Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Thursday, July 31, 2008

Peluk Isteri Boleh Panjangkan Umur Anda



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.



Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

dipetik dari raudhah.com

Benarkah Suami Ego Seks? (18SX)



BENARKAH dalam masalah seksual, suami sangat egois? Tetapi sejauh mana benarnya egois suami mengenai permasalahan seksual?

Prof Dr. Wimpie Pangkahila, seorang pakar sek-sologi, telah bertanyakan kepada ramai suami mengenai masalah ini, dan beliau mendapati ia adalah sesuatu yang subjektif.

Tidak ada jawapan khusus kerana dalam masalah seksual, seseorang suami mungkin mengakui ego tetapi untuk kepentingan bersamamungkin sebaliknya.

Mungkin suami merasa dirinya tidak ego, sedangkan isteri mengakui keegoan suaminya. Percangahan ini mungkin muncul kerana mereka salah faham mengenai seksual, terutamanya mengenai keinginan seksual pasangan.

Sikap ego suami, mungkin menyebab-kan isteri tidak cukup menerima rangsangan seksual, di peringkat foreplay mahupun rangsangan semasa mela-kukan hubungan seksual. Akibatnya, isteri berasa sakit ketika melakukan hubungan seks sehingga gagal orgasme.

Jika keadaan ini berterusan, akhirnya isteri kehilangan dorongan seksual dan boleh mengalami vaginismus. Jika ini berlaku hubungan seksual tidak dapat dilakukan. Bagaimana-pun ramai suami ego tidak faham isterinya tidak pernah menikmati hubungan seksual dan tidak tahu masalah seksual yang dialami oleh isteri kerana mereka hanya tahu menikmati kepuasan sendiri.

Maka yang menjadi masalah sebenarnya bukan bagaimana isteri harus memuaskan suami, tetapi bagaimana pula suami harus memuaskan isteri.

Berikut beberapa saranan yang boleh membantu:-

1- Isteri juga seperti anda: Ini bermakna isteri mempunyai dorong¬an seks dan kepertuan seksualnya juga perlu dipenuhi. Jangan anggap isteri hanya sebagai objek seksual untuk memuaskan suami.

2- Ramai isteri mengalami masalah seksual tetapi tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak.
Kurung dari kain kasa ungg.

3- Memuaskan isteri adalah kewajipan anda: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Jika suami melakukan semua saranan di atas, yakinlah bahawa isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois.

Sebaliknya kalau anda tetap menjadi suami egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal-nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Isteri yang kebetulan mempunyai suami egois akan lebih baik jika mengambil sikap dan tindakan seperti berikut:-

I- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami. Ingat dia juga seperti isteri tidak semuanya faham tentang seksual.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami me¬ngalami gang¬guan fungsi seksual, jangan bosan menya-rankan suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapat-kan rawatan. Jika suami tidak mengakui, jangan lemah semangat, jika perlu temaninya mengatasi berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.


CIRI-CIRI SUAMI EGOIS


SEKURANG-KURANGNYA ada tiga kumpulan lelaki yang boleh dianggap sebagai suami egois, walaupun mereka tidak merasa demikian.
• Kumpulan pertama: Suami yang tidak memperdulikan tentang kehidupan seksual isterinya. Anggapan mereka, isteri wajib melayan dan memuaskan keperluan seksual suami. Isteri dianggap objek seksual, oleh itu tidak perlu mengeluh atau menuntut.

• Kumpulan kedua: Suami memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi disebabkan tidak tahu bahawa isteri juga menghadapi masalah seksual. Maka mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah egois, sedangkan isteri cukup tertekan dengan sikap mereka.

• Kumpulan ketiga: Suami yang memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi kerana mengalami gangguan fungsi seksual, maka isteri mengalami masalah. Bila isteri mengeluh, mereka tidak mampu mengatasinya.


ANDA TERMASUK DALAM SUAMI JENIS KUMPULAN MANA?

JIKA anda termasuk dalam kumpulan pertama, anda memperlakukan isteri sebagai objek seksual, anda hanya mahu isteri dapat memberikan kepuasan sek¬sual, tanpa mempedulikan keinginannya. Jika isteri menolak, anda menyalahkan isteri dan menganggap dia tidak melakukan tanggungjawabnya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan kedua, anda mengikuti perkembangan seksual isteri kerana tidak menganggap isteri sebagai pemuas nafsu semata. Tetapi anda tidak mengetahui bahawa isteri sedang mengalami masalah seksual, isteri juga tidak mem-beritahu suami bahawa mengalami masalah seksual. Anda tetap melakukan hubungan seksual seperti anda kehendaki, tanpa mengetahui bahawa isteri tidak dapat menikmatinya.

Anda termasuk dalam kumpulan ketiga, jika tidak mempedulikan kehidupan seksual isteri. Keluhan isteri tidak memberi apa-apa makna, anda tidak berupaya megatasi masalahnya dan tetap saja melakukan hubungan seksual seperti anda inginkan.


Isteri Tak Puas - Bagaimana Suami Tangani?

Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan, Sepanjang tujuh tahun perkah-winan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

"Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan ru¬mah tangga tergalas di bahu saya.

"Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu "

Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.

Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Baling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.


Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

Wednesday, July 30, 2008

Malam Pertama & Seks (18SX)

Amaran :

Laman ini mengandungi gambar-gambar yang mungkin tidak sesuai untuk mereka yang di bawah umur 18 tahun (18SX). Rencana ini adalah untuk tujuan ilmiah sahaja.


Malam pertama adalah saat-saat yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai. Di waktu ini tiada lagi rahsia antara pasangan. Semuanya terdedah! Intimasi diri dan perkara sulit peribadi menjadi terbongkar. Banyak juga saya mendengar cerita-cerita malam pertama dari pelawat SyokKahwin.com. Ada yang melucukan juga.


Malam ini adalah juga penentu kepada kejayaan dan kepuasan sesebuah rumahtangga. Secara lazimnya, bagi mereka yang baru ingin mengenal mengenai hubungan kelamin antara suami isteri akan dipenuhi dengan perasaan cemas dan debaran yang memuncak. Jangan masuk bilik terus berbogel, telanjang atau nude sudahlah..hehe..Fikiran kenalah ditumpukan khusus kepada isteri bukannya pada Fasha Sandha, Linda Rafar atau Nur Fazura! Kenalah sabar, jika tidak nanti seperti dirogol pula. Kena elakkan keganasan. Tingkatkan kelembutan dan keasyikan.

Kami di sini dengan sukacitanya ingin meredakan perasaan yang tidak menentu itu dengan segmen-segmen khas dan panas yang boleh menjadi panduan kepada bakal mempelai. Jika anda ingin mengetahui perasaan mereka yang pernah melaluinya dan membincangkan mengenainya, sila ke ruangan forum nostalgia kami.

MALAM PERTAMA

Pelayaran malam pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

INGIN MENGETAHUI TEKNIK BERGAMBAR JIMAK KAMASUTRA SEBENAR? KLIK SINI!

teknik bergambar jimak, senggama, persetubuhan percuma dan mantap

MERANCANG KELUARGA

Jenis-jenis kondom dan cara-cara memilihnya



  • Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.
  • Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
  • Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.

  • Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.

  • Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.

  • Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di"stretch" untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.

    Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau "British Standard Kite Mark)

    Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau chocolate.

    Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.

    Cara-cara memakai kondom
  • Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi, sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.
  • Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.
  • Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.
  • Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar. Apabila Anda belum disunat, tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom terpasang.
  • Bila kondom tersebut dirasakan bocor, hentikan kegiatan seks anda segera. Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru. Selepas ejakulasi, cepat tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.
  • Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah. Cuci tangan bersih-bersih.
  • Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali. Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja.

    KESUBURAN WANITA

    Menentukan Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita

    Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.

    Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

    Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

    Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

    Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:

Pusingan Haid

  • Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
  • Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

    Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

    Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

    Catatan Suhu Badan


  • Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.

    Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

    Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

    Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

    Ujian Darah



  • Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

    Ujian D & C



  • Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

    Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.

    Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

    Pemeriksaan Fizikal



  • Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

    Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

    Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

    Pemeriksaan Sistem Peranakan



  • Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

    Jangkitan Faraj



  • Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

    Pemeriksaan Laparoskopi

    Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

    Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

    Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

    Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

    Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

    Untuk melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN, pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.

    Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

    Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram. Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.


    Bagaimana meningkatkan kesuburan?

  • Elakkan makan makan daging merah ( cthnya daging lembu, kambing,rusa dll. )
  • Elakkan makan makanan dari tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll produk tenusu ). Tetapi, ini haruslah digantikan dengan meminum susu soya.

  • Elakan minum kopi dan teh. Ini kerana caffeine di dalamnya akan menyebabkan pengurangan kesuburan sebanyak 50%.

  • Tenangkan jiwa senang tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila tenang, badan kita pun tenang.

    Mengenali Kitar Haid Wanita

    Apakah sebenarnya pusingan haid ini?

    Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.

    Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja. Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.

    Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?

    Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovarii mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.

    Kilang pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH. Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid.

    Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.

    Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid?

    Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita. Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya.

    Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.

    Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.

    Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.

    Apakah yang dimaksudkan dengan taqwim haid?

    Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi. Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil. Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi. Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.

    Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah. Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid. Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.

    Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita, kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).

    Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

    Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.

    Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.

    Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.

    Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)

    CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

    Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

    Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

    1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

    2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

    3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

    4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

    5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

    6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

    7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

    8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

    9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

    10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

    Cara berjimak yang dituntut.

    1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

    2. Pada malam selasa
    Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

    3. Pada malam Khamis.
    Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

    4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

    5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

    6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

    7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

    8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

    The Ultimate G Spot Sex Technique For the Best Orgasms She's Ever Had! What if there was a surefire easy to perform sex technique that guaranteed your lover an orgasm? What if this sex technique guaranteed her orgasms so good that she would think she was in orgasm-heaven? What if you knew what this sex technique was? How incredible would your sex life be?

    TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN

    Teknik-terknik persetubuhan atau senggama

    Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau bersenggama anda. Baca artikel ini yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!


    Teknik Bersetubuh Barat

  • Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan. Selanjutnya*.....




Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.




Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.




Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.

2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)

3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)

4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.

5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

Dipetik dari Mengandung.com

BEBERAPA TIPS UNTUK HAMIL

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-



Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami tentang berita gembira ini!

Dipetik dari Mengandung.com


MERANGSANG WANITA


Cara-cara merangsang wanita (dengan cumbuan)

Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan .Dikatakan :"Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’"Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut:

1. Daerah kening

2. Bahagian pelupuk mata

3. Hidung

4. Pipi dan sekitarnya

5. Bahagian tengkuk

6. Bahagian leher

7. Daun dan belakang telinga

8. Payudara terutamanya puting

9. Bibir dan lidah

10. Bahagian dalam mulut

11. Peha dan sekitarnya

12. Ketiak

13. Bahagian perut terutama sekitar pusat

14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj

15. bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Betapa bagusnya andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Taála.

Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)

Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak

  • Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

    2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
  • Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

    3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’

    Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

    4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks


  • Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

    Rahsia Seks Wanita

    Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

    BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN

  • Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

    WAKTU SUBUR

    Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

    Mencari G-Spot

    Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).

    Foreplay


    Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim ?

  • Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis
  • Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
  • Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah.
  • Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama.
  • Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!

    Teknik-teknik hangat untuk membangkit suasana romantis dan panas antara suami isteri di AskMen.com

    MASALAH SEKSUAL


    Female Sexual Dysfunction (FSD)

    Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.

    Menghilangkan "Love Bite"

    Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.

    1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

    2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.

    3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

    4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Thursday, July 17, 2008

Artikel Khas: llmu Makam Yang Lima 2 (18SX)

Perhatian : Artikel ini adalah untuk tujuan ilmiah atau pendidikan seks kepada anda yang sudah berkahwin atau bakal berumahtangga dan tidak sesuai untuk bacaan remaja atau kanak-kanak.


Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks secara 'cowboy-style' atau 'fast-game' atau 'semberono' mungkin akan cenderung untuk melakukan adegan yang 'man-centric' (suami yang aktif dan puas) sementara isterinya seolah-olah akan jadi objek seks saja. Ianya lambat-laun akan memberikan kesan psikologi yang negatif ke atas isteri apatah lagi apabila suaminya dilihat 'hanya sayang bila mahu lakukan seks'. Dari sudut memberi nafkah batin, pendekatan seperti ini bolehlah dianggap sebagai pendekatan yang tidak dialu-alukan.

Berapa banyakkah pasangan yang 'man-centric' tidak dapat dipastikan kerana adegan ranjang adalah rahsia dalam rumahtangga dan tidak patut dikongsi ceritanya walaupun kepada sahabat paling terpercaya. Namun boleh dikatakan majoriti pasangan yang baru berumahtangga akan berhadapan dengan masalah-masalah 'penyesuaian cara merangsang' atau 'penyesuaian posisi yang digemari' dan tentu ramai yang kabur apakah yang dikatakan kepuasan ketika melakukan seks. Adakah kepuasan itu terletak pada klimaks (inzal mani) semata-mata atau adakah ia suatu keadaan yang lebih bermakna dari klimaks.

KEPUASAN BATIN ELAK MAKSIAT ZINA

Saya sendiri telah perhatikan keadaan bilamana seorang lelaki yang sudah beristeri dan punya anak yang sudah besar panjang 'menghampiri zina' (na'uzubillah) bersama seorang wanita yang masih jadi isteri orang dan juga sudah punya anak yang besar panjang. Pada saya, mereka jelas 'menghampiri zina' kerana mereka bukan saya berbual mesra malah menyentuh dan mengurut-urut antara satu dengan lain. Dari cebisan berita yang saya perolehi, si wanita ini walaupun punya suami tapi rumahtangganya ibarat telur di hujung tanduk sementara si lelaki itu pula sudah lama tidak tidur bersama dengan isterinya yang sah. Apa pula yang dilakukan oleh pihak yang satu lagi semasa ketiadaan suami atau isteri mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita hanya dapat doakan bahawa semua mereka ini kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan berumahtangga sebagaimana suruhan Islam dan mendidik anak-anak agar menjadi insan soleh.

Dari rujukan-rujukan yang telah saya lakukan selama ini mengenai Seksologi Timur, terutamanya dalam Islam, dapatlah disimpulkan bahawa kepuasan batin adalah antara ciri terpenting kebahagiaan rumahtangga. Kepuasan batin ini pula tidak dapat lari dari kepuasan seks kerana perlakuan seks dalam keadaan yang dihalalkan dan memuaskan adalah antara tujuan berumahtangga. Kesannya adalah positif. Maknanya, sekiranya pasangan suami isteri itu menikmati kepuasan ketika bersama, insyaAllah nafsu syahwat mereka akan tertutup dari melakukan berbagai maksiat berkaitan seks.

PINTU RANGSANGAN LELAKI DAN WANITA

Lelaki yang 'lapar seks' amat mudah terangsang matanya. Wanita yang 'lapar seks' amat mudah pula terangsang telinganya. Maksudnya, jika seorang suami atau isteri itu tidak mendapat layanan seks yang memuaskan dari pasangan masing-masing, seorang suami akan mudah terangsang bila melihat wanita lain walaupun wanita yang dilihatnya itu sudah bersuami, dan seorang isteri pula akan mudah 'cair' bila dipuji atau diambil berat oleh lelaki lain, walaupun lelaki yang 'mengambil berat' itu sudahpun beristeri. Sekiranya mereka ini ada peluang berdua-duaan tanpa dilihat oleh oranglain, syaitan pula akan 'menghiaskan' lagi keadaan mereka dan tanpa disedari mereka jadi lebih intim dan akhirnya jika tidak segera sedar harga diri, mereka mungkin akan terjebak ke dalam maksiat yang terkutuk.

Kerana itu, Ilmu Makam Yang Lima adalah salah satu ilmu pengetahuan yang boleh menjadi benteng yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri dari terjerumus ke kancah maksiat, apatah lagi di zaman mutakhir ini bilamana wanita dan lelaki bukan muhrim selalu dapat berjumpa secara langsung atau tidak langsung dalam kursus, seminar, business-talk, dan sebagainya, serta menginap pula di hotel-hotel. Apa pun, kita harus sedari dulu bahawa tiada ilmu yang dapat menjadi benteng jika manusia itu lupa diri, dan punca lupa diri ialah lupa pada Allah.

TIGA LUBUK NAFSU SYAHWAT

Untuk kali ini, saya akan catatkan mengenai Tiga Lubuk Nafsu Syahwat sebagai 'gateway' kepada llmu Makam Yang Lima. Dalam ilmu seksologi Timur, seseorang isteri itu dianggap mampu inzal (klimaks) walaupun dia masih belum dijima' (ertinya suami masih belum memasukkan zakar ke faraj apatah lagi berdayung). Caranya ialah dengan memahami Tiga Lubuk Nafsu Syahwat dan mengetahui cara bagi merangsang Lubuk Nafsu ini dengan sempurna. Tiga Lubuk Nafsu ini ialah Nafsu Badan, Nafsu Luar dan Nafsu Dalam.

1) NAFSU BADAN

Seseorang wanita yang masih gadis (virgin) amat mudah terangsang Nafsu Badannya. Apakah Nafsu Badan? Ia adalah seluruh tubuh dan pancainderanya selain kawasan alat sulitnya (farajnya) kerana kawasan itu adalah Lubuk Nafsu yang lain.

Permulaan rangsangan ke Nafsu Badan ialah berkomunikasi dengan cara yang lemah-lembut dengan isteri. Ia patut bermula seawal hari yang mana jima' akan berlaku. Jika ia memang sudah jadi amalan suami isteri setiap hari, itu lebih baik, cuma tambahkan lagi kemesraan di hari yang berkaitan. Banyakkah bergurau-senda, pegang-memegang, belai-membelai, kucup-mengucup, perbualan yang santai-tenang dan pernyataan sayang.



Ketika atau saat berada di ranjang, elok bagi suami bersalaman dengan isteri dan isteri pula mencium tangan suami. Boleh diucapkan 'Assalamu'alaikum sayang!' atau 'Assalamu'alaikum wahai pintu yang pengasih' dan isteri pula menjawab 'Wa'alaikumsalam abang!' atau 'Wa'alaikumsalam wahai tuanku yang terpercaya'. Kemudian bolehlah disusuli kucupan lembut ke dahi dan pipi isteri. Dalam keadaan masih berpakaian itu, rangsangan-rangsangan ke Nafsu Badan dilakukan dengan lebih bermakna. Satu pendekatan yang bagus ialah mengurut isteri dengan Urutan Pembangkit Syahwat (Erotic Massage). Ini hanya sesuai dilakukan ketika di ranjang, ketika suami isteri hanya tinggal berdua.

Urutan Pembangkit Syahwat

Apakah itu Urutan Pembangkit Syahwat?
Ia bukan gerakan urutan biasa yang bersifat agak keras dan kadangkala menyakitkan. Urutan Pembangkit Syahwat lebih lemah-lembut, lebih bersifat meraba-raba dan kadangkala bersifat antara menyentuh dengan tidak (seolah-olah menggeletek). Ianya pun tidak dilakukan hanya menggunakan jari-jemari malah boleh menggunakan hidung, lidah, gigi dan bibir mulut. Ia juga boleh dilakukan dengan mendekatkan dada dengan dada, kepala dengan kepala. Inilah yang dinamakan Istimta' (foreplay) yang mempunyai berbagai strategi dan pendekatan. Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, isteri boleh inzal (climax) di peringkat ini dan inilah yang telah diajarkan oleh orang tua-tua Melayu dan mungkin merupakan lompang (niche) yang tidak diketahui oleh banyak pasangan yang baru atau akan berkahwin.

Rangsangan Istimta' Ke Seluruh Tubuh

Sebenarnya secara prinsip, tubuh seseorang isteri perlulah diterokai sepenuhnya sebelum jima' dilakukan. Maksudnya, jari-jemari dan anggota tubuh suami perlu menjelajah dan memberikan rangsangan ke seluruh tubuh isteri. Ini termasuklah rambutnya, tengkuk, bawah dagunya, kelopak matanya, telinganya, belakangnya, punggungnya, pehanya bahagian luar dan dalam, betisnya, malah telapak kakinya! Telah dipetuakan oleh orang tua-tua Melayu bahawa seharusnya suami sentiasa menyentuh mana-mana bahagian tubuh isteri bermula dari rangsangan ke Nafsu Badan ini hinggalah ke saat jima' mahu dimulakan.

Bolehlah dicatat bahawa tiada jalan pintas dalam merangsang Nafsu Badan. Ianya perlu dilakukan dengan perlahan-lahan hingga isteri terangsang secukupnya, barulah bergerak untuk merangsang Nafsu Luar pula. Masa merangsang Nafsu Badan ini disarankan selama 15 hingga 30 minit, bergantung kepada sama ada isteri cepat atau lambat terangsang.

Mencari Lubuk Rahsia Nafsu Badan

Satu perkara lagi, perlu untuk para suami mengetahui bahawa lubuk syahwat isteri bergerak di sekitar tubuhnya dan tempatnya berbeza-beza setiap hari. Maksudnya, kalau pada hari ini anda dapati bahawa rangsangan ke payudaranya dapat membangkitkan ghairahnya dengan cepat, pada hari esok, rangsangan ke tempat yang sama kurang berkesan. Kerana itu, suami patut bersabar meneroka dan mencari Lubuk Rahsia ini setiap kali merangsang Nafsu Badan.

Apakah tanda (indicator) terjumpanya Lubuk Rahsia? Menurut orang tua-tua Melayu, tanda yang dapat dilihat atau dirasai ialah isteri seolah-olah terkejut apabila Lubuk Rahsia itu ditemui. Nafasnya jadi lebih kencang, atau bahagian tubuh itu seolah-olah 'disua-suakan' kepada suami agar dirangsang seterusnya. Dipetuakan, jika anda temui Lubuk Rahsia ini, fokuskan rangsangan di kawasan itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai atau kaedah yang digemari oleh isteri. Biasanya ia adalah sentuhan atau belaian lemah-lembut, bukan memicit, menekan atau meramas, atau sebarang perlakuan yang menyakitkan!



Jangan lupa kawasan payudara isteri. Ia adalah antara kawasan tumpuan bagi rangsangan Nafsu Badan. Cara rangsangan ke kawasan ini adalah dengan lemah-lembut, belai kawasan payudara dulu gunakan jari-jemari dan/atau bibir mulut. Kemudian gentel atau hisap puting payudara dengan lembut juga tapi istiqamah (berterusan). Jika dilakukan rangsangan dengan sempurna, biasanya isteri yang baru mengalaminya (maksudnya dia dikahwini ketika masih gadis) boleh mencapai klimaks di peringkat ini, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, payudara punya keistimewaan kerana ia mempunyai saraf yang berhubung langsung ke faraj isteri.



Seni merangsang Nafsu Badan terletak pada kemampuan suami untuk merangsang dengan perlahan-lahan dan lembut untuk mengasyikkan isteri. Sebenarnya strateginya ialah melambat-lambatkan dari memulakan jima' dan melihat reaksi isteri serta bertindak berdasarkan reaksi itu. Dalam seni Ilmu Makam Yang Lima, suami patut tahu bila patut masuk ke fasa seterusnya, dan ini dapat diketahui dengan meneliti reaksi isteri, iaitu tanda sama ada dia sudah bersedia untuk ke fasa selanjutnya atau mahu dirangsang lagi di fasa yang sama.

Sunday, July 6, 2008

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya ?


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Menghisap Zakar : Memendekkan Umur Suami



Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika anda biasa dengan Foot Reflexology, anda akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Anda juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, anda dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.

Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology.

zakar:

Zon jantung zakar - kepala zakar - adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon- zon lain. Ini bermakana rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.

Blowjob

a>Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang tabib selepas suami itu telah mengalami apa dia fikirkan adalah suatu serangan penyakit jantung. Dia dihantar secara langsung ke hospital di mana kakitangan memeriksanya, merasa tidak apa-apa salah dengannya, dan menghantarnya pulang. Pasangan itu tidak puas hati. Mereka menemui tabib tadi untuk mendapatkan sebab munasabah atas masalah itu.

Tabib pun bertanya mereka "serangan penyakit jantung" bila telah terjadi dan mereka membalas bahawa ia telah terjadi pada lebih kurang jam sembilan pada waktu malam. Kemudian dia bertanya kepada mereka apa mereka telah lakukan menjelang ia terjadi, dan mereka membalas bahawa mereka telah berasmara berulang-ulang kali.

"Bagaimana cara anda bersenggama" ? dia bertanya. Pasangan tersebut merasakan mereka tidak perlu memberi 'detail' dan membalas bahawa mereka "hanya bersetubuh" (perasaan malu dan Ego sentiasa menyulitkan pemulihan kesihatan). Ketika tabib itu menekan bahawa penting baginya untuk mengenali betul-betul bagaimana mereka telah bersenggama, wanita mengakui bahawa dia telah "menghisap". "Anda menghisap bahagian yang mana" ? dia mendesak. Setelah digelabahkan, wanita membalas bahawa dia telah menjilat dan menghisap kepala zakar dan tiba-tiba suaminya mengalami "serangan penyakit jantung".

Tabib tersebut menasihatkan mereka supaya jangan mengulanginya. Dia menerangkan kepada mereka iaitu dengan menghisap kepala zakar suaminya, wanita tersebut telah merangsang jantung dan paru- paru suaminya. Dan yang rangsangan seperti itu adalah lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh si-suami.

Apa yang mereka sangkakan suatu serangan sakit jantung sebenarnya adalah degupan yang dipercepatkan oleh "urutan reflexology" si-isteri yang menghisap kepala zakar suaminya. Kesan yang tidak seimbang ke atas organ yang berkaitan yakni paru-paru dan jantung.



Rangsangan zakar yang tidak-seimbang adalah berbahaya. Anda harus mengelak daripada menggunakan rangsangan terlalu banyak di sebahagian zakar. Anda mesti memelihara keseimbangan. Sudah tentu, setiap orang berbeza, maka anda mesti membuat eksperimen untuk mendapat tahu apakah jumlah rangsangan yang betul untuk anda.

Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.

Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat merancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya - kecuali jika dia inzal (mengeluarkan mani)

Seperti yang diketahui, anda kehilangan nutrien, bahan penting dan tenaga anda bila inzal. Mengeluarkan air mani berlebihan bukan sahaja merbahaya, malahan ianya adalah mala petaka!!! Anda tidak dapat kekal sihat bila kehilangan sebegitu banyak tenaga dan anda juga tidak usah menjangkakan hayat yang panjang menanti anda.

Oleh kerana melancap mudah dilakukan - ramai jugalah yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral; ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Anda dapat membezakan mereka yang melancap secara berlebih daripada mereka yang tidak - dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. Mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. Pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress. Semua ini akibat daripada melancap berlebihan.

Menurut cerita orang tua-tua, melancap akan menimbulkan kebutaan, kehilangan ingatan, dan masalah akal. Kehilangan tenaga batin menjejas kelenjar pituitary, yang mana mengawal fungsi ingatan. Kadar metabolisme dan edaran darah akan terjejas menyebabkan kelemahan tubuh luar dan dalaman.

Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. Dalam masyarakat Tao lama - urut reflexology ke atas zakar, selain daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untukkelazatan - tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani!

Melancap: Wanita

Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita. Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada ***** serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam ) Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik (lihat gambarajah)

Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung.m suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok ( atau dalam buku Permata Yang Hilang - di sebut makam yang lima itu)

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seks, di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. ***** bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu - per-satu-tubuh !!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki maupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang, iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang klitoris, mengadu bahawa mereka hendak kencing. Klitoris terletak di pintu masuk ke faraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi. Ketika mereka merangsang klitoris, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan klitoris, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

Jadi jika pasangan anda berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet - barangkali kekerapan merancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah anda "merawat" pasangan anda itu !!!

(Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.