Sunday, July 6, 2008

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)


Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .
Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Imam Ghozali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata pria tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”



Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.

Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezhaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah.

Semua orang yang berfikiran waras mempunyai persoalan-persoalan seperti yang saudara alami, tidak kira siapa. Mereka berupaya berfikir tentang kebahagiaan hidup di dunia untuk keluarga, diri sendiri dan negara. Begitu juga dengan kehidupan yang kekal, iaitu di akhirat kelak. Itulah yang dinamakan iman terhadap hari akhirat.

Walaupun demikian, memikirkan nasib diri di akhirat semata-mata tidak memberi guna kalau tidak disertakan dengan amal ibadah kepada Allah subhanahu wa taala, beristighfar dan melakukan kebaikan sebaik boleh, menyempurnakan hak-hak yang berkaitan dengan Allah dan sesama manusia, juga hak-hak yang berkaitan dengan manusia dan juga hak-hak Allah.

Setelah itu baru berserah kepada Allah. Masalah sama ada Allah mengampunkan dosa atau tidak adalah urusan Allah. Urusan manusia ialah beribadah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-janjinya kerana Allah itu Maha Agung lagi Berkuasa yang tidak disekutui oleh yang lain.

Tidak kira sama ada seseorang itu memikir atau tidak tentang mati, maut akan datang apabila tiba waktunya. Hal demikian tersebut jelas dalam al-Quran (al-Qiyamah: 26-28). Sekali-kali jangan. Apabila nafas seseorang itu telah mendesak sampai ke kerongkong dan dikatakan kepadanya: Siapakah yang dapat menyembuhkan. Keterangan lain mengenai maut ini boleh dilihat dalam surah al-Waqi’ah: 83-87 dan ayat-ayat lain.

Maut bererti berpisah roh daripada jasad untuk menemui Allah. Roh itu kekal buat selama-lamanya tetapi tidak nyawa. Nyawa pada manusia tidak ubah seumpama lampu kepada bangunan. Apabila lampu padam, maka gelaplah bangunan berkenaan. Begitulah dengan nyawa. Apabila nyawa itu tidak wujud dalam tubuh, maka manusia akan mati. Maut hakikatnya perpindahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Perubahan ini menyebabkan manusia (insan) itu berpisah dengan rohnya. Kematian bererti manusia itu berpisah dari-pada harta bendanya, kaum keluarga, semua hal yang berkaitan dengan dunia seperti pekerjaan, tugas dan sebagainya. Proses ketika roh keluar daripada tubuh itu dinamakan “sakaratul maut”.

Terlalu banyak hadis membicarakan tentang kesakitan ketika berlakunya proses sakaratul maut. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa pengendalian malaikat maut itu lebih sakit daripada seribu kali pukulan pedang. Tidak ada orang mukmin yang mati kecuali mengalir peluhnya kerana kesakitan - Riwayat Abu Naim daripada Ata’ bin Yasar.

Dalam surah Fussilat: 30 dijelaskan bahawa orang yang mengatakan Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.

Demikianlah keadaan orang yang beriman kepada Allah ketika hampir mati, di mana Allah mengutus kepadanya malaikat dengan berita gembira, iaitu syurga, padahal mereka yang zalim, mendustakan Allah begitu terseksa ketika dalam keadaan sakaratul maut. Para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata: Keluarlah nyawamu di hari ini, kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya - (al-An’am: 93).


Menurut satu riwayat, Nabi Musa a.s apabila telah mati dan rohnya kembali kepada Allah, Allah berfirman kepadanya menanyakan tentang sakaratul maut. Nabi Musa berdatang sembah menyatakan bahawa sakaratul maut itu sakitnya seperti kambing hidup yang dilayat kulitnya oleh tukang sembelih.

Nabi Ibrahim ketika ditanya oleh Allah tentang sakaratul maut menyatakan bahawa sakaratul maut itu tidak ubah seperti sekerat besi yang dibakar hingga merah menyala, kemudian diletakkan dalam bulu basah sebelum besi itu ditarik.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim telah bertanya kepada malaikat maut sama ada ia boleh memperlihatkan dirinya kepada rupa ketika mengambil roh orang yang fasik lagi kafir. Malaikat maut menyatakan bahawa baginda tidak berupaya untuk melihatnya, tetapi baginda mendesak untuk melihatnya.

Malaikat maut meminta Nabi Ibrahim memalingkan muka, lalu dia berbuat demikian, kemudian dia berpaling melihatnya. Ketika itu dilihatnya, malaikat maut seperti seorang lelaki yang sangat hitam bulu tubuhnya berdiri tegak lagi sangat busuk baunya. Kain yang dipakainya sangat hitam. Dari mulutnya keluar api yang menyala dan dari hidungnya keluar asap berkepul-kepul. Lalu baginda pengsan. Ketika sedar, didapati malaikat maut telah kembali kepada rupanya yang asal.

Dalam sebuah hadis lain daripada Saidina Abdullah bin Abbas r.a dinyatakan bahawa malaikat maut ketika mengambil nyawa orang yang beriman seperti orang muda yang sangat baik paras rupanya. Pakaiannya begitu baik lagi sangat harum baunya. Nabi Ibrahim berkata, kalaulah seseorang yang beriman itu melihat mukanya ketika hampir mati, penglihatannya itu sudah cukup untuk menggembirakan hatinya.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa roh seseorang itu tidak akan keluar daripada jasadnya sehinggalah Allah memperlihatkan tempat yang dituju, iaitu sama ada di syurga ataupun di neraka.

Anak dan isteri

Sesungguhnya hidup di dunia ini penuh dengan cubaan dan perlukan kesabaran. Segala sesuatu di dunia seperti anak dan isteri, kekayaan harta benda adalah pinjaman semata-mata, yang akan ditanya oleh Allah bagaimana seseorang itu mengendalikan amanah yang diberi atau yang dipinjamkan itu.

Orang yang beriman dan memahami hakikat kehidupan di akhirat akan menjadikan dunia ini tempat laluan yang kekal iaitu untuk akhirat. Sesungguhnya dunia ini adalah tempat semaian kehidupan di akhirat.

Orang yang beriman terlalu gembira dengan syurga yang diperlihatkan kepadanya, apatah lagi dengan kehadiran malaikat maut dengan rupa yang menggembirakan. Semuanya itu menyebabkan seseorang itu timbul keinginan yang bersangatan untuk tinggal di syurga yang diperlihatkan itu.

Walaupun demikian seseorang itu tidak akan berupaya melihatnya kecuali mati terlebih dahulu. Mati adalah pemisah antara kehidupan di alam fana dengan alam arwah atau alam barzakh. Dengan demikian maka lahirlah rasa cinta untuk mati, menyebabkan segala rasa gelisah ataupun pemahaman tentang sakit ketika sakaratul maut itu terhindar dengan sendiri.

Keseronokan mendapat nikmat ganjaran syurga itu mengatasi segala-galanya menyebabkan seseorang terlalu inginkan mati, lupa segala penderitaan ataupun persoalan-persoalan tentang keperitan ketika sakaratul maut. Orang yang berada dalam keadaan seumpama ini terlalu inginkan mati, ataupun mati bererti bertemu Allah. Kerana itu, apabila seseorang itu terlalu inginkan mati bererti ia terlalu ingin bertemu Allah. Dalam masa yang sama Allah juga reda bertemu dengannya melebihi hamba berkenaan.

Pada satu ketika, semasa menziarahi seorang lelaki kaum Ansar, Baginda s.a.w. melihat malaikat maut yang berada di sisinya. Baginda bersabda: Wahai malaikat maut, berlemah lembutlah dengan sahabatku, kerana dia sesungguhnya seorang yang beriman. Malaikat maut menjawab: Ya Rasulullah, tenangkan dirimu, dan yakinlah, bahawasanya aku sentiasa berlembah lembut ketika mengambil nyawa orang yang beriman.

Malaikat maut mencabut roh orang kafir, musyrik, munafik dan mereka yang tidak menerima kebenaran al-Quran, juga kerasulan Muhammad s.a.w. dengan sifat bengis dan kejam. Rupanya sahaja pun sudah cukup mengerikan. Hal demikian dijelaskan dalam al-Quran (Muhammad: 27). Bagaimanakah keadaan mereka apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka seraya memukul muka dan punggung mereka?

Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda menyatakan bahawa roh orang kafir dicabut dengan kekerasan sambil dikatakan: Wahai roh yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan Tuhanmu ke tempat yang hina lagi seksa-Nya. Maka apabila dikeluarkan rohnya diletakkan di atas api dengan bersuara seperti sesuatu yang mendidih, kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin.

Memang benar tentang adanya dalil-dalil menyatakan tentang seksa ketika sakaratul maut. Walaupun demikian bukan mustahil apabila seseorang itu terlalu asyik dengan ganjaran syurga yang telah diperlihatkan, rupa malaikat maut yang menawan menyebabkan bertambah lagi perasaan seseorang itu untuk mati menemui Allah dan dalam masa yang sama malaikat mengambil nyawa seseorang itu dengan lemah lembut, tidak ubah seumpama menarik rambut dari adunan tepung. Sesungguhnya biarpun sakit ketika sakaratul maut itu memang wujud, tetapi tidak mustahil ia tidak dirasai oleh seseorang yang terlalu asyik untuk menemui kekasihnya iaitu Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang perlu dilakukan ke atas hamba kekasih-Nya yang sentiasa mengharap dan bersandar kepada-Nya.


Hubungan Antara Azan & Nazak (Saat Sakaratul Maut)

Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah SWT, mengapa lidah kelu di saat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Coba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajalnya tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadist yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya".

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilahnya (keuntungan). Seperti yang terdapat dalam hadis shahih "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam adzan dan barisan pertama (shalat berjamaah), kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara mengundinya, pasti mereka mengundi" (Bukhari dan Muslim).

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berkata-kata ketika azan berkumandang, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita ketika ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana siapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Oleh karena itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." ketika sakaratul maut menghampiri kami. Amin amin amin Ya Robbal 'alamin.."

No comments: