Kalau mengikut penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin, belia menamakan beberapa orang yang berkait rapat dengan TPM, sebagai mereka yang berada di tempat kejadian pada masa Altantuya dibunuh. Bagaimana beliau memperolehi maklumat tersebut, saya pun kurang pasti tapi ada yang mengatakan ianya diperolehi dari pihak perisik tentera negara ini. Hebat juga perisik tentera kita tu.
Bahkan kata orang, maklumat tersebut telahpun diserahkan kepada Pak Lah tapi untuk menyembunyikan sementara perkara sensasi ini, maka laporan tersebut Pak Lah serahkan pula pada menantunya Khairy Jamaluddin. Itulah sebabnya kecoh seketika di mana Pak Lah terpaksa menafikan pertanyaan pihak media, manakala Khairy dan Rosmah di ambil kenyataan oleh pihak polis.
Kalaulah benar Pak Lah menerima laporan dan cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku, maka Pak Lah telah melakukan satu dosa besar kepada rakyat jelata. Tapi apa yang selalu berlaku, setiap perkara yang heboh dan cuba dinafikan oleh pihak kerajaan, biasanya perkara tersebut benar-benar berlaku. Orang dulu-dulu selalu sebut , "Tiada angin, masakan pokok bergoyang".
Lagipun, Rosmah dan Najib sememangnya diketahui umum mempunyai hubungan dengan Altantuya dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene dari Rusia. Dan Altantuya mungkin cuba meminta habuannya hasil dari pembelian Kapal Selam tersebut dari pihak Najib-Rosmah. Jadi kenapa beliau dibunuh ? Itu kita semua tak tahu, cuma yang boleh kita fikir hanyalah andaian-andaian. Salah satu andaian tersebut, mungkin Altantuya meminta lebih habuan, jadi bila permintaannya tak dilayan, beliau mungkin cuba mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Jadi kerana bimbangkan umum mengetahui skandal yang berlaku yang boleh menjadi penghalang kepada TPM untuk naik menjadi PM suatu hari nanti, maka mereka mencari jalan untuk menghapuskannya dengan harapan tiada orang yang tahu. Tapi Tuhan tidak akan menutup kejahatan yang berlaku, akan tiba juga satu hari di mana Dia akan mendedahkan apa yang sebenarnya yang berlaku. Tapi semua itu hanyalah satu dari banyak-banyak andaian atau teori.
Hari ini, Rosmah ditanya oleh media, apakah beliau takut dengan tuduhan beliau terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya? Beliau menjawab, "Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan". Yang bertanya soalan tu pun satu hal juga bodohnya, takkanlah si Rosmah tu nak jawab takut pulak, nampak sangatlah dia yang bersalah.
Nampaknya, Najib mungkin tak ada harapan nak jadi PM lagi. Untuk Rosmah, tentunya dia akan kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat jadi 'First Lady' sebagaimana yang beliau idam-idamkan selama ini. Pak Lah tentu gembira kerana menantunya tentu mempunyai peluang lebih besar untuk menjadi PM di masa hadapan. Itulah sebabnya Pak Lah tak bersungguh nak serahkan kuasa pada Najib dalam masa terdekat ni. Paling tidak pun dalam sepenggal lagi, tu pun kalau beliau masih dapat jadi PM lagi.
Musa Hassan dan Gani Patail, kedua-dua yang sememangnya menjadi musuh Dato Seri Anwar, mereka ni mungkin tersangat takut mana tahu Anwar dedahkan konspirasi yang mereka lakukan ke atas diri Anwar suatu ketika dahulu. Kalaulah Musa Hassan dan Gani Patail ni benar-benar terlibat dalam menjatuhkan DSAI satu ketika dahulu, maka malanglah kita, kerana negara kita mempunyai sejarah yang penuh dengan penjahat-penjahat yang menguasai perlembagaan negara. Dan selagi mereka berada di situ, rakyat tidak akan mempercayai Badan Kehakiman dan juga pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), dan selama itu jugalah negara kita tidak akan aman atau bebas dari unsur-unsur penipuan, fitnah, rasuah dsb.
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment