Monday, July 28, 2008

Poligami & Hikmahnya

Konsep & Pengertian Poligami

Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.

Firman Allah S.W.T

( Surah an-Nisak : Ayat 3 )

Maksudnya : ….Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja….

Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan.

Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.

Hikmah Poligami
  1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain.
  2. Poligami adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.
  3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia.
  4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.
  5. Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat permusuhan antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami , keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
  6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal.
Syarat-syarat untuk berpoligami :

  • Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah. Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan mengamalkannya terhadap isteri-isterinya.
  • Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah zahir atau nafkah batin.
  • Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.
  • Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga.
  • Sabda Rasulullah S.A.W

( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )

  • Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.
  • Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah:

  • Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
    Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
    Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
    Mewujudkan masyarakat yang tidak aman. Sabda Rasulullah S.A.W

( Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah )

  • Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: “ Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan akut tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’.

No comments: