Friday, October 17, 2008

Laptop yang paling canggih




Kepada anda yang berminat untuk memiliki sebuah komputer Laptop yang canggih, saya syorkan anda memilih MacBook atau MacBook Pro dari Apple. Mungkin ada yang ragu kerana komputer ni dari Apple, adakah ianya fully compatible dengan software yang anda guna atau miliki di pejabat anda. Jawapannya, anda tidak perlu bimbang lagi. Ini kerana semua komputer Apple hari ini boleh di boot untuk menggunakan Windows XP atau Vista atau Mac OS X (perisian Apple sendiri). Bahkan kebanyakan software Apple hari ini (dalam mode Apple) juga boleh di savekan kepada format PC biasa. Bahkan komputer Apple juga adalah lebih laju dari PC biasa jika anda menggunakan Window Vista.


Jadi apa yg menariknya dengan MacBook atau MacBook Pro yang baru saja dilancarkan oleh Apple sejak 14hb Oktober lalu ?

Untuk pengetahuan anda, MacBook atau MacBook Pro menggunakan processor Intel Core 2 Duo dan Mac Book menggunakan graphic card NVIDIA 9400 dan manakala MacBook Pro pula menggunakan dua GPU iaitu 9400 integrated dan 9600GTX secara discrete. Ini bermakna MacBook Pro boleh disuiskan ke mode 'heavy duty' 9600GTX jika diperlukan tetapi ini mungkin menyebabkan penggunaan kuasa bateri yang lebih. Selain itu, yang menarik tentang kedua-dua MacBook yang baru ni adalah kerangkanya yang dibina secara unibody iaitu dibina dari sekeping alumnium yang dipotong dengan menggunakan laser bagi menghasilkan binaan kerangka yang teguh, kuat dan kelihatan menarik. Belum pernah ada lagi sebelum ini sebuah pun laptop dari syarikat lain yang menggunakan teknologi ini. Itulah sebabnya Apple berjaya menghasilkan sebuah laptop yang paling nipis di dunia iaitu Apple MacBook Air.




Dengan resolusi skrin 1980 x 1200 dan teknologi LED (bukan LCD), gambar kelihatan lebih terang dan jitu berbanding kebanyakan notebook lain. Ia juga mempunyai kamera iSight terbina dalam pada skin beresolusi 2MP sesuai untuk komunikasi IM.
MacBook atau MacBook Pro juga mempunyai TrackPad yang lebar yang dibina dari kaca. Ianya tidak mempunyai butang sebagaimana trackpad biasa. Ini adalah kerana keseluruhan touchpad tersebut adalah bertindak sebagai butang. Dan yang menariknya, touchpad MacBook menggunakan teknologi Multi Touch Apple yang unik bagi memudahkan anda dalam menggunakan laptop anda.