajah dan budi bicaranya.

Baguslah tu.... Mudah-mudahan Anwar tak lupa daratan, tak lupa kawan-kawan, tahu mengenang budi, membalas budi dan jasa mereka yang walau pun tak menuntut. Jangan lupa bumi yang di pijak, bila melihat bintang di langit. Dan jangan lupa meneruskan amar makruf nahi mungkar.

Biarpun belum jadi Ahli Parlimen, tapi Anwar sudah kembali ke Dewan Rakyat, tentu ada apa-apa? Apakah kerana dia merasakan yang dia terhutang budi pada YB Datin Seri Wan Azizah, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang telah dilantik selaku Ketua Pembangkang untuk penggal Parlimen penggal ke-12 maka dia terpaksa berbuat demikian untuk membalas budi? Anwar memang banyak terhutang budi pada Wan Azizah isteri yang paling setia, sabung nyawa untuk mempertahankan suaminya.

Anwar memberitahu pemberita di Dewan Rakyat yang dia tidak akan berpatah balik sewaktu majlis pembukaan sidang Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong. Katanya: "Ini adalah permulaan baru, apabila saya melangkah masuk, saya tidak akan keluar lagi. Saya memberitahu kawan-kawan, sekarang ini saya sudahpun berada di sini, saya akan terus berada di sini, dan tidak akan berpatah balik."

Bila ditanya bila dia nak kembali jadi Ahli Parlimen, Anwar cuma jawab dia perlu bincang perkara itu dengan isterinya. Katanya: "Masih terlalu awal lagi.

Bagilah dia sikit masa, Sekarang ini adalah masa bagi wakil-wakil rakyat pembangkang menjalankan tanggungjawab mereka seperti sepatutnya."

Mungkin Anwar telah belajar dari kesilapannya yang agak gopoh dimasa lampau. Namun biar bagaimanapun Brother Anwar merasa bangga kerana isteri dan anak perempuannya berada dalam Dewan. Mengenainya anak itu, Anwar berkata, "Anak perempuan saya yang merupakan Ahli Parlimen paling muda perlu menunjukkan prestasi bagi mempastikan yang kita adalah pembangkang yang kuat."

Mungkin kekacauan dan serangan terhadap Pak Lah kerana Pak Lah melepaskan Anwar. Mahathir tahu Anwar hebat, sebab itu Anwar terpaksa dipecat dan dihukum. Siapakah yang akan diheret ke penjara untuk merasakan apa yang telah dirasai Anwar semasa di neraka dulu sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri tanpa menjadi Presiden UMNO? Apakah dia akan memaafkan mereka yang pernah berdosa dengannya? Dan apakah orang UMNO akan memaafkan Anwar dan menerimanya semula?

Ramai yang nak tahu apa harapan Anwar untuk jadi PM kerana penasihat pada parti KeAdilan itu berkata ‘saya tidak gemar istilah ‘Ketua Pembangkang’. Kami adalah kerajaan dalam penantian." Apakah tak mustahil Anwar akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama bila kita melihat timbul masalah antara Karpal Singh DAP dan MB Perak dengan Istana?

Itulah Anwar. Dari syurga, merengkuk dalam neraka dan kemudian hampir kembali ke dalam syurga politik dan kuasa.

Namun segala-galanya telah saya dokumentasikan dalam buku-buku saya sebagai detik-detik hidup dan jatuh bangun orang politik serta peristiwa-peristiwa politik supaya orang politik tak lupa sejarah, anggap tulisan ini sebagai ‘wake up call’, baca yang tersirat baru dapat memahami apa yang sedang berlaku, yang telah berlaku dan akan berlaku.

Pak Lah mahukan Najib sebagai penggantinya. Ada berpendapat Najib ‘sakit’ selagi kes Altantuya belum beres. Bukan mudah bagi Mahathir mahu memaksa Pak Lah mengosongkan kerusi dan memberikan pada Ku Li. Kenapa tiba-tiba Mahathir tak mahukan Najib lagi? Terlebih dahulu apakah UMNO akan terima Ku Li sebagai Presiden? Ali Rustam dan Muhyiddin Yassin hendak simpan dekat mana? Apakah semudah itu mahu mengubah ‘institusi’ satu-satu bangsa dan landskap politik Melayu?

Dengar khabarnya, cerita wakil rakyat nak lompat parti ini bukan cerita kecil. Bahkan, ada yang kata RM500 juta disediakan sebagai habuan untuk menarik sekurang-kurangnya 35 wakil rakyat terutama dari Sabah untuk menyertai pembangkang. Ada cerita yang boleh difikirkan betul dan boleh dipercayai. Berapa pemimpin UMNO secara senyap-senyap terutama mereka yang duduk diatas pagar masih bersama Anwar?

Dengan 82 kerusi parlimen dikuasai pakatan pembangkang dan bertambah 35 lagi, bilangan 117 kerusi sudah cukup untuk Pakatan Rakyat mengambil alih negara ini daripada kerajaan BN jika Pak Sheikh selaku Ketua umum PKR yang mempunyai pengalaman yang luas ketika menjadi manten Timbalan Perdana Menteri mahu jadi Perdana Menteri?

"Kalau betul pun ada usaha membeli wakil rakyat ini, ia bukannya sekarang. Setidak-tidak pun mereka akan melompat selepas Anwar Ibrahim bertanding dan jadi ahli Parlimen," Ben Ross memberikan pendapatnya pada saya semasa kami membincangkan kemungkinan besar Anwar akan mengambil alih kepimpinan negara selepas Pak Lah yang menjadi topik perbualan hangat dimana saja.

"Buat apa dia orang lompat sekarang…sapa nak jadi PM," saya umpan pendapat Ben Ross lagi.

Ben Ross jawab, "Rakyat tak akan setuju kalau benar pembangkang nak beli wakil rakyat kerana nak ambil alih negara. Ini rasuah namanya sedangkan pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan pemimpin BN rasuah, tak kan mereka hendak melakukan perkara yang sama?

Bagi saya pembangkang akan mengukuhkan kekuatan yang ada sehingga pilihan raya umum pada 2012. Mereka tak perlu nak beli wakil rakyat seperti digembar gembur sesetengah pihak sekarang ini sekadar cerita acah-acah aje, nak tengok pemimpin BN mengelabah ke?

Cuba kita baca interview dengan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yang tak mustahil boleh jadi PM kedua jika Anwar jadi Presiden Republik Malaysia jika pakatan mendapat lebih dari dua pertiga majoriti.

Selepas 15 April, Anwar boleh aktif semula berpolitik dan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, adakah ini membawa perubahan corak kepada PKR?

Apa pula kata Menteri Besar baru Selangor dari PKR? Cuba kita ikuti wawancara dengan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum 15 April lalu.

KHALID: Kalau boleh, saya minta dipercepatkan lagi pun tidak apa. Kita sudah kata kepada Perdana Menteri, kenapa tidak ditunda pilihan raya, kenapa buat Mac, tidak selepas April untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim. Tetapi Perdana Menteri kata dia tidak terfikir soal Anwar, okey, kita terima, kalau Anwar tidak penting buatlah selepas 15 April. Selepas itu sama ada akan berubah atau tidak, terpulanglah, pada saya momentum rakyat untuk perubahan itu sudah nampak. Anwar boleh buat keputusan sama ada beliau mahu bertanding selepas 15 April, terpulang kepada dia. Tetapi kita juga ada perkara-perkara yang mesti difikirkan.

Di mana beliau akan bertanding?

KHALID: Strategi kita sekarang ini, jangan meletakkan tempat sebab saya percaya dalam pilihan raya kecil, bila kita tetapkan tempat, orang sudah mula kempen dari sekarang, strategi itu tidak boleh, kalau itu berlaku, jentera kerajaan sudah mula turun untuk menyelesaikan masalah-masalah setempat.Adakah Tan Sri sendiri bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi ruang kepada Anwar?

KHALID: Boleh jadi, kita ada lagi 30 yang sedia kosongkan kerusi, dia boleh kempen di 30 tempat itu termasuk Bandar Tun Razak, tetapi kalau kita bagi (umum) satu atau dua tempat, ini tidak betul. Saya percaya Anwar ada kemahiran politik, percaturan dia, dia akan tentukan bila masa yang sesuai.Pernahkan Tan Sri terfikir mencapai tahap sekarang?

KHALID: Saya rasa apabila masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai orang baru, mereka seperti Azmin Ali yang berjuang sudah lapan, sembilan tahun, bila masuk kumpulan tersebut, mereka sudah kebal. Bagi mereka, kalah pun tidak menjadi masalah. Tetapi saya dalam kumpulan yang khuatir tetapi mereka ini pasal melawan sudah jadi identiti. Kadang-kadang saya lari daripada mereka sebab identiti mereka ialah mahu mengetengahkan bahawa negara perlu mencapai tahap keadilan dan mereka yang teraniaya mesti kita beri pertolongan.

Yang penting dalam hal ini ialah ‘esprit de corps’ (semangat kekitaan), mereka ini dalam satu kumpulan, walaupun tahu sesuatu perkara, itu sangat sukar, tetapi kekuatan ‘esprit de corps’ percaya suatu masa mereka akan berjaya. Adalah satu kejayaan bagi Keadilan, daripada satu kerusi (di Parlimen), kini menjadi 31 kerusi dan dapat membuat perubahan di empat negeri yang biasanya selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Itu pendapat Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa sangka bekas CEO Kumpulan Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad yang hilang jawatan semasa Mahathir jadi Perdana Menteri yang berkuasa ke atas Government-Linked Companies. Waktu berkuasa dulu bukan sahaja pemimpin UMNO yang dibuangnya kerana dia rasa tak sebulu, tetapi ramai juga tokoh-tokoh pentadbir korporat Melayu seperti Khalid. Lihat apa jadi dengan Tan Sri Ani Arope yang menjadi CEO TNB setelah negara dilanda black-out?

Hari ini setelah bersara, setelah tak ada kuasa lagi, Mahathir masih nak buang pemimpin UMNO. Sudah nyayuk kut orang tua ni? Sepatutnya makin tua jadi makin baik terutama para pemimpin negara yang pernah buat jasa dan sudah bergelar negarawan. Tapi Dr. Mahathir lain. Tuhan lanjutkan usia suruh bertaubat bukan tambah buat jahat.

Tak cukup dengan suruh Pak Lah berhenti, Tun cuba timbulkan kebencian rakyat terhadap Brother Anwar. Betul ke cerita ini atau dusta?

"Orang Melayu akan diperalat bangsa asing terutama golongan Yahudi jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Barat dan Yahudi percaya Anwar boleh jadi PM tak lama lagi. "Jadi, kita tahu orang Yahudi dan Eropah percaya Anwar akan jadi Perdana Menteri tak lama lagi, (jadi) bolehlah cucuk hidung, nak heret ke mana-mana.

"Kalau orang Melayu hendak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu. Memang Yahudi nak dia (Anwar). Saya fikir kalau dia jadi Perdana Menteri Israel, baguslah,’ kata Mahathir ketika menjawab soalan peserta yang menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong (Permata) Ke-7.

Sambil menyindir "semua orang patut suka kepada Anwar", beliau berkata, Anwar banyak kali memburuk-burukkan namanya di seluruh dunia sebagai propaganda politiknya. Mahathir terlupa apakah dia tidak melakukan perkara yang sama terhadap Pak Lah, Khairy dan Anuar sendiri, di dalam dan luar negeri? Mungkin dia mahu Mukhriz yang jadi Perdana Menteri? Apakah ini caranya?

Tulisan macam inilah yang menyebabkan orang jadi tidak faham dengan pendirian saya. Mereka kata, apalah Pak Habib tu, bukan ada ‘pendirian’? Dulu dia sokong orang itu, la ini dia lanyak pula orang itu pulak. Dan macam-macam lagi orang kata saya.

Mungkin mereka tidak faham tanggungjawab seorang penulis yang komited dan mesti memperjuangkan ‘kebenaran’, bukan komited dengan pemimpin-pemimpin tertentu. Cukuplah jadi orang Islam, jadi hamba Allah, tak jadi orang itu dan ini dan tak jadi hamba orang dan hamba nafsu dengan menjual roh pada syaitan.

Walaupun ada orang kata cara saya menulis dan membuat ramalan banyak yang tak ‘logik’, sebenarnya saya ada ‘logik’ saya sendiri. Saya percaya dengan dalil, dan dalil tidak semestinya dengan logik akal fikiran saja. Hari ini logik akal fikiran banyak yang sudah bercelaru. Pandai ada macam-macam pandai sekarang. Pandai menipu bank dan koperasi pun pandai juga. Pandai menipu rakyat pun pandai juga. Sebab itu hari ini kita mesti berhati-hati dengan orang yang pandai terutama mereka yang pandai berdusta. Nasib baik saya tak jadi Sang Kelembai metos betina gila bila sumpah orang jadi batu. Kalau orang tak jadi batu kita jadi hantu.

Itu pendapat saya. Saya mesti jujur dengan pendapat saya. Anda tidak semestinya bersetuju dengan pendapat saya dan saya pun tidak semestinya bersetuju dengan pendapat orang lain. Terlalu banyak benda yang bercelaru hari ini akibat ramai pemimpin yang sakit. Kita mesti mencari dalil untuk mengatasi perkara-perkara yang bercelaru itu, supaya kita dapat mengatasi bahaya yang sedang mengancam orang Melayu.

Kalau sekadar pakai logik akal, pakai dalil orang tertentu yang ada kepentingan dan bukannya kerana mahu berjuang untuk nasib orang Melayu, saya khuatir keadaan semua parti politik Melayu dan orang Melayu akan menjadi lebih teruk dari apa yang kita lihat pada hari ini. Jika pemimpin sekadar hebat berpidato dan mempunyai ‘blogger’ sebagai pembantu yang pemikirannya tak menentu, fikirkanlah siapa yang lebih beruntung? Mereka yang baru pulang dari nuraka atau yang sedang menuju ke neraka? Tepuk dada tanya selera. Siapa sebenarnya yang menentukan nasib manusia di dunia ini? Bagaimana pula dengan nasib manusia di akhirat? Bagi banyak di antara kita, nasib atau takdir memang bagai mesteri tak terpecahkan. Banyak pertanyaan muncul bila kita mulai memikirkan masalah ini. Misalnya, siapa yang mentakdirkan seorang menjadi baik atau jahat, kaya atau miskin? Lalu bagaimana dengan umur manusia, sakit dan sehatnya, siapa yang menentukan? Tuhankah? Atau manusia itu sendiri?

Bila di satu sisi Tuhan telah menentukan takdir manusia, sehingga manusia hanya menjadi alat bagi kehendak-Nya, namun di sisi lain keburukan manusia dengan dosa, maka sungguh Dia adalah Sang Mahazalim. Bukan kah segala kebaikan dan keburukan itu terjadi atas kehendak-Nya? Tapi sebaliknya, bila Tuhan memasrahkan sepenuhnya takdir manusia ke tangan manusia itu sendiri, sungguh betapa kerdilnya kekuasaan-Nya karena ada banyak hal yang bisa terjadi di luar kehendak-Nya.

Petikan dari buku;
DUA WAJAH TUHAN
Menyingkap Rahasia Takdir Ilahi
Penterjemah: Muhsin Assegaf