Thursday, July 31, 2008

Senaman Kemut Kemutan

SENAMAN kemutan dilakukan dengan mencengkam otot pembukaan lubang kencing dan dubur atau mencengkam otot lantai pelvis. Dalam erti kata lain, ia seperti menahan kencing atau membuang air besar.

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, kebiasaannya dalam keadaan tertentu saja. Jika dilakukan sama ada oleh lelaki atau wanita, mereka terasa kurang selesa.

Lelaki akan terasa dubur seperti tersekat dan jika membuang air besar akan terasa seperti sembelit. Jika menghidap buasir, ia lebih menyakitkan.

Bagi wanita, mereka akan rasa terangsang pula, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Tetapi, jika paha direnggangkan sedikit mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.

Amalan mengemut ini ada kebaikannya. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar dan memadatkan pangkal zakar serta menolak pengaliran darah ke hujung zakar menjadikannya lebih padat dan besar.

Bagi wanita pula, ia boleh menyempitkan pembukaan faraj supaya angin tidak keluar masuk ketika wanita berkenaan bergerak sewaktu melakukan persetubuhan.

Apa yang pasti, senaman kemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan pasangan. Malah, hubungan se*sual menjadi lebih seronok dan lebih merangsangkan.

Senaman kemutan tidak dapat menjadikan zakar lebih panjang atau besar seperti yang dipaparkan dalam internet yang menjual kaedah membesarkan zakar dengan cara senaman kemutan kononnya ia amalan orang Arab.

Ada kaedah yang membahayakan seperti 'Jelquing' atau menarik zakar yang lembik dengan alat 'roller' yang dilakukan secara kasar. Ia boleh merosakkan struktur zakar! Hanya kaedah penarikan tisu secara beransur ansur atau 'controlled tisue extension' menggunakan alat andropenis dapat membantu proses pembesaran zakar lelaki secara kekal.

Jangan terpedaya dengan iklan yang memaparkan pelbagai teknik pembesaran zakar. Lelaki yang mahu membesarkan zakar perlu tahu bahawa zakar itu elastik. Ia boleh membesar dalam keadaan terangsang dan mengecil jika dalam keadaan biasa.

Jadi, tidak hairan jika alat pam vakum dan alat penarik tanpa kawalan membesar dan memanjangkan zakar tetapi pembesaran ini tidak kekal. Apabila alat berkenaan tidak digunakan mengikut jadual, tumbesaran yang berlaku akan merosot dan zakar akan kelihatan seperti biasa

AKHIR KATA...APA LAGI....MARI KITA MENGEMUT...
JANGAN BERLENGAH LAGI..

Senaman kemutan atau kegel dapat menyihatkan organ seks


Senaman kemutan dilakukan dengan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, eolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ianya perlulah dilakukan secara serentak. Teknik senaman ini amat jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan pun, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh. Dan kesannya, jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan wujud.

Semasa melakukan senaman ini para lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar terasa seperti sembelit dan ini akan memberikan masalah kepada pengidap buasir. Bagi wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih-lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jadi paha seeloknya direnggangkan sedikit untuk mengurankan perasaan terangsang tersebut.

Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga sepuluh kali. Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam sepuluh kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki tersebut perlu berada dalam keadaan yang selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil.

Amalan mengemut ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar pada bahagian depan!

Untuk wanita pula, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj ydan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak akan mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan. Walaubagaimanapun senaman kemutan tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana maklumat dalam internet yang menjual kaedah membesarkan zakar dengan cara senaman kemutan yang kononnya amalan orang Arab.

Bagaimanapun, senaman kemutan dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada ereksi dan ketika zakar yang erek itu dikemutkan ketika melakukan penetrasi faraj, maka mudah untuk menyalurkan ereksi dalam faraj dan mudah untuk bergerak lancar jika gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan kemut. Malahan mengemut ketika erek dapat mengekalkan ereksi dan dapat bergerak dan mengubah posisi dan merendahkan kemungkinan darah tercicir keluar daripada otot zakar.

Kesimpulannya amalan kemut dan melakukan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi.

3 comments:

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<

Bajusenamgrosir said...

salam kenal gan ....
klo boleh kau manfaat dati senam ini itu apaya..... dan untuk senam ini apakah membutuhkan baju senam ?
tolong infonya ya Gannnnn...........

perangsang nafsu wanita said...

Cecair perangsang nafsu isteri terbaik.dapat Meningkatkan nafsu isteri dalam masa 15 minit. Info lanjut sila klik google search... http://germanydropmurah.blogspot. com