Saturday, August 2, 2008

Kenapa Nabi tak bagi Fatimah dipoligamikan?

April 25, 2008 — mohd masri
Assalamualaikum Wmt Wkt Didoakan agar semua ahli panel dalam keadaan sejahtera

Hadis ceritakan peristiwa Rasul s.a.w tidak izn Ali krmwjh mengahwini anak Abu Jahal . Adakah ini disebabkan anak Abu Jahal ketika itu belum Islam. Jika anak Abu Jahal sudah islam adakah ini menggambarkan Rasul s.a.w tidak suka keturunannya maka tidak izinkan Ali krmwjh berkahwin

Wassalam

jawapan:

Bismillah,
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulullah SAW,

Peristiwa Rasul s.a.w tidak izinkan Ali r.a mengahwini anak Abu Jahal, bukan disebabkan anak Abu Jahal ketika itu belum Islam, bahkan dia masuk Islam dan sangat baik islamnya.

Dan juga bukan kerana Baginda tidak suka keturunannya, bahkan Baginda membenarkan Ali r.a berkahwin dengan anak Abu Jahal dengan syarat Ali r.a mesti menceraikan Fatimah r.a.

Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah r.a katanya:

سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ الْمُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُونِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ فَلَا آذَنُ لَهُمْ ثُمَّ لَا آذَنُ لَهُمْ ثُمَّ لَا آذَنُ لَهُمْ إِلَّا أَنْ يُحِبَّ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ فَإِنَّمَا ابْنَتِي بَضْعَةٌ مِنِّي يَرِيبُنِي مَا رَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا

“Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka (Anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, aku tidak membenarkannya, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa bimbang sekiranya beliau bimbang dan aku merasa susah sekiranya beliau derita.” (H.R Bukhari & Muslim)

Ulama menjelaskan: Baginda memahami perasaan puterinya yang tiada tempat mengadu cemburunya jika Ali r.a berkahwin dua dan Fatimah r.a pasti akan menderita, apabila Fatimah r.a menderita, Nabi SAW juga akan sama menderita dan orang yang menyebabkan Baginda menderita akan mendapat kemurkaan Allah.

Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَن تَنكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِن بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِندَ اللَّهِ عَظِيماً

“Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri- isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah.” (Surah al-Ahzab: 53)

Baginda tidak mahu Ali r.a ditimpa sebarang bencana dan Fatimah r.a pula tiada emak dan adik-beradik untuk mengadu perasaannya, Baginda bimbang dia tidak dapat bersabar dan tidak dapat menahan cemburu yang mungkin boleh menjejaskan agamanya.

Dalam riwayat lain menyebut, Baginda tidak membenarkan seseorang lelaki berkahwin menggabungkan antara anak Rasulullah dan anak musuh Allah.

Akhirnya Ali r.a tidak mengahwini anak Abu Jahal ini dan disebut dia berkahwin dengan seorang sahabat Nabi SAW yang bernama ‘Attab bin Usaid.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Syarh Sahih Muslim
- Fathul Bari

No comments: