Tuesday, July 1, 2008

Kenapa aku suka sangat dengan iPhone ?



Jika anda salah seorang pengguna iPhone, saya ingin mengucap tahniah kerana anda merupakan salah seorang yang bertuah kerana dapat memiliki sebuah handphone yang canggih.

Apple iPhone menjadi kegilaan peminat-peminat handphone canggih terutama di negara-negara maju spt USA, Britain, Germany, France dsb. Kini iPhone muncul dengan Generasi ke 2 nya yang menampilkan ciri-ciri GPS-A dan 3G di samping ribuan perisian canggih yang akan ditawarkan kepada anda 95% nya adalah secara percuma.

Mengapa iPhone menjadi begitu unik ?

Pertama ianya menggunakan teknologi Multi-Touch yang dipatenkan yang mana sehingga kini belum ada lagi sebuah handphone lain yang dapat menandinginya dari segi teknologi sentuhan.

Yang kedua, iPhone sebenarnya merupakan sebuah komputer Apple yang diperkecilkan saiznya. Bagi mereka yang tahu pasal komputer, mereka tahu komputer Apple hari merupakan komputer yang hebat berbanding dengan PC. Ini disebabkan kualiti hardwarenya dan yang paling unik adalah perisian Operating System OS X Leopard yang sukar ditandingi oleh Microsoft Vista atau XP. Bahkan sistem Operasi Microsoft yang terbaru akan dilancarkan tidak lama lagi, belum mampu menandingi sistem Operasi OS X Leopard, belum lagi dibandingkan dengan sistem Operasi OS X Snow Leopard yang akan dilancarkan awal tahun depan yang menawarkan pelbagai fungsi canggih dengan penekanan kepada kelajuan dan kualiti.

Begitu jugalah iPhone yang menggunakan pemproses RISC paling laju berbanding kebanyakan mana-mana PDA atau handphone lain di pasaran dengan kelajuan tidak kurang dari 650 MHz. Ia juga dilengkapi dengan memori binaan dalam samada 8 GB atau 16 GB. Apple tidak memilih utk menggunakan memory card kerana tidak mahu berkompromi dengan speed yang rendah terutama semasa pemindahan data.

Iphone menawarkan saiz skrin 3.5" yang ideal, tidak terlalu kecil atau terlalu besar dengan resolusi skrin yang agak tinggi, bahkan ianya satu-satu handphone atau PDA yang mempunyai kontras yang paling jelas yang boleh diperolehi di pasaran hari ini.

Dengan sistem operasi OS X iPhone yang unik, iphone menawarkan kemampuan yang dimiliki oleh sebuah komputer. Anda boleh melayari internet secara penuh sebagaimana komputer biasa anda, tidak seperti PDA atau handphone lain yang menggunakan Microsoft Windows versi Mobile yang terhad dan agak sluggish.

Pada 11hb Jul ini, Apple akan melancarkan iPhone 3G nya secara rasmi dengan dilengkapi OS iPhone 2.0 yang terbaru. Terdapat pelbagai pembaharuan dalam sistem operasi OS X iPhone 2.0 yang mungkin bertambah sukar untuk ditandingi oleh kebanyakan handphone atau PDA lain yang ada di pasaran. Walaupun Samsung muncul dengan model terbarunya Omnia dengan pelbagai ciri unik yang lebih canggih, tetapi iPhone merupakan handphone yang lebih digemari disebabkan ciri-ciri penggunaannya yang mudah.

Pada 11 Jul ini juga, Apple akan melancarkan, Appstore yang berperanan dalam memasarkan dan menggabungkan pembuat software iPhone dari seluruh dunia dan ini memudahkan Apple mengawal mutu perisian yang dihasilkan di samping dapat memberikan pendapatan tambahan kepada Apple sendiri.

Walaupun hanya mempunyai kamera 2.0 Megapixel, tetapi kualiti gambar yang dihasil adalah agak baik berbanding kualiti kamera 3.2 MP handphone Nokia.

Setakat ini (sebelum Appstore dilancarkan) terdapat pelbagai pilihan perisian yang boleh dimuat turun secara percuma. Ini termasuklah perisian aplikasi spt Document Viewer, Skype & YM (Fring), program azan (iPray), iQuran (30 juzuk dilengkapi dengan bacaan dan terjemahan), perisian Games dan emulator utk GameBoy, PS1, utilities, organizer, radio internet, streaming TV, GPS-A bagi phone 3G, dan beribu-ribu perisian terbaru untuk pelbagai kegunaan yang mampu menepati citarasa anda.

Adakah anda juga berminat untuk memiliki iPhone 3G nanti ? jika berminat, hubungi saya di talian 019-936 1498. Harga yang saya jangkakan adalah antara RM2500 hingga RM3,300.