Showing posts with label anwar. Show all posts
Showing posts with label anwar. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

ANTARA YANG PULANG DARI NERAKA DAN YANG TAKUT KE NERAKA

Puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam`kepada Nabi kita termulia yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam, Muhammad sang terpilih dan kepada keluarganya yang baik dan suci.

Bila sebut tentang "neraka" semua orang tahu apa itu neraka? Tapi belum ada lagi sesiapa yang ada pengalaman tinggal di neraka kerana dunia masih belum kiamat dan pengadilan di Padang Mahsyar masih belum berlaku. Tapi bila sebut neraka dunia, ramai yang tahu apa itu ‘neraka dunia’ sebab dalam hidup manusia di dunia ini ada yang pernah merasakan macam-macam jenis azab sengsara yang dianggap sebagai ‘neraka’.

Ramai yang masih tak sedar diri biarpun telah melakukan pelbagai kemungkaran di dunia akibat masih belum menerima hukuman. Maka mereka merasakan ‘dosa’ itu seolah-olah ‘tak ada’. Selagi belum ditimpa ‘karma’, mereka merasa ‘tak bersalah’ melakukan ‘dusta’ terhadap sesama manusia apa lagi dosa dengan Tuhan kerana mereka tak mempunyai ‘conscience’, tak takut Tuhan, tak percaya dengan hari pembalasan ketika kuasa dan kekayaan berada dalam genggaman.

Ramai yang terlupa bahawa hidup di dunia ini ialah berhutang taubat dengan Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w. pun beristifar sebanyak 1,000 kali sehari walaupun dia manusia yang maksum.

Macam mana nak bertaubat kalau ramai yang ‘berhutang’ pun tak mahu bayar ‘hutang’ sedangkan tak bayar ‘hutang’ satu dosa yang besar. Bukan mereka tak dengar ketika mayat mahu dibawa keluar dari rumah, ada ahli keluarga yang mengingatkan, jika simati ada berhutang dengan hadirin beritahu ahli keluarga untuk diselesaikan atau dihalalkan. Ada yang buat tak kisah sebab tak nampak malaikat Raqid dan Atid selaku CCTV Tuhan yang mendokumentasikan segala dosa dan pahala yang dilakukan oleh seseorang individu yang akan menerima azab kubur sebelum menerima azab di neraka.

Firman Allah dalam Surah al-Qaf, ayat 1:"Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir".

Hari terakhir bulan Mac, 2008, pukul 5.30 petang, saya sampai di pejabat anak angkat saya di Taman Dagang, Ampang untuk menghantar 20 buah buku ‘Gerhana Raja dan Malaysia Today’, buku mengenai Raja Petra, blogger yang sedang merasakan bahang neraka ketika di heret ke mahkamah dunia.

Radzi seorang boss yang baik. Dia ingin melihat anak buahnya ‘celik politik’. Macam mana nak jadi ‘modal insan’ kalau tak ada ikmu di dada? Tanpa ilmu pengetahuan kita tidak boleh berfikir di luar kotak, tanpa ilmu kita akan terumbang ambing dan merempat mengemis dalam tanah air sendiri. Mungkin dia tahu ‘kejahilan’ hidup tanpa ilmu pengetahuan itu satu dosa besar.

Bangsa Arab hidup dalam keadaan hina dina sebelum munculnya Nabi Muhammad SAW yang membawa Al-Quran sebagai cahaya kepada umat Arab yang bodoh, bangang, tak ada ‘conscience’ dan tak kenal dosa pahala. Bila Al-Quran yang membawa rahmat kepada sekian alam diterima, mereka menjadi bangsa yang dimuliakan tetapi bila pengetahuan tidak lagi diberi perhatian mereka mudah di permain-mainkan oleh Amerika dan Yahudi seperti ‘orang kita’ yang ‘sakit’ hidup dalam negerinya sendiri.

Mungkin Radzi adalah anak Melayu yang pertama yang membuka syarikat mengutip hutang secara Islamik menggunakan internet. Selain pemungut hutang boleh menyelamatkan mereka yang berhutang dari menuju ke neraka, dia mengingatkan peminjam supaya setiap orang berhutang mesti bayar, apa lagi mereka yang kaya raya yang berjawatan tinggi dan yang mahu memimpin Melayu.

Radzi berasal dari Ijok. Dulu Tan Sri Khalid tokoh korporat tidak terkenal, sehinggalah Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Khir Toyo manten Menteri Besar yang penuh dengan kontroversi. Dalam pilihan raya kecil pertama, ketika Khalid bertanding, Radzi menjadi wakil calon. Saya datang menemuinya dan makan tengah hari bersama di sebuah restoran. Ada yang tak senang dengannya kerana menyokong Khalid namun selaku orang yang mahukan perubahan Radzi tak peduli.

Akibat tak mahu bayar ‘hutang budi’ pada rakyat, yang mengamanahkan kuasa kepada pemimpin BN maka berlakulah tsunami politik. Kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-12 antara sebabnya ramai sangat pemimpin yang terhutang budi tapi tak mahu bayar. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Tulisan saya kali mengingatkan pemimpin bila berhutang, belajar bayar hutang tak kira kepada siapa saja dan dalam bentuk apa sahaja. Terutama menteri yang ada hutang pada penulis jangan buat-buat lupa.

Paling ramai rakyat Malaysia yang tak bayar hutang ialah ‘orang kita’, antaranya hutang dengan Mara sama ada ketika menuntut atau berniaga biarpun dia kaya raya. Kalau kita tengok rumah terbakar kita tolong padam, tak mampu kita panggil bomba. Bagaimana kita melihat saudara kita akan di bakar api neraka jahanam kerana dibelengu oleh dosa besar? Apakah kita berpeluk tubuh duduk diam dan kata ‘sabar ajelah’?

Satu penyakit ‘orang kita’ selain tak menghormati waktu, tak suka membaca, tak suka memburu ilmu, retorik bila memperkatakan tentang ‘ketuanan Melayu’ dan ‘kedaulatan bangsa’, hidup menanggung hutang. Politik itu tanah air, rumah duduk dan tanah sekangkang kera pun tak ada, tak usahlah mengada-ngada. Apa bezanya dengan orang yang tergila-gila mahu duduk di kerusi pemimpin, bila sudah duduk tak mahu turun, sudah tua masih gila kuasa sedangkan dosa ‘terhutang budi’ pada pengundi masih belum beres lagi? Pirah....

Apakah hilang lima negeri bukannya akibat rakyat merasakan janji tinggal janji? ‘Sakit’ bila memikirkan ‘hutang budi’ yang tak perlu bayar didunia boleh dibawa mati akhirnya ahli parti yang bertungkus lumus buat kerja macam hendak mati lari meninggalkan parti baru pemimpin gigit jari.

"Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi hilang lima negeri".

Nabi Muhammad SAW tak mahu melakukan solat sunat bagi seorang kerana takut kecilkan hati sipemberi hutang sedangkan tidak mahu menjelaskan hutang adalah dosa yang besar.

Apakah tak mustahil mereka yang ‘berhutang’ tak bayar, belum mati rohnya tergantung menjadikan hidup mereka penuh stress dan menemui bermacam-macam mala petaka? Apakah kita tidak terhutang hidup dan nyawa dengan Tuhan yang Maha Esa atau dengan Nabi Muhammad SAW yang membawa kita menjadi Islam? Apakah kita tak terhutang budi kepada kedua ibubapa kita pada bangsa dan negara?

Ketika saya sampai, Radzi sedang minum petang bersama anak buahnya. Dia tanya buku apa yang saya sedang tulis. Saya jawab "Pulang Dari Neraka, Dunia Belum Kiamat".

"Ini mungkin kisah Anwar akan jadi Perdana Menteri" Radzi berseloroh. Radzi mula bertanya "apakah peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri?"

Buat apa terkejut apabila membaca tulisan saya mengenai Brother Anwar yang baru pulang dari neraka yang mendapat liputan muka depan Newsweek? Saya bukan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika kita takut dengan Allah, suka hati Tuhanlah jika Tuhan nak pilih dia jadi Perdana Menteri.

‘To Hell And Back’ Anwar Ibrahim was Asia’s most celebrated young leader before he was sent to jail. Now, he has a second chance. - Newsweek

Hanya dengan ‘membaca’ baru kita tahu apa itu ‘politik’? Ada peribahasa Arab yang berbunyi as siasah an najisah. Politik seperti najis. Politik ibarat satu bekas jika madu yang diisi madulah rasanya, jika racun yang dibubuh dimakan akan mati. Politik adalah seni yang tertinggi Al-Ghazali.

Dengan membaca sejarah politik yang saya dokumentasikan, sejarah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dan Anwar Ibrahim menjadi ketua Pemuda UMNO tahun 1982 anda akan tahu peranan penulis dalam politik Malaysia. Siapa Mahathir dan siapa Brother Anwar? Siapa Musa Hitam dan siapa Tengku Razaleigh? Kenapa membiarkan diri anda mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang suka berdusta?

Alangkah baiknya jika para Wakil Rakyat atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO membelanjakan sebahagian kecil dari pendapatannya untuk membeli buku-buku politik atau menghidupkan perpustakaan seperti yang dilakukan oleh Tok Mat Hassan di Negeri Sembilan. Jangan jadi seperti pihak berkuasa di bangunan UMNO yang menghalau ‘penulis politik’ yang menjual buku seperti pendatang haram ketika Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Berilah buku pada ahli-ahli UMNO supaya mereka faham dan tahu sejarah politik. Ada yang mahu membaca, duit banyak masih mahu meminta buku percuma, ‘sakit’ punya pemimpin. Apa untungnya membazirkan wang untuk membawa mereka ke Thailand atau Indonesia dengan alasan "melawat sambil belajar". Apakah yang hendak di pelajari di Thailand kita pun tak tahu? Sendiri punya diri sendiri mahu ingat. Kalau mahu cari barang ‘ipoh mari’ di KL pun banyak, ‘China doll’ dari Shanghai pun ada.

Takut apa dengan orang yang sudah dihumbankan ke dalam neraka, diberi aib, malu semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ke penjara? Hairan apa... bila Anwar muncul semula, bila Pak Sheikh sebagai ‘wira’ pemimpin utama Pakatan Rakyat? Kasihan Mahathir ‘sakit’ takut pada Anwar memusuhi Pak Lah dan menantunya kerana menyangka mereka bersubahat dengan Anwar. Pelik, kalau terasa berdosa minta maaf sajalah, buat apa menyusahkan rakyat seluruh negara.

Kali terakhir Brother Anwar berada di Dewan Rakyat ialah 10 tahun lalu. Saya masih ingat, tahun 1998. Waktu itu saya sedang menginap di Hotel Legend untuk menyiapkan sebuah buku. Akibat dari pemecatan Brother Anwar itu, buku yang sedang saya tulis tak jadi diteruskan dan sebagai gantinya saya terus menulis sebuah buku lain bertajuk "Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi, kopi kasi, wang kasi, tak ada saksi."

Ada masanya kita sukar nak menafikan kata orang tua-tua, penulis ini memang macam lilin. Saya pernah kata pada Anwar Ibrahim di Hotel Ramada Melaka, negeri pertama dia lawati semasa baru jadi Timbalan Perdana Menteri. Rahim Thambi Chik Ketua Menteri suruh saya pergi jumpa Brother Anwar. Dalam perbualan itu saya kata "Rugi saya ni jadi orang perjuangan, apa pun tak dapat kerana kita terlalu ‘ideal’.

Jawab Anwar, "Tidak... tak rugi, teruskan perjuangan you. Berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air yang you lakukan itu mulia."

Dari mula Anwar hilang jawatan hingga ke saat Anwar keluar dari penjara Sungai Buloh. Satu-satunya penulis yang berjuang bermati-matian kerana Anwar Ibrahim ialah Mohd Sayuti Omar @(MSO).

Sayuti Omar menulis dan menerbitkan pelbagai buku dan majalah, tak kenal penat lelah dan jemu-jemu. Padahal Anwar pernah mencemuh dan membencinya semasa Anwar berkuasa dulu...! Tapi Sayuti selaku ‘lilin’ terpaksa membakar diri untuk memperjuangkan apa yang dipercayainya.

Apakah kita lupa selaku umat Islam kita mesti mengamalkan amar makruf nahi mungkar? Bercakap mengenai ‘hutang’ apakah Tun Mahathir, Abdullah Badawi dan siapa saja pemimpin UMNO yang pernah duduk di kerusi Timbalan dan Presiden UMNO tidak terhutang pada penulis? Kenapa? Tak percaya ke? Cuba muhasabah diri dan fikir semasa duduk seorang diri. Musa Hitam berjaya membuktikan di mahkamah, dia kalah dengan Tun Ghafar Baba dalam merebut kerusi Timbalan Perdana Menteri disebabkan buku saya ‘Challenger - Siapa Lawan Siapa 1987’.

Musa saman saya satu juta setengah. Waktu itu, jumlah satu juta setengah saman ke atas media boleh dianggap antara yang tertinggi. Saya menanggungnya seorang diri.

Seandainya saya tidak menarik balik subphoena terhadap Tan Sri Mohamad Rahmat yang ketika itu menjadi Menteri Penerangan juga Setiausaha Agung UMNO sebagai saksi utama, besar kemungkinan saya tidak dijatuhkan hukuman atas permintaan Tok Mat. Demi untuk menjaga nama baik UMNO dan kerajaan BN, saya dinasihatkan oleh Tok Mat supaya menarik subphoena tersebut. Akibatnya saya dihukum dan terpaksa membayar kepada Tun Musa Hitam, satu sen pun tak boleh kurang. Inilah nasib penulis yang bila kita sokong Musa kita dilabel ‘orang Musa’. Tolong Mahathir dilabel orang Mahathir, bila penulis terkena siapa pun tak tolong bayar hutang. ‘Sakit’.

Pada mulanya saya terfikir juga disebalik kebebasan menulis sebenarnya ada hukuman timbal balik terutama di kalangan penulis sendiri yang suka berkokok di sana sini seperti ayam bapak tua yang berkokok di tengah hari. Apakah mereka tidak akan mempersoalkan apa dah jadi dengan Pak Habib tiba-tiba menulis mengenai Pak Sheikh?

Kenapa tak tanya ada ke dalam UMNO selain Ku Li yang layak lawan Anwar Ibrahim? Kalau ada siapa penulis yang akan berjuang bersama mereka?

Kalau kita memikirkan kritikan, kata nista dan fitnah, dusta yang akan kita terima bila kita mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ pasti kita tidak akan menjadi seorang penulis yang ‘analitikal’ apa lagi mahu menjadi seorang penulis yang ‘prolifik’.

Nampaknya hari ini siapa saja yang menulis hal-hal yang berlainan dengan pendapat kumpulan dan puak yang menentang Pak Lah atau menantu atau musuh mereka akan dianggap tidak ‘demokratik’, yang berani, orang yang sokong Che Det saja.

Betul ke bila mempertahankan kebenaran orang itu sudah dibeli, sudah jual diri, dikecam hebat seolah-olah ‘kebebasan bersuara’ hanya milik Tun Mahathir saja? Apa salahnya kita mempunyai pendapat yang berlainan dari mereka?

Apakah orang yang berani bersama puak mereka saja yang betul? Yang berani menyatakan kebenaran dianggap musuh dan tak betul? Selagi hidup selagi melawan. Itulah Anwar yang pertama kali saya tulis mengenainya dalam buku saya ‘Temanku Pemimpin-Pemimpin tahun 1972". Mungkin semasa merengkok di penjara Sungai Buluh ketika setiap hari dan masa dia bertemankan Al-Quran, Anwar percaya dengan janji Allah yang manusia disuruh hanya meminta kepada Allah dan dia tak kenal perkataan putus asa dan tidak menyerah bulat-bulat pada kadak dan kadar.

Siapa tahu dia telah pun membuat persediaan, hanya menunggu waktu untuk lawan Ku Li dari Gua Musang. Ada kawan beritahu saya Anwar dulu masa jadi Timbalan Perdana Menteri tak sama dengan Anwar hari ini. Kesombongan dan keangkuhan Pak Sheikh sudah tak kelihatan pada wajah dan budi bicaranya.

Baguslah tu.... Mudah-mudahan Anwar tak lupa daratan, tak lupa kawan-kawan, tahu mengenang budi, membalas budi dan jasa mereka yang walau pun tak menuntut. Jangan lupa bumi yang di pijak, bila melihat bintang di langit. Dan jangan lupa meneruskan amar makruf nahi mungkar.

Biarpun belum jadi Ahli Parlimen, tapi Anwar sudah kembali ke Dewan Rakyat, tentu ada apa-apa? Apakah kerana dia merasakan yang dia terhutang budi pada YB Datin Seri Wan Azizah, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang telah dilantik selaku Ketua Pembangkang untuk penggal Parlimen penggal ke-12 maka dia terpaksa berbuat demikian untuk membalas budi? Anwar memang banyak terhutang budi pada Wan Azizah isteri yang paling setia, sabung nyawa untuk mempertahankan suaminya.

Anwar memberitahu pemberita di Dewan Rakyat yang dia tidak akan berpatah balik sewaktu majlis pembukaan sidang Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong. Katanya: "Ini adalah permulaan baru, apabila saya melangkah masuk, saya tidak akan keluar lagi. Saya memberitahu kawan-kawan, sekarang ini saya sudahpun berada di sini, saya akan terus berada di sini, dan tidak akan berpatah balik."

Bila ditanya bila dia nak kembali jadi Ahli Parlimen, Anwar cuma jawab dia perlu bincang perkara itu dengan isterinya. Katanya: "Masih terlalu awal lagi.

Bagilah dia sikit masa, Sekarang ini adalah masa bagi wakil-wakil rakyat pembangkang menjalankan tanggungjawab mereka seperti sepatutnya."

Mungkin Anwar telah belajar dari kesilapannya yang agak gopoh dimasa lampau. Namun biar bagaimanapun Brother Anwar merasa bangga kerana isteri dan anak perempuannya berada dalam Dewan. Mengenainya anak itu, Anwar berkata, "Anak perempuan saya yang merupakan Ahli Parlimen paling muda perlu menunjukkan prestasi bagi mempastikan yang kita adalah pembangkang yang kuat."

Mungkin kekacauan dan serangan terhadap Pak Lah kerana Pak Lah melepaskan Anwar. Mahathir tahu Anwar hebat, sebab itu Anwar terpaksa dipecat dan dihukum. Siapakah yang akan diheret ke penjara untuk merasakan apa yang telah dirasai Anwar semasa di neraka dulu sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri tanpa menjadi Presiden UMNO? Apakah dia akan memaafkan mereka yang pernah berdosa dengannya? Dan apakah orang UMNO akan memaafkan Anwar dan menerimanya semula?

Ramai yang nak tahu apa harapan Anwar untuk jadi PM kerana penasihat pada parti KeAdilan itu berkata ‘saya tidak gemar istilah ‘Ketua Pembangkang’. Kami adalah kerajaan dalam penantian." Apakah tak mustahil Anwar akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama bila kita melihat timbul masalah antara Karpal Singh DAP dan MB Perak dengan Istana?

Itulah Anwar. Dari syurga, merengkuk dalam neraka dan kemudian hampir kembali ke dalam syurga politik dan kuasa.

Namun segala-galanya telah saya dokumentasikan dalam buku-buku saya sebagai detik-detik hidup dan jatuh bangun orang politik serta peristiwa-peristiwa politik supaya orang politik tak lupa sejarah, anggap tulisan ini sebagai ‘wake up call’, baca yang tersirat baru dapat memahami apa yang sedang berlaku, yang telah berlaku dan akan berlaku.

Pak Lah mahukan Najib sebagai penggantinya. Ada berpendapat Najib ‘sakit’ selagi kes Altantuya belum beres. Bukan mudah bagi Mahathir mahu memaksa Pak Lah mengosongkan kerusi dan memberikan pada Ku Li. Kenapa tiba-tiba Mahathir tak mahukan Najib lagi? Terlebih dahulu apakah UMNO akan terima Ku Li sebagai Presiden? Ali Rustam dan Muhyiddin Yassin hendak simpan dekat mana? Apakah semudah itu mahu mengubah ‘institusi’ satu-satu bangsa dan landskap politik Melayu?

Dengar khabarnya, cerita wakil rakyat nak lompat parti ini bukan cerita kecil. Bahkan, ada yang kata RM500 juta disediakan sebagai habuan untuk menarik sekurang-kurangnya 35 wakil rakyat terutama dari Sabah untuk menyertai pembangkang. Ada cerita yang boleh difikirkan betul dan boleh dipercayai. Berapa pemimpin UMNO secara senyap-senyap terutama mereka yang duduk diatas pagar masih bersama Anwar?

Dengan 82 kerusi parlimen dikuasai pakatan pembangkang dan bertambah 35 lagi, bilangan 117 kerusi sudah cukup untuk Pakatan Rakyat mengambil alih negara ini daripada kerajaan BN jika Pak Sheikh selaku Ketua umum PKR yang mempunyai pengalaman yang luas ketika menjadi manten Timbalan Perdana Menteri mahu jadi Perdana Menteri?

"Kalau betul pun ada usaha membeli wakil rakyat ini, ia bukannya sekarang. Setidak-tidak pun mereka akan melompat selepas Anwar Ibrahim bertanding dan jadi ahli Parlimen," Ben Ross memberikan pendapatnya pada saya semasa kami membincangkan kemungkinan besar Anwar akan mengambil alih kepimpinan negara selepas Pak Lah yang menjadi topik perbualan hangat dimana saja.

"Buat apa dia orang lompat sekarang…sapa nak jadi PM," saya umpan pendapat Ben Ross lagi.

Ben Ross jawab, "Rakyat tak akan setuju kalau benar pembangkang nak beli wakil rakyat kerana nak ambil alih negara. Ini rasuah namanya sedangkan pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan pemimpin BN rasuah, tak kan mereka hendak melakukan perkara yang sama?

Bagi saya pembangkang akan mengukuhkan kekuatan yang ada sehingga pilihan raya umum pada 2012. Mereka tak perlu nak beli wakil rakyat seperti digembar gembur sesetengah pihak sekarang ini sekadar cerita acah-acah aje, nak tengok pemimpin BN mengelabah ke?

Cuba kita baca interview dengan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yang tak mustahil boleh jadi PM kedua jika Anwar jadi Presiden Republik Malaysia jika pakatan mendapat lebih dari dua pertiga majoriti.

Selepas 15 April, Anwar boleh aktif semula berpolitik dan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, adakah ini membawa perubahan corak kepada PKR?

Apa pula kata Menteri Besar baru Selangor dari PKR? Cuba kita ikuti wawancara dengan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum 15 April lalu.

KHALID: Kalau boleh, saya minta dipercepatkan lagi pun tidak apa. Kita sudah kata kepada Perdana Menteri, kenapa tidak ditunda pilihan raya, kenapa buat Mac, tidak selepas April untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim. Tetapi Perdana Menteri kata dia tidak terfikir soal Anwar, okey, kita terima, kalau Anwar tidak penting buatlah selepas 15 April. Selepas itu sama ada akan berubah atau tidak, terpulanglah, pada saya momentum rakyat untuk perubahan itu sudah nampak. Anwar boleh buat keputusan sama ada beliau mahu bertanding selepas 15 April, terpulang kepada dia. Tetapi kita juga ada perkara-perkara yang mesti difikirkan.

Di mana beliau akan bertanding?

KHALID: Strategi kita sekarang ini, jangan meletakkan tempat sebab saya percaya dalam pilihan raya kecil, bila kita tetapkan tempat, orang sudah mula kempen dari sekarang, strategi itu tidak boleh, kalau itu berlaku, jentera kerajaan sudah mula turun untuk menyelesaikan masalah-masalah setempat.Adakah Tan Sri sendiri bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi ruang kepada Anwar?

KHALID: Boleh jadi, kita ada lagi 30 yang sedia kosongkan kerusi, dia boleh kempen di 30 tempat itu termasuk Bandar Tun Razak, tetapi kalau kita bagi (umum) satu atau dua tempat, ini tidak betul. Saya percaya Anwar ada kemahiran politik, percaturan dia, dia akan tentukan bila masa yang sesuai.Pernahkan Tan Sri terfikir mencapai tahap sekarang?

KHALID: Saya rasa apabila masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai orang baru, mereka seperti Azmin Ali yang berjuang sudah lapan, sembilan tahun, bila masuk kumpulan tersebut, mereka sudah kebal. Bagi mereka, kalah pun tidak menjadi masalah. Tetapi saya dalam kumpulan yang khuatir tetapi mereka ini pasal melawan sudah jadi identiti. Kadang-kadang saya lari daripada mereka sebab identiti mereka ialah mahu mengetengahkan bahawa negara perlu mencapai tahap keadilan dan mereka yang teraniaya mesti kita beri pertolongan.

Yang penting dalam hal ini ialah ‘esprit de corps’ (semangat kekitaan), mereka ini dalam satu kumpulan, walaupun tahu sesuatu perkara, itu sangat sukar, tetapi kekuatan ‘esprit de corps’ percaya suatu masa mereka akan berjaya. Adalah satu kejayaan bagi Keadilan, daripada satu kerusi (di Parlimen), kini menjadi 31 kerusi dan dapat membuat perubahan di empat negeri yang biasanya selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Itu pendapat Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa sangka bekas CEO Kumpulan Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad yang hilang jawatan semasa Mahathir jadi Perdana Menteri yang berkuasa ke atas Government-Linked Companies. Waktu berkuasa dulu bukan sahaja pemimpin UMNO yang dibuangnya kerana dia rasa tak sebulu, tetapi ramai juga tokoh-tokoh pentadbir korporat Melayu seperti Khalid. Lihat apa jadi dengan Tan Sri Ani Arope yang menjadi CEO TNB setelah negara dilanda black-out?

Hari ini setelah bersara, setelah tak ada kuasa lagi, Mahathir masih nak buang pemimpin UMNO. Sudah nyayuk kut orang tua ni? Sepatutnya makin tua jadi makin baik terutama para pemimpin negara yang pernah buat jasa dan sudah bergelar negarawan. Tapi Dr. Mahathir lain. Tuhan lanjutkan usia suruh bertaubat bukan tambah buat jahat.

Tak cukup dengan suruh Pak Lah berhenti, Tun cuba timbulkan kebencian rakyat terhadap Brother Anwar. Betul ke cerita ini atau dusta?

"Orang Melayu akan diperalat bangsa asing terutama golongan Yahudi jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Barat dan Yahudi percaya Anwar boleh jadi PM tak lama lagi. "Jadi, kita tahu orang Yahudi dan Eropah percaya Anwar akan jadi Perdana Menteri tak lama lagi, (jadi) bolehlah cucuk hidung, nak heret ke mana-mana.

"Kalau orang Melayu hendak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu. Memang Yahudi nak dia (Anwar). Saya fikir kalau dia jadi Perdana Menteri Israel, baguslah,’ kata Mahathir ketika menjawab soalan peserta yang menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong (Permata) Ke-7.

Sambil menyindir "semua orang patut suka kepada Anwar", beliau berkata, Anwar banyak kali memburuk-burukkan namanya di seluruh dunia sebagai propaganda politiknya. Mahathir terlupa apakah dia tidak melakukan perkara yang sama terhadap Pak Lah, Khairy dan Anuar sendiri, di dalam dan luar negeri? Mungkin dia mahu Mukhriz yang jadi Perdana Menteri? Apakah ini caranya?

Tulisan macam inilah yang menyebabkan orang jadi tidak faham dengan pendirian saya. Mereka kata, apalah Pak Habib tu, bukan ada ‘pendirian’? Dulu dia sokong orang itu, la ini dia lanyak pula orang itu pulak. Dan macam-macam lagi orang kata saya.

Mungkin mereka tidak faham tanggungjawab seorang penulis yang komited dan mesti memperjuangkan ‘kebenaran’, bukan komited dengan pemimpin-pemimpin tertentu. Cukuplah jadi orang Islam, jadi hamba Allah, tak jadi orang itu dan ini dan tak jadi hamba orang dan hamba nafsu dengan menjual roh pada syaitan.

Walaupun ada orang kata cara saya menulis dan membuat ramalan banyak yang tak ‘logik’, sebenarnya saya ada ‘logik’ saya sendiri. Saya percaya dengan dalil, dan dalil tidak semestinya dengan logik akal fikiran saja. Hari ini logik akal fikiran banyak yang sudah bercelaru. Pandai ada macam-macam pandai sekarang. Pandai menipu bank dan koperasi pun pandai juga. Pandai menipu rakyat pun pandai juga. Sebab itu hari ini kita mesti berhati-hati dengan orang yang pandai terutama mereka yang pandai berdusta. Nasib baik saya tak jadi Sang Kelembai metos betina gila bila sumpah orang jadi batu. Kalau orang tak jadi batu kita jadi hantu.

Itu pendapat saya. Saya mesti jujur dengan pendapat saya. Anda tidak semestinya bersetuju dengan pendapat saya dan saya pun tidak semestinya bersetuju dengan pendapat orang lain. Terlalu banyak benda yang bercelaru hari ini akibat ramai pemimpin yang sakit. Kita mesti mencari dalil untuk mengatasi perkara-perkara yang bercelaru itu, supaya kita dapat mengatasi bahaya yang sedang mengancam orang Melayu.

Kalau sekadar pakai logik akal, pakai dalil orang tertentu yang ada kepentingan dan bukannya kerana mahu berjuang untuk nasib orang Melayu, saya khuatir keadaan semua parti politik Melayu dan orang Melayu akan menjadi lebih teruk dari apa yang kita lihat pada hari ini. Jika pemimpin sekadar hebat berpidato dan mempunyai ‘blogger’ sebagai pembantu yang pemikirannya tak menentu, fikirkanlah siapa yang lebih beruntung? Mereka yang baru pulang dari nuraka atau yang sedang menuju ke neraka? Tepuk dada tanya selera. Siapa sebenarnya yang menentukan nasib manusia di dunia ini? Bagaimana pula dengan nasib manusia di akhirat? Bagi banyak di antara kita, nasib atau takdir memang bagai mesteri tak terpecahkan. Banyak pertanyaan muncul bila kita mulai memikirkan masalah ini. Misalnya, siapa yang mentakdirkan seorang menjadi baik atau jahat, kaya atau miskin? Lalu bagaimana dengan umur manusia, sakit dan sehatnya, siapa yang menentukan? Tuhankah? Atau manusia itu sendiri?

Bila di satu sisi Tuhan telah menentukan takdir manusia, sehingga manusia hanya menjadi alat bagi kehendak-Nya, namun di sisi lain keburukan manusia dengan dosa, maka sungguh Dia adalah Sang Mahazalim. Bukan kah segala kebaikan dan keburukan itu terjadi atas kehendak-Nya? Tapi sebaliknya, bila Tuhan memasrahkan sepenuhnya takdir manusia ke tangan manusia itu sendiri, sungguh betapa kerdilnya kekuasaan-Nya karena ada banyak hal yang bisa terjadi di luar kehendak-Nya.

Petikan dari buku;
DUA WAJAH TUHAN
Menyingkap Rahasia Takdir Ilahi
Penterjemah: Muhsin Assegaf

Tuesday, July 1, 2008

Mengapa anda harus menyokong parti yang memperjuangkan Islam ?

Assalaamualaikum wbt

Kali ini saya ingin memperkatakan satu perkara yang seharus kita semua maklum iaitu mengenai parti politik di negara kita. Saya tidak tahu parti mana yang anda sokong. Mungkin bagi anda, anda mempunyai alasan untuk menyokong mana-mana parti politik yang anda sukai.

Walaubagaimana bagi saya, saya rasa kita semua patut menyokong dan menjadi ahli PAS seumur hidup. Kenapa saya kata begitu ? Kerana bagi saya, PAS lah satu-satunya parti politik yang memperjuangkan Islam. Mungkin ada yang kata, UMNO juga memperjuangkan Islam. Tapi Islam yang diperjuangkan UMNO adalah semata-mata kerana untuk memancing undi orang Melayu sahaja dan tak lebih dari tu. UMNO hanya memilih apa yang dirasakan sesuai dengan semangat partinya tetapi tidak akan menjadikan Islam sebagai perundangan negara. Itulah sebabnya, UMNO sentiasa menentang sebarang Undang-Undang Jenayah Syariah yang di kemukakan. Kalaulah UMNO tu jujur ingin memperjuangkan Islam, seharusnya, pihak kerajaaan yang memerintah telah cuba mengubah sistem perundangan atau sekurang-kurangnya meningkatkan lagi taraf Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah utama negara. Kalau orang bukan Islam tak berminat sekali pun, kuatkan kuasa dahulu ke atas orang-orang Islam.

Sebenarnya, orang bukan Islam menolak Undang-Undang Syariah kerana mereka masih tidak memahami kebaikan undang-undang yang dibawa oleh Islam. Mereka nampak seolah-olah Undang-undang Islam sebagai kejam kerana di gambarkan atau diburuk-burukkan oleh media barat bahkan juga oleh orang Melayu Islam UMNO sendiri.

Seharusnya pihak Kerajaan mendidik orang ramai mengenai kebaikan Undang-Undang Islam itu terlebih. Ini boleh dilakukan oleh media massa spt TV, Radio, akhbar dan sebagainya. Tunjukkanlah kehebatan dan kelebihan perundangan Islam yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah sosial hari ini spt judi, arak, jenayah mencuri, menipu, merompak, merogol, memfitnah, tuduh menuduh tanpa saksi, seks bebas, penyakit Aids, masalah dadah dan masalah mat rempit.

Saya juga hairan bagaimana kita semua boleh menerima hukum rimba seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Dadah Merbahaya 39B dan sebagainya, pada semua itu lebih banyak keburukan daripada kebaikan bahkan kebanyakannya lebih kejam. Sebagai contoh penahanan mereka yang dituduh atau disyaki tanpa bicara atau mempertahankan diri.

Begitu juga Akta Dadah Merbahaya seksyen 39B yang membawa hukuman mati mandatori. Bayangkan jika ada orang meletakkan 2 kg dadah di bawah rumah kita tanpa kita sedari, kemudian ada orang yang menjumpainya dan kita dituduh mengedar dadah, dan hukuman yang kita terima adalah Hukuman Mati. Adilkah ?

Itulah sebabnya saya rasa hanya parti PAS sahaja yang benar-benar memperjuangkan Islam. Mereka yang menyertai bukan kerana inginkan kekayaan atau memperolehi projek-projek besar atau menjadi jutawan segera. Mereka yang menyertai PAS, saya lihat lebih telus, bertanggunghjawab dan bersungguh untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Bayangkan di Kelantan yang terkenal dengan negeri yang miskin. Tapi di sebabkan mereka pandai menguruskan hasil negeri yang sememangnya dah terhad, Negeri Kelantan bukan lagi yang tercorot atau ke 3 atau ke 4 paling miskin. Kelantan telah mendahulu negeri-negeri lain dari segi ekonomi, peningkatan taraf hidup, kesedaran sosial dan pendidikan agama dsb.

Kalaulah pihak Kerajaan Negeri Kelantan dibenarkan mengusahakan projek Gas & Petroleum, saya rasa bukan setakat Penang, bahkan jauh lebih maju dari Negeri Selangor. Saya lihat betapa ramainya profesional dari Kelantan yang bekerja dan menetap di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Kalaulah Negeri Kelantan sekarang ini dapat mengusahakan Projek Gas & Petroleum yang mana jumlah gasnya adalah tersangat banyak dan dianggarkan mencecah nilai beratus billion RM. Itulah sebabnya pihak Kerajaan Malaysia yang memerintah hari ini tidak akan membenarkan Kerajaan Negeri memperolehi sebarang royalti petroleum atau gas sebagaimana Negeri Terengganu atau Sabah.

Kalau semua ini dibenarkan berlaku, maka Kelantan akan berkembang menjadi pusat ekonomi baru yang ditunggu-tunggu dan Kelantan yang sememangnya terkenal dengan usahawan dan juga pakar-pakar dalam pelbagai bidang, mereka akan kembali ke Kelantan beramai-ramai dan menyebabkan Negeri-negeri lain akan mengalami kekurangan tenaga kerja mahir atau separa mahir.

Dengan kedudukannya di Laut China Selatan menjadikan ianya paling strategik kerana lebih dekat dengan China, Vietnam, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Filipina dll. Ini adalah kerana negara-nagara ini juga dijangka ekonomi mereka akan berkembang pesat dalam masa beberapa dekad akan datang.

Saya juga tidak hairan jika dalam masa 10 tahun lagi negeri Kelantan, negeri Kelantan akan menjadi terkenal dengan industri petrokimia, bioteknologi, agroteknologi, pusat pengajian pelbagai ilmu dsb.

Di Kelantan akan muncul lebih banyak Universiti berbanding negeri-negeri lain. Dengan jumlah penduduknya yang lebih ramai berbanding negeri lain, menjadikan kelantan negeri pilihan pelabur dalam dan luar negara.

Kewujudan lebih banyak universiti bermakna lebih ramai tenaga mahir dan pakar yang dihasilkan oleh Negeri Kelantan dan ini akan membuka lebih banyak usahawan dalam pelbagai bidang.

Kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung menjadikan ianya Bandar Satelit yang paling moden. Semua bandar-bandar baru di Kelantan akan dibina dengan lebih terancang dan teratur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, kegiatan sosial dan ekonomi dsb.

Saya juga menjangkakan Kelantan juga akan mempunyai sistem pengangkutan canggih seperti Keretapi Laju yang menguhubungkannya dengan bandar-bandar utama semenanjung. Kalau dilihat hari ini pun, sistem meter parking di Kelantan adalah yang termoden kerana menggunakan sistem 2 pilihan samada kad prabayar berkomputer atau menggunakan syiling.

Sistem Pengangkutan Bas SKMK juga boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding syarikat-syarikat bas negeri-negeri lain yang kelihatan lebih uzur, tidak cekap dan bermasalah.

Saya juga berharap pihak KTMB akan membina landasan keretapi terus ke bandar Kota Bharu bagi memudahkan orang ramai dan juga meningkatkan lagi penggunaan keretapi di kalangan masyarakat. Mungkin satu hari nanti, pihak KTMB akan menawarkan perkhidmatan komuter antara bandar-bandar utama di Kelantan.

Itulah sebabnya kenapa kita harus memilih PAS sebagai parti pilihan. Selain itu, PAS sebenarnya disertai oleh ramai golongan bijak pandai atau intelek spt pensyarah, pakar dalam pelbagai bidang, pesara tentera yang berpangkat spt Kolonel, Kapten, Mejar, Leftenan dsb berbanding parti UMNO. Ini adalah kerana golongan ini lebih tahu menilai kerana mereka lebih banyak mendapat maklumat berbanding golongan-golongan lain.

Jadi mengapa kita semua harus menyertai PAS ?

Jawaban saya yang paling utama adalah kerana kita semua akan MATI. Jadi kenapa kita harus menyokong PAS kalau kita semua akan mati ? Jawapannya lagi, Kerana kita kekurangan amal soleh.

Jadi apabila kita menyokong PAS, bermakna kita telah menyokong perjuangan Islam. Bila kita menyokong perjuangan Islam, maka kita sudah semestinya dikira termasuk dalam golongan orang-orang yang menegakkan agama Allah, sebagaimana juga orang-orang yang berjuang di jalan Allah atau Mujahiddin.

Jadi apabila kita Mati nanti, dan amalan kita dikira, kita belum tentu lagi dapat masuk ke syurga, bahkan mungkin kita akan diseret ke dalam api Neraka yang menyala-nyala ! (Nauzubillah)

Tapi sekiranya ini berlaku, apakah yang dapat anda lakukan lagi. Jadi sekurang-kurangnya di saat kita diseret ke Neraka, kita dapat memberi hujah yang terakhir : "Wahai Tuhanku, Ampuni dosa-dosaku, lepaskan aku dari azab neraka Mu, kerana sesungguh wahai Tuhanku, aku satu ketika dahulu pernah menyokong perjuangan agama Rasul Mu."

Apakah Tuhan akan menerima ini sebagai amal soleh kita ? Ya, sekiranya sokongan kita itu adalah benar-benar ikhlas dan dengan niat untuk menegakkan hukum Allah di mukabumi Nya. Maka, fikirkanlah saudara-saudariku. Anda mempunyai akal dan fikiran yang mampu untuk membuat pertimbangan.