Friday, July 4, 2008

Lawak Tengah Malam...

Tatoo Sauh

Pada suatu hari, terdapat 3 orang lelaki yang mencabar antara satu sama lain dalam pertandingan menyelam. Lelaki yang pertama ialah mat salleh. Dia nie plak teruslah terjun ke dalam air yang sejuk tuh. Kemudian dia tak keluar2 selama 2 tahun.Akhirnya dia mengalah kerana SEMPUTTTT!!!.

Lelaki yang kedua nih berbangsa Bangla.Dia pun mula menyelam, die nih lame skit kira2 5 tahun lebih. Akhirnya dia mengalah selepas 5 tahun lebih.

Selepas itu lelaki yang ke3 iaitu berbangsa Iban yang gagah pun terjun ke dalam air itu.Dia pun terjun.Dia nih lebih lama iaitu selama 10 tahun.Pengadil acara itu pun terasa hairan kerana dia nih menyelam lama sangat tak timbul2. Jadi seorang penyelam professional pun meyelam ke tempat tersebut ingin memeriksa keadaan lelaki Iban itu. Di dalam air itu,dia merasa hairan kerana lelaki tersebut hanya kaku di dalam air yang sejuk itu. Dia menyangka lelaki itu mati kesejukan. Jadi dia membawa lelaki itu tetapi tak dapat kerana masih hidup. Lelaki Iban itu memberitahu bahawa dia takkan naik tanpa tali kerana di lengan kiri nya terdapat tatoo sauh. Dia menunjukan tatoo sauh nya dan menunjuk ke atas.

Kisah Tok Batin dan seliparnya

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.

Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!"


Saintis Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

Komen: Apa la bodo punye saintis...




tutor tak guna


Tersebutlah al kisah seorang wanita yang bekerja sebagai akauntan dan bersuami jutawan yang kaya melahirkan anak yang petah berbicara semenjak usia 2. Anaknya diberi nama Abu[bukan nama sebenar]. Abu terlalu asyik hendak berbahasa lalu mamanya mengupah tutor peribadi bahasa melayu ke rumahnya. Tutor ini seorang yg suka bercakap telefon[ngan awekz dia la].

Abu : Mcm mana nak bahasakan diri Abu?

Tutor[tgh berckp tepon ngan girlfriend dia] :Awak......jgn la mcm nie...

Abu : Oh,awak..mcm mana nak bahasa diri kawan Abu pulak?

Tutor : Saya......x bermakna pun nak lukakan hati you...

Abu : Oh..saya..

Tutor itupun pulang ke rumah dan Abu terlalu asyik lalu menelefon mamanya yg berada di office..

Abu : Hello,boleh bercakap dengan mama?

Mama : Oh Abu..mama berckp

Abu : awak baru belajar tentang bahasa..saya pasti gembira..

Mama : huh?

Abu : Awak belajar mcm2...saya tak tau...syok O!

Mama : Abu cakap apa ni?mama x paham

Abu : Awak sangat gembira akhirnya saya faham apa yg awak inginkan..

Mama : !@#$%^* [cilaka punya tutor]



Cikgu tadika



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.



tok batin dgn motor barunya !



Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motorkite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."

No comments: