Friday, July 4, 2008

Kisah Najib dan Anwar lagi


Hari ini negara kita heboh lagi, bukan pasal tsunami atau taufan nargis. Tengoh dok kecoh pasal minyak, altantuya, perbalahan dalam UMNO, tetiber jer kuar berita si jejaki hensem (perasan kot) mengaku diliwat dan telah kehilangan terunanya. Kehkehkeh... sakit perut aku gelak. Tergamak pulak budak ni kata yang telah memperkosanya secara paksarela adalah seorang yang diharap-harap akan menjadi PM yang ke 6 tak lama lagi. Tak tahu la bukti aper yang dia nak gunakan, mungkin bukti tilam dan kondom terpakai kot ...tu kalau dia juga pakai...hehe. Nasib baik la, negara ni masih blum ader Hukum Hudud sebagaimana yang PAS nak buat dulu, kalau tidak alamat kena sebatlah budak saiful dgn 80 kali sebat. Kalau kena sebat tak tahu la macam mana rupa belakangnya....mungkin selepas terus jadi kuda belang....walaupun hari ni dia sebenarnya sudah jadi kuda (iaitu kuda UMNO). atau mungkin juga kambing (kambing hitam). Jadi kuda atau kambing tu lebih kurang sama lah bagi dia, tapi yang menjadi persoalannya,kalau jadi kuda tu, dia jadi kuda betina atau kuda jantan ? Cubalah anda teka.

Sekarang ni tetiber jadi kecoh lagi bila ada seorang lelaki lain yang dulu pernah jadi penyiasat pensendirian pasal Altantuya, mengaku bahawa dia pernah diberitahu oleh Razak Baginda, yang Najib pernah buat hubungan seks ngan Altantuya. Eh, betul ker ? Kalau dia nafikan semula pun orang akan percaya bahawa memang Najib tu pasti buat keje ngan Altantuya, aper tidaknya, kan Altantuya tu seorang model terkenal bertaraf dunia, rupanya pun memang cantik, ramai yang telan air liur bila tengok depan mata. Semalam bekas penyiasat bebas tu buat Akuan Sumpah Berkanun, tetatpi tak tahu apsal tetiber hari dia terpaksa ubah semula di mana dalam Akuan Sumpah Berkanun
yang terbaru, Najib tak penah kenal altantuya dan tak penah buat adegan seks ngan altantuya. Tak tahulah siapa yang ugut dia sampai kena ubah kenyataan sumpahnya. Mungkin ader orang ugut nak tembak anak isterinya kot, manalah tahu, semuanya boleh berlaku di negara yang selalu dikenali sebagai Malaysia Boleh.

Kenapa saya kata macam tu ? kerana bekas TPM, Anwar satu ketika dulu pun pernah dituduh mencederakan dirinya sendiri, tapi hasil siasatan menyeluruh didapati dia telah dipukul oleh orang, dan saper lagi yang berani pukul dia, kalau bukan Ketua Polis Negara masa tu, Rahim Noor. Memang kalau kita tengok muka Rahim Noor, sudah kita dapat rasa yang dia tu memang seorang polis yang jahat, macam ketua polis dalam filem-filem tamil jer. Last sekali dia mengaku pukul anwar, tapi ader apa-apa tindakan ke atasnya ? Yang kena hanya Anwar Ibrahim, bukan setakat kena tumbuk dan penyepak sampai tulang belakangnya tercedera sampai akhirnya kena gi rawat di luar negara. Dan sebelum tu pun, ada usaha-usaha untuk menghapuskan riwayatnya dengan meracunnya dengan arsenik tapi mujur jugalah ader juga pakar perubatan yang mahir dan beritahu yang anwar telah diracun dengan arsenik (sejenis racun yang sangat merbahaya)

Jadi bila tiba masa di saat semua orang tahu yang Anwar akan jadi PM tak lama lagi, di mana dia akan umumkan kawasan dan tarikh bila dia akan menyertai pilihanraya, beserta dengan pengumuman 4 orang MP BN yang keluar dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), tetiber juga satu tuduhan berat dibuat ke atas Anwar, dan polis boleh mengambil tindakan untuk menyiasat Anwar mcm kes-kes yang lalu. Beliau mungkin di ambil kenyataan atau ditahan untuk disoalsiasat, dan dengan kerjasama pihak polis dan ketua polis negara, Anwar mungkin sekali lagi akan dibicara atas tuduhan yang sememangnya akan meranapkan karier jika ada mereka berjaya membuktikannya. Tapi persoalannya, adakah mereka dpt membuktikannya nanti ? Sebenarnya utk mencipta bukti bukanlah susah sangat kerana semua rekod, maklumat darah dan air mani Anwar semuanya pernah ada dengan pihak polis di peringkat atasan, jadi bila-bila masa mereka boleh gunakan semula.

Lagi pun siapa yang nak percaya dengan tuduhan ini ? Kalau dulu pun Anwar telah dijatuhkan dengan cara konspirasi tahap tinggi, jadi kali ini, orang-orang yang sama yang masih ada mungkin akan buat perkara yang sama lagi melalui konspirasi walaupun terpaksa guna skrip yang dicipta oleh Dr Mahathir dulu. Mungkin bagi mereka Dr Mahathir seorang guru atau ketua mereka yang bijak dan banyak idea. Jadi patut sangatlah mereka tiru kaedah yang dibuat oleh ketua mereka dulu walaupun idea tu sudah basi.

Mungkin ada yang percaya, kerana bagi mereka, kalau tak, tak mungkin berlaku tuduhan kali kedua. Itu sebenarnya hujah orang yang dangkal dan pendek akal. Bagi mereka yang cerdik akan perhatikan dulu dan cuba dapatkan maklumat siapa budak saiful ni. Adakah dia orang atau tali barut Najib atau Rosmah ? atau kuncu-kuncu UMNO yang berpura-pura atau menyamar menjadi orang Anwar ? Kita perhatikan rekodnya semasa di UNITEN, adakah dia seorang pelajar yang berjaya ? atau pemimpin yang dihormati atau hanya naik melalui cara yang tidak betul? atau adakah dia ini mendapat habuan dari puak-puak BN ? Kenapa dia buat ketika PR tengah dalam proses mengambil alih kepimpinan negara dari BN ?

Macam-macam persoalan yang timbul yang perlukan jawapan yang tepat. Kita tak mahu menuduh secara melulu tapi hari ini rakyat bijak menilai. Jangan jadi macam Utusan Malaysia, yang nampak sangat nak menipu rakyat dengan berita-berita auta. Mereka yang menipu ini bukannya boleh hidup menongkat langit sampai bila-bila. satu hari kita akan mati, dan amalan kita akan dihisab, bermula dari saat berhentinya nafas kita, kita akan mengetahuinya samada ke Syurga atau ke Neraka ? Maka biarkanlah mereka, kerana mereka itu telah merasa selamat dari panasnya api Neraka.

No comments: