Kalau mengikut penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin, belia menamakan beberapa orang yang berkait rapat dengan TPM, sebagai mereka yang berada di tempat kejadian pada masa Altantuya dibunuh. Bagaimana beliau memperolehi maklumat tersebut, saya pun kurang pasti tapi ada yang mengatakan ianya diperolehi dari pihak perisik tentera negara ini. Hebat juga perisik tentera kita tu.
Bahkan kata orang, maklumat tersebut telahpun diserahkan kepada Pak Lah tapi untuk menyembunyikan sementara perkara sensasi ini, maka laporan tersebut Pak Lah serahkan pula pada menantunya Khairy Jamaluddin. Itulah sebabnya kecoh seketika di mana Pak Lah terpaksa menafikan pertanyaan pihak media, manakala Khairy dan Rosmah di ambil kenyataan oleh pihak polis.
Kalaulah benar Pak Lah menerima laporan dan cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku, maka Pak Lah telah melakukan satu dosa besar kepada rakyat jelata. Tapi apa yang selalu berlaku, setiap perkara yang heboh dan cuba dinafikan oleh pihak kerajaan, biasanya perkara tersebut benar-benar berlaku. Orang dulu-dulu selalu sebut , "Tiada angin, masakan pokok bergoyang".
Lagipun, Rosmah dan Najib sememangnya diketahui umum mempunyai hubungan dengan Altantuya dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene dari Rusia. Dan Altantuya mungkin cuba meminta habuannya hasil dari pembelian Kapal Selam tersebut dari pihak Najib-Rosmah. Jadi kenapa beliau dibunuh ? Itu kita semua tak tahu, cuma yang boleh kita fikir hanyalah andaian-andaian. Salah satu andaian tersebut, mungkin Altantuya meminta lebih habuan, jadi bila permintaannya tak dilayan, beliau mungkin cuba mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Jadi kerana bimbangkan umum mengetahui skandal yang berlaku yang boleh menjadi penghalang kepada TPM untuk naik menjadi PM suatu hari nanti, maka mereka mencari jalan untuk menghapuskannya dengan harapan tiada orang yang tahu. Tapi Tuhan tidak akan menutup kejahatan yang berlaku, akan tiba juga satu hari di mana Dia akan mendedahkan apa yang sebenarnya yang berlaku. Tapi semua itu hanyalah satu dari banyak-banyak andaian atau teori.
Hari ini, Rosmah ditanya oleh media, apakah beliau takut dengan tuduhan beliau terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya? Beliau menjawab, "Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan". Yang bertanya soalan tu pun satu hal juga bodohnya, takkanlah si Rosmah tu nak jawab takut pulak, nampak sangatlah dia yang bersalah.
Nampaknya, Najib mungkin tak ada harapan nak jadi PM lagi. Untuk Rosmah, tentunya dia akan kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat jadi 'First Lady' sebagaimana yang beliau idam-idamkan selama ini. Pak Lah tentu gembira kerana menantunya tentu mempunyai peluang lebih besar untuk menjadi PM di masa hadapan. Itulah sebabnya Pak Lah tak bersungguh nak serahkan kuasa pada Najib dalam masa terdekat ni. Paling tidak pun dalam sepenggal lagi, tu pun kalau beliau masih dapat jadi PM lagi.
Musa Hassan dan Gani Patail, kedua-dua yang sememangnya menjadi musuh Dato Seri Anwar, mereka ni mungkin tersangat takut mana tahu Anwar dedahkan konspirasi yang mereka lakukan ke atas diri Anwar suatu ketika dahulu. Kalaulah Musa Hassan dan Gani Patail ni benar-benar terlibat dalam menjatuhkan DSAI satu ketika dahulu, maka malanglah kita, kerana negara kita mempunyai sejarah yang penuh dengan penjahat-penjahat yang menguasai perlembagaan negara. Dan selagi mereka berada di situ, rakyat tidak akan mempercayai Badan Kehakiman dan juga pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), dan selama itu jugalah negara kita tidak akan aman atau bebas dari unsur-unsur penipuan, fitnah, rasuah dsb.
Monday, June 30, 2008
Anwar Ibrahim di aniaya lagi !!!
Kesian Dato Seri Anwar, sekali lagi jadi bahan fitnah. Di Malaysia hari ni, untuk jatuhkan maruah orang senang aje. Fitnah menfitnah ni dah jadi perkara biasa. Mungkin mereka ni dah tak takut siksaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Bila nafsu dan kuasa bermaharajalela, semuanya boleh buat ape saja. Undang-undang manusia memang tak ade harga dan tak bernilai apa-apa.
Kalaulah negara ini meletakkan Undang-undang Tuhan yang dikuatkuasa, pastinya tiada yang berani membuat dusta dan celaka. Kerana setiap tuduhan zina / liwat tanpa bukti yang sah hanya mengundang sebat 80 kali sebat yang mana sakitnya tentu sehingga tak terkata. Tapi apakan daya, negara kita yang meletakkan undang-undang ciptaan manusia sebagai perundangan utama, itulah sebabnya, beginilah jadinya !
Inilah tuduhan palsu yang kedua kalinya. Satu ketika dahulu, beliau dituduh oleh mantan PM yang giler kuasa, tapi hari ni beliau sekali lagi cuba dimalukan oleh pemuda yang celaka, si Saiful yang penipu dan juga pengampu kepada pemimpin-pemimpin yang berajakan nafsu.
Tak terfikirkah kita, di tengah-tengah Dato' Seri Anwar sibuk untuk merampas kuasa negara, bahkan beliau baru saja nak isytihar di mana akan beliau akan jadi calon untuk pilihanraya, tetiba saja isu besar negara cuba dialih oleh budak saiful yang celaka. Malangnya kita kalau percaya.
Gambar-gambar Saiful yang celaka bersama beberapa pemimpin-pemimpin negara muncul tanpa diduga, semuanya menjelaskan apa yang sebenarnya menjadi angkara. Semuanya merupakan konspirasi lama yang cuba dimainkan semula. Mungkin bagi mereka itu saja idea yang ada bagi menghalang peralihan kuasa. Bagi kerajaan, mungkin mereka beranggapan semua rakyat jelata bebal belaka, sampai tak tahu nak beza, baik buruk, dosa dan pahala.
Kalaulah Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ditahan atas alasan yang tak masuk akal, aku rasa semua rakyat akan bangun menentang membentuk Gelombang Reformasi ke 3, sampai Pak Lah dan Najib akan lari ke Luar Negara. Ketua Polis Negara dan Peguam Negara nanti akan di siasat sampai semuanya terbuka. Bukan saja Najib dan Rosmah akan dibicara tapi semua pemimpin BN yang korup akan diseret bersama. Kalau boleh terus saja seret mereka semua ke Neraka, biar padan muka mereka !

Apa Nak Jadi dgn Negaru ku ini ?
Maka tersebutlah al kisah, sebuah negara yang satu ketika dulu aman damai, tapi hari ni dah mula gegak gempita lantaran naiknya harga minyak dunia. Negara tu adalah salah satu pengeluar minyak terkemuka dunia, ranking no. 6 dalam senarai-senarai pengeluar minyak utama dunia. Yang peliknya, dialah yang paling tinggi menaikkan harga minyak berbanding negera-negara pengeluar minyak dunia yang lain. Kalau negara-negara pengeluar minyak lain meletakkan harga antara 16 sen hingga 35 sen seliter minyak tp negara ni menaikkan sehingga harganya mencapai RM2.78 ! Kenaikan hampir 50% dari harga sebelumnya RM1.92 memang mengejutkan dan cukup-cukup terasa.
Kalau sebelum ni aku suka memandu sambil makan angin setiap petang, kini tidak lagi. Aku lebih suka duduk di rumah kalau tak ada keje. Aku rasa Kerajaan Malaysia hari ini telah silap buat keputusan, dan kalau mengikut otak aku, aku rasa tindakan Kerajaan Malaysia lebih mementingkan kaum kerabat dan kroni sahaja tanpa memikirkan kesusahan yang di alami rakyat jelata.
Kalau sebelum ini aku tak pernah menyuarakan rasa hati aku, tapi hari ini, aku rasa aku perlu bersuara ketidakpuashatian atau aper yang terbuku di hati aku ini. Aku juga heran bagaimana pengampu-pengampu kerajaan boleh bersetuju mempertahankan tindakan Kerajaan hari ini menaikkan harga minyak yang memang sangat-sangat tidak patut. Aku rasa Kerajaan yang ada hari ini memang ego dan tidak bijak dalam melakukan tindakan. Pada hal Malaysia ni sebuah negara yang mempunyai banyak sumber-sumber lain yang boleh dijadikan sumber pendapatan yang dapat mengekang kenaikan harga minyak global.
Bahkan minyak yang dikorek di negara adalah melebihi keperluan negara. Selain itu, oleh kerana minyak kita lebih berkualiti, kita menjual minyak tersebut kepada negara-negara maju dan membeli minyak yang berkualiti rendah dengan harga yang lebih murah. Ini memberikan kerajaan pendapatan tambahan. Maka dengan kenaikan harga minyak di pasaran, Petronas telah memperolehi untung berbillion ringgit. Tapi ke manakah untung yang mencecah RM80 billion tersebut digunakan ? Adakah ianya digunakan untuk membantu kehidupan rakyat atau mengkayakan lagi kroni-kroni mereka ? Sebenarnya aku rasa, sekiranya pihak Kerajaan Malaysia benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat, maka mereka seharusnya menggunakan keuntungan tersebut untuk menurunkan harga minyak yang dijual kepada rakyat.
Hari ini aku menjadi benci kepada Kerajaan yang memerintah tapi sebagai rakyat aku tak boleh berbuat apa-apa. Kenapa Malaysia tak seperti Thailand atau negara-negara lain di mana, pihak tentera akan merampas kuasa apabila kerajaan mereka tidak disukai oleh rakyat. Bukanlah aku suka negara kita jadi seperti mereka. Cuma aku sedih kerana rakyat tidak boleh berbuat apa-apa. Kerajaan Malaysia telah banyak menipu rakyat. Mereka tidak fikir lagi pasal dosa pahala. Yang penting mereka cuba membolot seberapa banyak harta negara.
PRU 12 telah pun berlalu. Aku rasa ramai rakyat yang kecewa kerana telah memberikan kemenangan kepada BN. Jasa baik rakyat yang membantu memenangkan UMNO dibalas dengan MENAIKKAN HARGA MINYAK !
Kalau harga beras atau gula yang naik, mungkin aku tidak kisah sangat, tp bila yang naik ni adalah minyak....maka semuanya akan naik... termasuklah ORANG...!! (Naik Minyak!)
Aku rasa rakyat Malaysia patut melakukan protes besar-besaran seluruh negara.... tak kira tua atau muda....bukan setakat di bandaraya KL. Kalau boleh, lakukanlah protes di semua bandar-bandar atau pekan di seluruh negara setiap hari sehingga kerajaan mendengar keluhan rakyat jelata ! Tunjukkanlah rakyat yang sebenarnya lebih berkuasa !
Aku pun tidak faham kenapa pihak polis atau FRU sibuk menangkap mereka-mereka yang berarak secara aman ? Pada hal mereka juga adalah rakyat kelas bawahan, yang juga menerima kesan akibat kenaikan harga minyak. Tak tahu lah, mungkin mereka dinaikkan pangkat bila dapat menangkap orang-orang yang cuba memprotes kerajaan !
Kalau diperhatikan, semua pemimpin kerajaan Malaysia ni memang giler....
1. Mahathir - PM yang giler kuasa
2. Pak Lah - PM yang tak der kuasa
3. Najib - TPM yang banyak skandal
4. Mat Taib - Menteri yang juga ada skandal & larikan duit berjuta RM ke luar negara
5. Khir Toyo - Menteri yang byk menghabiskan harta rakyat
6. Adnan Maarof - MB yang samseng
7. Rahim Tamby Chik - Bekas KM yang banyak skandal
8. Tg Adnan - Menteri yang banyak masalah
9. Annuar Musa - bekas menteri yang tak disukai oleh rakyat dan banyak lagi yang aku malas nak tulis kat sini.
Mereka semua ni kalau nak insaf pun mungkin bila saat sakaratul maut datang, kalau tak ... tak tahu lah aku. Memang kebanyakan manusia macam tu.
Aku tak tahu kenapa masih ader lagi rakyat Malaysia yang memilih mereka ini. Apakah ramai di antara kita ni masih bodoh dalam memikirkan semua ini. Apakah kita nak angkat mereka ini menjadi pemimpin-pemimpin kita. Kerana memilih merekalah, negara kita telah jadi seperti hari ini... penuh dengan rasuah, kroni, penipuan, fitnah, judi, ....dsb.
Aku rasa, sudah sampai saatnya kita semua akan ditimpa bala bencana sebagaimana negara-negara yang lain seperti gempa bumi yang dahsyat, taufan, puting beliung, banjir, tsunami atau mega tsunami, wabak penyakit dan sebagainya.
Kalaulah mengikut kajian sains, pada penghujung tahun 2012, planet Nibiru akan merentasi orbit bumi dan berada paling dekat sehingga ianya kelihatan sangat besar berbanding matahari. Apakah kedatangannya akan membawa kemusnahan pada bumi ? Bukan aku percaya 100% kepada andaian sains, tetapi sains selalunya memberikan kita alasan yang munasabah terhadap pelbagai fenomena alam.
Bayangkan, apabila planet tersebut yang saiznya menyamai Planet Jupiter (Musytari), lebih kurang 20x saiz bumi, datang mendekati bumi, tentunya gravitinya yang kuat akan memberi kesan yang kuat terutama kepada pasang surut paras air laut, perubahan cuaca bumi yang boleh menyebabkan taufan yang dahsyat, tarikan kerak bumi menyebabkan berlaku gempa bumi yang dahsyat sepanjang tempoh ia berada berhampiran bumi. Bahkan saintis juga mengandaikan bahawa bumi akan berhenti berputar selama 3 hari, dan selepas ia melepasi bumi, arah putaran putaran bumi mungkin berubah ! Wallahua'lam.
Mungkin kedatangan Planet Nibiru pada tahun 2012 menjadikan negara kita lebih banyak ditimpa bencana akibat segala dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita hari ini. Fikirkanlah. Tapi janganlah percaya semua ini akan berlaku nanti, kerana yang berkuasa hanyalah Allah swt, Dialah yang menentukan segala-galanya !

Subscribe to:
Posts (Atom)