Saturday, July 5, 2008

Petua-petua bagi anda yang baru kahwin (juga yang dah lama)

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?



- Sentiasa berdoa agar disayangi.

- Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

- Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

- Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

- Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

- Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

- Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

- Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

- Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

- Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

- Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

- Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

- Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

- Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

- Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

- Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

- Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

- Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

- Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

- Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

- Sentiasa lakukan ibadah bersama.

- Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

- Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

- Urut belakang isteri sekali sekala.

- Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

- Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

- Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

- Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

- Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

- Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

- Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

- Lebihkan isteri daripada anak-anak.

- Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

- Seeloknya masuk tidur serentak.

- Belai isteri sebelum pergi kerja.

- Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

- Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

- Lakukan riadah bersama isteri.

- Pergi berkelah sekali sekala.

- Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

1 comment:

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<