Thursday, July 17, 2008

Cerita Kelakar

Sekadar hiburan semata..

3 org budak

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...Lina:ko dah besar nak jadi apa?Ah chong: saya da besa nak jadik Superman wooLina: saya dah besar nanti jadik supergirlAhmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

Malang

Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bilabini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cunberskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gakkat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so, awek tubengang, terus tumbok dia... "Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarahdan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...

Surat untuk ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya: Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yangmengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,

"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

No comments: