Monday, June 30, 2008

Anwar Ibrahim di aniaya lagi !!!

Kesian Dato Seri Anwar, sekali lagi jadi bahan fitnah. Di Malaysia hari ni, untuk jatuhkan maruah orang senang aje. Fitnah menfitnah ni dah jadi perkara biasa. Mungkin mereka ni dah tak takut siksaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Bila nafsu dan kuasa bermaharajalela, semuanya boleh buat ape saja. Undang-undang manusia memang tak ade harga dan tak bernilai apa-apa.

Kalaulah negara ini meletakkan Undang-undang Tuhan yang dikuatkuasa, pastinya tiada yang berani membuat dusta dan celaka. Kerana setiap tuduhan zina / liwat tanpa bukti yang sah hanya mengundang sebat 80 kali sebat yang mana sakitnya tentu sehingga tak terkata. Tapi apakan daya, negara kita yang meletakkan undang-undang ciptaan manusia sebagai perundangan utama, itulah sebabnya, beginilah jadinya !

Inilah tuduhan palsu yang kedua kalinya. Satu ketika dahulu, beliau dituduh oleh mantan PM yang giler kuasa, tapi hari ni beliau sekali lagi cuba dimalukan oleh pemuda yang celaka, si Saiful yang penipu dan juga pengampu kepada pemimpin-pemimpin yang berajakan nafsu.
Tak terfikirkah kita, di tengah-tengah Dato' Seri Anwar sibuk untuk merampas kuasa negara, bahkan beliau baru saja nak isytihar di mana akan beliau akan jadi calon untuk pilihanraya, tetiba saja isu besar negara cuba dialih oleh budak saiful yang celaka. Malangnya kita kalau percaya.

Gambar-gambar Saiful yang celaka bersama beberapa pemimpin-pemimpin negara muncul tanpa diduga, semuanya menjelaskan apa yang sebenarnya menjadi angkara. Semuanya merupakan konspirasi lama yang cuba dimainkan semula. Mungkin bagi mereka itu saja idea yang ada bagi menghalang peralihan kuasa. Bagi kerajaan, mungkin mereka beranggapan semua rakyat jelata bebal belaka, sampai tak tahu nak beza, baik buruk, dosa dan pahala.

Kalaulah Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ditahan atas alasan yang tak masuk akal, aku rasa semua rakyat akan bangun menentang membentuk Gelombang Reformasi ke 3, sampai Pak Lah dan Najib akan lari ke Luar Negara. Ketua Polis Negara dan Peguam Negara nanti akan di siasat sampai semuanya terbuka. Bukan saja Najib dan Rosmah akan dibicara tapi semua pemimpin BN yang korup akan diseret bersama. Kalau boleh terus saja seret mereka semua ke Neraka, biar padan muka mereka !

No comments: