Monday, July 7, 2008

Beza Minyak kita dengan Minyak Negara Lain

Minyak naik, rakyat bangkit

Amin Iskandar | Jun 6, 08 1:50pm

Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang.

Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).

Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.

angaran kos hidup si bujang sebulan 060608Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.



Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.

Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.

Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.

Kenaikan kali ini yang tertinggi dalam sejarah. Kali terakhir kerajaan Abdullah-Najib menaikkan harga minyak pada 28 Jun 2006 iaitu sebanyak 30 sen bagi petrol dan diesel.

Pada 25 Febuari lalu, timbalan perdana menteri menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.

Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sementara itu, pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum ke-12.

Hampir tepat ramalan naib presiden PAS tersebut di kala cakap timbalan perdana menteri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Hujah yang sering digunakan oleh kabinet Abdullah-Najib, apabila harga minyak dinaikkan, ialah harga minyak di Malaysia antara yang termurah di Asia Tenggara. Brunei tidak dijadikan sebagai kayu ukur kerana didakwa Abdullah sebagai “kes istimewa”.

Memang benar jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Saya sendiri pernah memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam.

Apa yang memeranjatkan saya, harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4! Belum lagi kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

petrol price in oil producing countries 050608 bm versionHarga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di bawah).



Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini kabinet Abdullah-Najib seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Ke mana nasib rakyat Malaysia selepas ini? Menjelang Ogos ini, semua subsidi terhadap minyak akan ditarik balik oleh kerajaan dan rakyat akan membayarnya mengikut harga pasaran global.

Sedangkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar gaji minimum diperkenalkan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.

Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul.

Pagi semalam, ahli parlimen DAP Tan Kok Wai mengepalai 50 orang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan harga minyak yang baru sehari diumumkan oleh kabinet.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pula mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat di KLCC pada 12 Julai ini.

Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan anjuran Protes kali ini lebih besar daripada perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu!

Mampukah kabinet Abdullah-Najib menahan arus kebangkitan rakyat? Atau keadaan ini akan menjadi titik permulaan untuk menumbangkan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Petikan : Malaysiakini.com

No comments: