Tuesday, November 11, 2008

Kisah sedih dan benar seorang mangsa aids

“Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda…., siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai .. jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang, bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka.Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.

Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat.

Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..

Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang takkesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.

Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka , Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu….. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.

Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya.Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu…. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yg sah.

Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk,tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya … Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung… biarlah dia saja yang menanggung semuanya.Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya……
Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkantekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti ‘memulangkan buah keras’ kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih…… Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa.. dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif… berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti… hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya….. bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya… perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi.. mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya….

Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.

Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini…………

Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak, Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknyadiejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama…… Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.

Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah … dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu. Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda…… dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain. Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu… dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS….. Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut……

Buat Allahyarham Kak Rahimah….. semoga rohnya dicucuri rahmat……
Al Fatihah………….

Monday, November 10, 2008

Cerita Lawak : Suami Yang Sengal (Pang!!!)

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruhsemalam…..namanya Mary…..” si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur….. Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…

Pemandi Teksi @ Pemandu Kereta Jenazah

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan. Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap.“Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!” Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:”saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.”

Dengan selamba pakcik itu menjawab: "Mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!"

Cerita Lawak : Berfikir secara Kreatif

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan.. "Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, .."Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..".."Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif.. hehehe... mat mat

Cerita Lawak : Monyet

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun. Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?” Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta..
dan kamu sendiri pula buat apa monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Cerita Lawak : Rahsia Kentut (Buang Angin)

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPAOrang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Cerita Lawak : Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentineini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”. “Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja.

Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah. Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

Cerita Lawak : Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...barumasuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat,sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, samabrand....sedondon...Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam irontudung...pakai tudung....Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras....sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgnpakai apa-apa.Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajuga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Cerita Lawak : Antara ha'ah, benar dan betul

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir."Maaf dik.. tumpang tanya..

Apa betul ini jalan Pasir?"Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalanPasir?"Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini JalanPasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi.."Saya keliru..

Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?""Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"tanya Pelancong lagi..Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Dialog Bengong....

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don'thave time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)
Caller: Yes! You should be sorry.. Now give me your name!!

Benar Sebenar-Benarnya.. Bukan Auta

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'c*b*i' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan.Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau- kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok