Monday, July 7, 2008

PEMERIKSAAN & PENJAGAAN PAYU DARA

BARAH PAYU DARA

Sejak dari dulu lagi, risiko kanser payu dara di kalangan wanita adalah 1 bagi setiap 9 orang. Lebih awal kanser payu dara dikesan, lebih besar peluang untuk rawatannya berjaya. Pemeriksaan sendiri payu dara merupakan satu kaedah yang sangat mudah, penting dan berkesan untuk mengesan kanser payu dara di peringkat awal.

RISIKO

Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara.
Sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik, atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
Wanita yang mengalami haid lebih awal (Sebelum mencapai umur 12 tahun) atau lewat putus haid (Selepas umur 55 tahun)

BILA PERLU MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENDIRI

Sebulan sekali

7 – 10 hari dari permulaan haid yang akan datang
Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalender sebagai peringatan anda.

BAGAIMANA CARA MELAKUKANNYA

SEMASA MANDI

Angkat sebelah tangan dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan / ketulan keras, menebal di payu dara anda.


BERDIRI DIHADAPAN CERMIN

Dengan mengangkat kedua-dua tangan keatas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri. Cekaka pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan kebawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kesan kedutan, lekukan atau puting tersorok kedalam. Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah,

BERBARING

Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk putting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkn di belakang kepada. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.




Peringkat Barah Payu dara

Peringkat 1

Peringkat 1 bermaksud bahawa sel-sel barah belum merebak di luar payu dara dan tumurtidak melebihi 2.5cm









Peringkat 2

Peringkat 2 bermaksud bahawa barah telah merebak ke nodus limpa ketiak dan tumur dalam payu dara lebih daripada 2.5cm











Peringkat 3

Peringkat 3 juga dipanggil barah lanjut setempat. Tu,or dalam payu dara adalah lebih dari 5 cm atau telah melibatkan dinding dada atau kulit pelapis. Barah menjangkau hingga ke nodus limfa ketiak.











Peringkat 4

Peringkat 4 adalah barah metastasis. Barah telah merebak dari payu dara ke organ-organ badan yang lain. Seperti paru-paru, hati dan tulang, termasuk kumpulan nodus limpa yang lain.












PENTING - DAPATKAN NASIHAT DARI DOKTOR JIKA TERDAPAT:


Sebarang gumpalan
Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul
Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
Putting tersorok kedalam
Terasa sakit pada payu dara

AMALKAN TABIAT YANG SEHAT

Amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan. Ketahuilah tentang payu dara anda sendiri. Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Amalkan makanan yang rendah lemak

Bersenam

Kurangkan mengambil makanan bergaram, makan disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.

Jika anda berumur 50 tahun keatas, dapatkan ujian mammogram setiap tahun atau sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Ini penting terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.

Susukan bayi anda dengan susu badan. Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payu dara terutamanya sebelum putus haid.
Berjumpalah doctor jika terdapat perubahan pada payu dara anda.

No comments: