Thursday, July 31, 2008

Benarkah Suami Ego Seks? (18SX)



BENARKAH dalam masalah seksual, suami sangat egois? Tetapi sejauh mana benarnya egois suami mengenai permasalahan seksual?

Prof Dr. Wimpie Pangkahila, seorang pakar sek-sologi, telah bertanyakan kepada ramai suami mengenai masalah ini, dan beliau mendapati ia adalah sesuatu yang subjektif.

Tidak ada jawapan khusus kerana dalam masalah seksual, seseorang suami mungkin mengakui ego tetapi untuk kepentingan bersamamungkin sebaliknya.

Mungkin suami merasa dirinya tidak ego, sedangkan isteri mengakui keegoan suaminya. Percangahan ini mungkin muncul kerana mereka salah faham mengenai seksual, terutamanya mengenai keinginan seksual pasangan.

Sikap ego suami, mungkin menyebab-kan isteri tidak cukup menerima rangsangan seksual, di peringkat foreplay mahupun rangsangan semasa mela-kukan hubungan seksual. Akibatnya, isteri berasa sakit ketika melakukan hubungan seks sehingga gagal orgasme.

Jika keadaan ini berterusan, akhirnya isteri kehilangan dorongan seksual dan boleh mengalami vaginismus. Jika ini berlaku hubungan seksual tidak dapat dilakukan. Bagaimana-pun ramai suami ego tidak faham isterinya tidak pernah menikmati hubungan seksual dan tidak tahu masalah seksual yang dialami oleh isteri kerana mereka hanya tahu menikmati kepuasan sendiri.

Maka yang menjadi masalah sebenarnya bukan bagaimana isteri harus memuaskan suami, tetapi bagaimana pula suami harus memuaskan isteri.

Berikut beberapa saranan yang boleh membantu:-

1- Isteri juga seperti anda: Ini bermakna isteri mempunyai dorong¬an seks dan kepertuan seksualnya juga perlu dipenuhi. Jangan anggap isteri hanya sebagai objek seksual untuk memuaskan suami.

2- Ramai isteri mengalami masalah seksual tetapi tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak.
Kurung dari kain kasa ungg.

3- Memuaskan isteri adalah kewajipan anda: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Jika suami melakukan semua saranan di atas, yakinlah bahawa isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois.

Sebaliknya kalau anda tetap menjadi suami egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal-nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Isteri yang kebetulan mempunyai suami egois akan lebih baik jika mengambil sikap dan tindakan seperti berikut:-

I- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami. Ingat dia juga seperti isteri tidak semuanya faham tentang seksual.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami me¬ngalami gang¬guan fungsi seksual, jangan bosan menya-rankan suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapat-kan rawatan. Jika suami tidak mengakui, jangan lemah semangat, jika perlu temaninya mengatasi berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.


CIRI-CIRI SUAMI EGOIS


SEKURANG-KURANGNYA ada tiga kumpulan lelaki yang boleh dianggap sebagai suami egois, walaupun mereka tidak merasa demikian.
• Kumpulan pertama: Suami yang tidak memperdulikan tentang kehidupan seksual isterinya. Anggapan mereka, isteri wajib melayan dan memuaskan keperluan seksual suami. Isteri dianggap objek seksual, oleh itu tidak perlu mengeluh atau menuntut.

• Kumpulan kedua: Suami memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi disebabkan tidak tahu bahawa isteri juga menghadapi masalah seksual. Maka mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah egois, sedangkan isteri cukup tertekan dengan sikap mereka.

• Kumpulan ketiga: Suami yang memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi kerana mengalami gangguan fungsi seksual, maka isteri mengalami masalah. Bila isteri mengeluh, mereka tidak mampu mengatasinya.


ANDA TERMASUK DALAM SUAMI JENIS KUMPULAN MANA?

JIKA anda termasuk dalam kumpulan pertama, anda memperlakukan isteri sebagai objek seksual, anda hanya mahu isteri dapat memberikan kepuasan sek¬sual, tanpa mempedulikan keinginannya. Jika isteri menolak, anda menyalahkan isteri dan menganggap dia tidak melakukan tanggungjawabnya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan kedua, anda mengikuti perkembangan seksual isteri kerana tidak menganggap isteri sebagai pemuas nafsu semata. Tetapi anda tidak mengetahui bahawa isteri sedang mengalami masalah seksual, isteri juga tidak mem-beritahu suami bahawa mengalami masalah seksual. Anda tetap melakukan hubungan seksual seperti anda kehendaki, tanpa mengetahui bahawa isteri tidak dapat menikmatinya.

Anda termasuk dalam kumpulan ketiga, jika tidak mempedulikan kehidupan seksual isteri. Keluhan isteri tidak memberi apa-apa makna, anda tidak berupaya megatasi masalahnya dan tetap saja melakukan hubungan seksual seperti anda inginkan.


Isteri Tak Puas - Bagaimana Suami Tangani?

Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan, Sepanjang tujuh tahun perkah-winan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

"Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan ru¬mah tangga tergalas di bahu saya.

"Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu "

Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.

Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Baling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.


Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

1 comment:

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<