Tuesday, July 1, 2008

Projek Ternakan Cacing Kompos

Assalaamualaikum wbt.

Anda yang saya hormati. Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan bagaimana untuk menjana pendapatan pasif menerusi Program Penternakan Cacing Kompos.




Untuk menternak cacing kompos, perkara yang pertama di perlukan adalah ruang atau kawasan untuk dijadikan 'Tapak Ternakan'. Setelah anda sudah mempunyai ruang atau kawasan, perkara seterusnya adalah membina Bangsal Ternakan berserta dengan rak-rak kayu (jika anda memilih untuk menggunakan kayu) atau palong-palong yang diperbuat dari konkrit.







So sekarang anda perlu menyediakan media & makanan cacing kompos tersebut. Ini hendaklah dilakukan sebelum anda menerima stok cacing. Kalau tidak, bermakna cacing anda akan kelaparanlah.

Jadi, untuk tidak melewatkan masa, anda carikan bahan-bahan berikut :

1. Tahi lembu atau tahi kambing yang dah kering
2. Habuk kayu gergaji yang dah di 'kukus' (siram & tutup dengan kanvas, kemudian letakkan tengah panas matahari untuk tempoh 2 minggu)
3. Batang pisang yang telah diricik dan direndam utk sekurang-kurangnya 10 hari
4. Jerami (bg anda yang tinggal di utara atau pantai timur) atau pun daun-daun spt rumput/lalang yang direndam sekurang-kurangnya 10 hari





Untuk memperolehi hasil yang lebih baik, jerami atau daun-daun tersebut hendaklah di mesin dengan mesin pengisar seperti dalam gambar di bawah.





Kemudian bila semua dah ada, campurkan semua bahan media tadi dan masukkan ke dalam petak-petak / plot-plot ternakan seperti dalam gambar, dan kemudian tutup dengan guni jerami atau net hijau bagi melindunginya dari pancaran matahari di waktu siang.

PERINGATAN : Bagi anda yang menggunakan benih cacing dari jenis African Night Crawler, cacing ini memang bagus dari segi penghasilan baja, namun anda kena pastikan anda memasang lampu di waktu malam. Kalau tidak, semua cacing anda akan melarikan diri sbb mereka tu memang suka merayau pada waktu malam yang gelap.



Pastikan anda menyiram media cacing anda apabila ianya kelihatan kering.


Terdapat beberapa jenis spesis yang biasa digunakan di negara kita, iaitu :

1. Cacing Harimau (Eisenia foetida)
2. Cacing Merah (Lumbricus rubellus)
3. Afrikan Night Crawler

Setiap cacing ni, mempunyai kebaikan atau kelemahan masing-masing.

Setiap petak / palong ternak yang berukuran 5 x 6 kaki atau 3 x 10 kaki, saya mengesyorkan anda memasukkan sekurang-kurangnya 1 kg cacing. Kalau anda mampu, 2 kg bagi setiap palong adalah lebih baik kerana, proses pembiakan adalah lebih cepat. Tetapi jangan pula sampai overcrowded.


Berapa banyakkah pula makanan cacing yang diperlukan ?


Cacing memakan makanan mengikut berat badannya dalam nisbah (2 : 1). JIka anda mempunyai 10 kg cacing, bermakna anda memerlukan 5 kg makanan setiap hari. Jadi untuk jangkamasa ternakan selama sebulan, bermakna anda memerlukan bahan makanan sebanyak 5 x 30 = 150 kg bahan makanan. Kesemua bahan makanan yang dimakan oleh cacing akan menjadi vermikompos (tahi cacing). Kualiti baja vermikompos adalah dipengaruhi oleh media makanan yang anda berikan.

Dari pengalaman, cacing yang diberi makanan, jerami + batang pisang + tahi lembu memberikan kualiti baja yang terbaik.


Pembiakan Cacing

Seekor cacing mampu menghasil 50 biji telur setiap tahun. Setiap telur akan menetas menghasilkan sekurang-kurangnya 3 ekor anak cacing. Ini bermakna cacing akan berganda dengan begitu cepat setiap bulan.

Untuk memudahkan pengiraan, setiap bulan cacing akan bertambah menjadi 3 kali ganda daripada jumlah asal. Walaubagaimana penggadaan ini bergantung kepada jumlah makanannya, kesesuaian persekitaran (lembab, sejuk & gelap) dan keluasan plot ternakan.


Berapakah harga sekilogram cacing ?

Bagi anda yang ingin mendapatkan induk, pastikan anda mendapatkannya dari pembekal yang sah, bukan aper, takut cacing yang anda perolehi tu bukan cacing kompos yang betul...hehe



Jika anda berminat untuk mendapatkan cacing kompos, anda juga boleh menghubungi saya di Kitab Agro Services Sdn Bhd - HP : 019-936 1498 atau email : bonggodonggo@yahoo.com


Harga tawaran Cacing Harimau (Eisenia foetida) per kg adalah mengikut kadar pembelian :

1 - 5 kg : RM450 per kg
6 - 10 kg : RM400 per kg
11 kg ke atas : RM350 per kg


Kami juga sedia menyediakan servis penghantaran bagi pembelian melebihi 5 kg.

Menuai hasil

Ini bukan bermaksud menuai cacing. Objektif sebenar kita adalah untuk menghasilkan baja vermikompos. Permintaan Baja Vermikompos di negara sebenarnya jauh dari mencukupi iaitu mencapai RM1 Billion. Mengikut harga pasaran hari ini, harga baja vermikompos yang berkualiti adalah antara RM4.50 - RM6.00 per kg. Tapi biasanya pemborong biasanya membeli dari pengusaha antara 85 sen - RM2.00 per kg terutama yang menyertai Program Pertanian Kontrak.

Selain baja, anda juga boleh menjual cacing yang anda hasilkan setiap 2 - 3 bulan, sebagai contoh, katakan anda bermula dengan 10 kg cacing. Selepas 3 bulan, jumlah cacing anda mungkin sudah bertambah menjadi 10 x 3 x 3 = 90 kg. Jangan pula menjual semua cacing anda. Anda hanya jual 2/3 dari jumlah cacing anda yang ada iaitu 60 kg. Jika anda menjualnya dengan harga RM350 per kg di pasaran terbuka, maka anda akan perolehi pendapatan sebanyak RM350 x 60 = RM21,000 ! Bayangkan setiap 2 bulan, anda memperolehi pendapatan tidak kurang dari RM21,000 dengan hanya menjual induk cacing (tidak termasuk baja). Itulah sebabnya mengapa hari ini ramai yang cuba merebut peluang keemasan ini.




Adakah Harga cacing akan jatuh suatu hari nanti ?

Apabila terlalu ramai yang telah menjadi penternak cacing, maka jumlah saingan akan meningkat. Jadi sudah tentu harga akan turun, mungkin mencecah RM50 sahaja bagi sekilogram cacing. Walaubagaimana pun, anda tidak perlu risau jika anda mempunyai stok cacing yang banyak. Bayangkan jika anda sudah mempunyai 200 kg induk cacing. Jadi setiap bulan cacing akan berganda menjadi 600 kg, dan seperti biasa anda hanya perlu menjual 2/3 dari jumlah tersebut iaitu 400 kg. Jumlah ini adalah bersamaan dengan RM20,000. Jadi setiap bulan anda masih lg mampu menjana pendapatan tidak kurang dari RM20,000 hanya dari penjualan cacing sahaja (tidak termasuk baja vermikompos)
Kursus Ternakan Cacing

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk mengadakan Kursus Ternakan Cacing Kompos, pihak kami juga sedia mengendalikan kursus tersebut pada kos minima RM50 per peserta tetapi jumlah peserta hendaklah sekurang-kurangnya 30 orang. Semua tempat kursus hendaklah disediakan oleh pihak penganjur. Tempoh kursus biasanya selama 4 jam dan selalu dibuat secara teori & praktikal di tempat penganjur.

Untuk keterangan lanjut mengenai kursus Ternakan Cacing Kompos atau untuk membeli baka Cacing Kompos, hubungi kami di talian : 019-936 1498 @ email : bonggodonggo@yahoo.com

No comments: