Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan.Setelah menghabiskan kerjanya , lebih kurang pukul 10 malam , dia yang berada ditingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah.Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lif itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.
Apabila sampai ditingkat 35 , pintu lift terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu.Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi.Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakangnya.Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift itu sedang turun,lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black-out.Semasa dia meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu,dia berbau suatu bau yang amat busuk. Dalam kegelapan itu , pelbagai perkara bermain difikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu.Lututnya pun makin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.
Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.
Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata ;
“I’m sorry, tadi I terkentut”.
Note : warghhh!! warghhh!!! warghhhh!!! warghhhhhh!!!! pernah baca cerita ni ? aku pun terkena.Minta maaf sajalah.Lawak di hujung minggu. Sekian , terima kasih.
Monday, August 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment