Saturday, July 26, 2008

Keajaiban Air Zam-zam



"Setiap kali tiba musim haji, saya pasti teringat akan kehebatan air zam-zam. Marilah kita sama-sama mengimbas kembali bagaimana hal ini boleh ianya terjadi.


Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir telah menulis surat kepada European Press, sebuah agensi akhbar Eropah, yang mana antara kandungan surat tersebut mengatakan bahawa air zam-zam tidak sesuai untuk dijadikan sebagai air minuman.

Kenyataan doktor ini adalah berdasarkan andaian bahawa Kaabah berada di tengah-tengah Makkatul Mukarramah, yang merupakan sebuah lembah yang terletak di bawah aras laut, dan ini menyebabkan semua air kumbahan akan memasuki ke dalam mana-mana takungan air atau perigi.

Secara spontan saya menganggap surat ini tidak lebih dari salah satu usaha untuk memperkecilkan kaum muslimin.

Walaubagaimanapun berita ini telah sampai ke pendengaran pemerintah arab, Faisal Shah, yang amat murka terhadap tuduhan tidak berasas doktor tersebut.

Baginda telah mengarahkan Kementerian Sumber Air dan Pertanian supaya segera menjalankan siasatan dan menghantar sejumlah contoh air zam-zam kepada makmal-makmal di Eropah untuk mendapat jawapan tentang kesesuaian air zam-zam sebagai air minuman.

Kementerian telah mengarahkan Unit Penulenan dan Tenaga Jeddah untuk melaksanakan kajian tersebut. Ketika itu saya bertugas sebagai Jurutera nyah-garam( iaitu Jurutera Kimia yang bertanggungjawap terhadap proses menukarkan air laut kepada air minuman). Saya telah di lantik untuk melaksanakan tugasan ini, dan saya masih ingat, saya tidak punya sebarang gambaran langsung bagaimana rupa-bentuk perigi zam-zam ini.

Saya ke Mekkah, lalu melaporkan diri kepada pihak Penguasa/penjaga Kaabah, tentang tujuan saya di situ. Pihak tersebut telah memberikan saya seorang pembantu bagi meringankan usaha-usaha ini.

Kami tiba di perigi Zam-Zam, memang mengkagumkan dan amat sukar untuk mempercayai bahawa ianya hanya seluas sebuah kolam kecil iaitu kira-kira 18 kaki xi 14 kaki ( 600 meter kali 470 meter..*****a setengah keluasan kolam renang saiz olimpik) Kolam kecil inilah yang telah membekalkan berjuta gelen air setiap tahun sejak ianya wujud pada zaman Nabi Ibrahim a.s, beratus tahun dahulu.

Saya memulakan penyiasatan dengan mengambil ukuran perigi tersebut dan meminta pembantu saya agar menunjukkan kedalaman perigi tersebut. Lalu beliau terus mandi dan berenang sebelum menegakkan badannya, paras air menunjukkan setinggi paras bahu beliau. Ketinggian beliau hanyalah 5 kaki, 8 inci atau 200cm.

Kemudian pembantu saya bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain (beliau berdiri setiap masa, kerana tidak dibenarkan menyelam) dalam usaha mencari punca-punca air di dalam perigi, walaubagaimanpun usaha ini ternyata gagal.

Saya terfikir satu cara, iaitu dengan menyedut keluar air secara berterusan ke tangki air dengan bantuan mesin pengepam air yang terdapat di sebelah perigi zam-zam, sudah pasti paras air zam-zam akan berkurangan dan ini akan memudahkan kami mengesan punca air.

Amat mengejutkan kerana tiada apa-apa yang terjadi, biarpun saya pasti cara ini pasti berkesan. Saya melakukan cara ini sekali lagi, tetapi mengarahkan pembantu saya berdiri tetap di suatu tempat, dan memerhati apa sahaja yang mungkin berlaku di dalam perigi.

Tidak berapa lama kemudian, pembantu saya menjerit “alhamdullilah, saya telah menemuinya. Pasir di bawah kaki saya bergerak serentak ketika air di pamkan keluar”. Beliau bergerak di pelbagai sudut perigi, perkara yang sama juga berlaku di semua sudut.

Sebenarnya, air yang memasuki ke dalam perigi ini, adalah sama dengan yang sedang dipamkan, menyebabkan paras air dalam perigi ini tetap sama.

Saya menamatkan pemerhatian saya dengan mengambil contoh air zam-zam untuk dihantar ke makmal-makmal eropah. Sebelum keluar dari Kaabah, saya bertanya kepada pihak berkuasa,
adakah lain-lain perigi di sini? Jawapannya ialah kebanyakannya telah kering.

Sekembali ke pejabat, saya melaporkan penemuan saya kepada ketua jabatan, yang mendengar dengan penuh minat, tetapi memberikan komen yang agak kurang menyenangkan, iaitu, mungkin perigi zam-zam berpunca dari Laut Merah.

Mana mungkin sebuah perigi berpunca dari Laut Merah, yang jaraknya kira-kira 75 km dari Mekkah dan hampir kesemua perigi di situ kering?

Hasil penyelidikan yang dijalankan di makmal-makmal eropah dan di makmal kami sendiri didapati serupa.

Perbezaan di dalam air zam-zam dengan air biasa di Mekkah adalah kandungan garam kalsium dan magnesium yang lebih tinggi bagi air zam-zam. Ini didapati merangsangkan badan jemaah haji yang keletihan.Yang lebih menarik ialah kandungan florida didalam air zam-zam mempunyai kadar efektif penyah-kuman.

Tetapi yang penting ialah kenyataan makmal eropah antara lain menyatakan air zam-zam sangat sesuai untuk dijadikan air minuman seterusnya menafikan penulisan doktor dari Mesir.

Apabila penemuan ini di serahkan kepada Faisal Shah, baginda amat gembira lalu mengarahkan hasil penyelidikkan ini di siarkan oleh European Press.

Itulah hasilnya, penyelidikan yang diambil bagi menunjukkan struktur kimia didalam air zam-zam.

Sebenarnya, lebih mendalam kejian dilakukan, anda akan menemui lebih banyak keajaiban yang akan ditemui, dan menyedarkan kita akan kekuasaanAllah s.w.t. dan pemberianNYA kepada hambaNYA yang menunaikan haji.

Secara keseluruhannya, kelebihan air zam-zam ialah:

Perigi ZAM-ZAM tidak pernah kering, ianya akan senatiasa dipenuhi dengan air bagi memenuhi permintaan. Kandungan garam galian dan rasanya tetap sama sejak kewujudannya Kesesuaian air minuman zam-zam ini diiktiraf oleh jemaah haji seantero dunia yang mengunjungi kaabah tanpa sebarang keraguan.

Air ini tidak pernah dirawat atau diklorinkan, tidak seperti air-air di tempat lain. Kewujudan biologi dan lumut biasanya akan berlaku di kebanyakkan perigi, yang mana akan menyebabkan air di dalam perigi tersebut tidak sesuai untuk diminum kerana rasa dan baunya berubah. Tetapi bagi perigi zam-zam tiada sebarang petunjuk kewujudan biologi tersebut


Pada abad lalu, Ibu Hajar berusaha keras mencari air di antara Bukit Safwa dan Bukit Marwa, bagi diberikan kepada Ismail a.s. yang baru dilahirkannya. Semasa Ibu hajar berlari di antara bukit tersebut, anaknya telah mengosok-gosokkan kakinya ke tanah. Punca air wujud, dan dengan izin Allah, lalu membentuk sebuah kolam dan kini di kenali sebagai telaga Zam-Zam.


Keajaiban Air Zam-Zam 2


Tak tak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang peneliti pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Di Mekah kita tak perlu khawatir dengan air minum. Di setiap sudut masjidil Haram kita bisa menemukan air zam zam, lengkap dengan cangkir sekali pakainya. Tinggal pijit, langsung bisa diminum, dan gratis lagi. Di area Masjidilharam, di tempat tawaf, tempat sa’i, di halaman masjid selalu tersedia air yang berkhasiat ini. Ketika pulang dari Masjidilharam, banyak jamaah mengisi dulu botol airnya dengan zamzam lalu ditenteng ke pemondokan. Lumayan, menghemat uang Real, tak perlu belanja air mineral atau memasak air di dapur.

Berapa Juta Liter air zamzam?



Berapa banyak air zam-zam yang di “kuras” setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jamaah haji yang berdatangan dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang nanti ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jamaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter !!. Ini hanya gambaran saja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikonsumsi manusia, tanpa pernah kering!

Itulah salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air bisa keluar dari sumur di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering. Daerah gurun yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari sumur air yang hanya seukuran sekitar 5 x 4 meter sedalam 40an meter, bukan dari bendungan seukuran Waduk Ombo misalnya. Allahu akbar.

Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahwa air Zamzam itu tidak sehat untuk diminum. Asumsinya didasarkan bahwa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya Allah.
Tentu saja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Beliau lalu memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk ditest.

Tariq Hussain, insinyur kimia yang bekerja di Instalasi Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada saat memulai tugasnya, Tariq belum punya gambaran, bagaimana sumur Zamzam bisa menyimpan air yang begitu banyak seperti tak ada batasnya.

zamzam

Hanya Sumur kecil

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahwa ukuran “kolam” sumur itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tak terbayang, bagaimana caranya sumur sekecil ini bisa mengeluarkan jutaan galon air setiap musim hajinya. Dan itu berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Tariq mulai mengukur kedalaman air sumur. Dia minta asistennya masuk ke dalam air. Ternyata air sumur itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh asistennya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran pipa di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.

Dia berpikir, mungkin saja air sumur ini disuppli dari luar melalui saluran pompa berkekuatan besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia bisa melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan inipun tak terbukti. Tak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang bisa mendatangkan air dalam jumlah besar.

Selanjutnya Dia minta asistennya masuk lagi ke dalam sumur. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, asistennya tiba-tiba mengacungkan kedua tanganya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar sumur”.

Lalu asistennya diminta berputar mengelilingi sumur ketika tiba saat pemompaan air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlangsung. Dia merasakan bahwa air yang keluar dari dasar sumur sama besarnya seperti sebelum periode pemompaan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua area. Ini menyebabkan permukaan sumur itu relatif stabil, tak ada guncangan yang besar
Seusai pengamatan itu, Tariq mengirimkan sampel air ke beberapa laboratorium di Eropah dan sebagian ke laboratorium di Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka’bah, dia berpesan kepada petugas di Mekah untuk menyelidiki keadaan sumur lainnya di sekitar Ka’bah.

Sesampainya di kantornya di Jedah, dia mendapat laporan bahwa sumur-sumur lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering. Jadi hanya sumur Zamzam yang penuh air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun bisa terjadi.

Mengandung zat Anti Kuman

Hasil penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahwa Zamzam mengandung zat fluorida yang punya daya efektif membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandung obat. Lalu perbedaan air Zamzam dibandingkan dengan air sumur lain di kota Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalam hal kuantitas kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat efek menyegarkan bagi jamaah yang kelelahan. Tambahan lagi, hasil laboratorium Eropah menunjukkan bahwa zamzam layak untuk diminum, sehat untuk diminum. Ini otomatis menjawab prasangka buruk doktor di awal tulisan tadi.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya sumur ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun. Tak pernah ada yang complain. Dan Air zamzam ini tak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti layaknya air PAM kita. Murni air sehat.

Satu kehebatan lagi, sumur air zamzam tak pernah ditumbuhi lumut, padahal di seluruh dunia sumur itu selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme.

Bisa Mengobati Penyakit

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan-minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah karena lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Itu sebabnya saat ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada famili dan kerabatnya di Tanah air.

Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahwa ia terserang penyakit “bisul” di matanya. Sakitnya bukan main, tak bisa disembuhkan dengan obat. Dia hampir mendekati buta. Seorang dokter terkenal menasehati dia untuk diinjeksi dengan obat khusus, yang mungkin bisa menyembuhkan sakitnya. Tapi ternyata ada efek sampingannnya yang bisa membuat dia buta selamanya.

Yusria sangat yakin akan kemurahan Allah. Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang saat itu tak terlalu padat dengan manusia. Dia lalu bisa tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, aneh, kedua matanya yang sakit menjadi sembuh, dan bisulnya berangsur hilang.

Kejadian ini membuktikan ucapan Rasulullah saw di atas:” Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Wallohu a’lam.

Demikianlah beberapa khasiat air Zamzam. Manfaatkanlah sebaik-baiknya keistimewaan Zamzam ini ketika kita meminumnya di Mekah waktu ziarah nanti, atau ketika kita dihadiahi kerabat, teman kita, yang baru pulang dari Tanah Suci. Dianjurkan membaca do’a dulu sebelum meminumnya. Insya allah berkah.

Ha Halim Ibnu Hafidz
Tabloid HAJI, Agustus 2005.

No comments: