16 Sept adalah hari ulang tahun pembentukan Negara Malaysia yang asalnya bernama Semenanjung Tanah Melayu. Dan kini kita menunggu tarikh keramat tersebut, bukanlah untuk menyambut hari Ulangtahun tapi dengan harapan berlaku perubahan kepimpinan dalam negara kita ini. Tarikh tersebut diberikan oleh mantan TPM yang kita harapkan beliaulah yang akan menjadi PM yang baru nanti. Kita menunggu 30 orang ahli Parlimen BN keluar dari BN dan menyertai PR. Sehingga kini kita tak tahu siapa mereka, mungkin dari UMNO, MIC, MCA, Gerakan atau SAPP.
Tapi menjelang tarikh tersebut, banyak halangan yang akan dicipta oleh puak-puak BN yang sama sekali tidak akan membenarkan DSAI berjaya memperolehi jawatan PM. Maka pelbagai cara samada cara tu di luar fikiran kita, taktik kotor yang memang biasa dibuat oleh BN, samada konspirasi ala Yahudi. Aku rasa Yahudi pun tak buat macam tu. Dalam sejarah dunia dan negara Islam, hanya Malaysia sahaja yang ada kes di mana TPMnya yang terkenal dengan imej islamik dituduh melakukan liwat yang akhirnya terbukti palsu. Bahkan mantan PM dulu pernah mengaku yang beliaulah bertanggungjawab menjatuhkan Timbalan dengan cara yang kotor mungkin kerana bimbang terbongkar pelbagai kejahatan atau jenayah yang banyak diketahui oleh DSAI.
Rakyat Malaysia telah diperbodohkan kerana mereka sentiasa menganggap rakyatnya memang bodoh, Melayu mudah lupa, Melayu Boleh, dan mereka juga menipu rakyat dengan slogan-slogan karut Bersih, Cekap dan Amanah, Tradisi Membela Rakyat dan yang terbaru ni slogan dari Islam Hadhari iaitu Selamat, Aman & Makmur.
Kalau kita ikut sejarah apa yang berlaku, kerajaan yang mempelopori slogan Bersih, Cekap dan Amanah akhirnya didapati mengamalkan rasuah, taktik kotor dan sistem pengurusan yang tidak cekap. Begitu juga dengan Tradisi Membela Rakyat yang mana akhirnya rakyatlah yang dianiaya tapi puak-puak pemimpin terus menerus merompak harta rakyat. Rakyat sendiri ditipu. Pemimpin negara mengaut kekayaan menerusi projek-projek kroni yang berjuta-juta ringgit atau berbillion ringgit. Wang Ehsan hasil royalti minyak Terengganu di rampas dan diserah kepada pemimpin yang mengaut kekayaan sebanyak mungkin menerusi pelbagai projek yang tak bermanafaat untuk rakyatnya.
Hari ini, kita merasa tertekan dengan kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan rantaian, di mana kos-kos perkhidmatan dan harga barangan semakin meningkat. Gaji yang sememangnya tak pernah cukup semakin menguncup menjadi separuh nilainya. Protes demi protes dilakukan, agar pihak Kerajaan mendengar keluhan rakyat bawahan, tapi semuanya tak di ambil peduli. Bahkan pihak polis dan FRU menjadikan rakyat sebagai musuh mereka.
Itulah sebabnya mengapa ramai yang berharap agar ini semua berakhir. Kita semua menunggu tarikh keramat 16hb Sept 2008. Semoga di saat itu, negara akan diperintah oleh barisan pemimpin yang jujur yang berkhidmat untuk rakyatnya, bukan untuk perut dan keluargannya.
Negara memerlukan pemimpin yang berkarisma, bijak dan mempunyai kebolehan seperti mana yang ada pada DSAI. Beliau sememangnya diakui samada Dalam negara atau di Luar Negara. Bukannya pemimpin bodoh dan dungu seperti yang ada dalam BN hari ini (walaupun tidak semuanya).
Dan aku tidak nampak seorang pun dari BN yang layak untuk menjadi PM selepas ini. Memang tiada lagi. Yang ada dalam BN hanya penyangak-penyangak, kaki rasuah, pengampu, penjenayah, penipu, pemfitnah, pembelot; dan mereka yang bodoh tapi merasa bijak spt Rais Yatim dan Ali Rustam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment