Agama Islam telah menetapkan kewajipan suami iaitu memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya. Kewajipan nafkah lahir itu umpamanya memberinya makan, minum, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Sedang nafkah batin adalah mengisi dan memuaskan keperluan seksual isteri.
Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya.
Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan.
Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka dapatlah di penuhi kewajipan seksual masig-masing dengan bersetubuh. Dengan demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh. Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak.
Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi kekecewaan dari pihak isteri.
Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak difahami oleh suami isteri iaitu:
a) Kerana suami atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya.
b) Suami atau isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari ‘partner’nya masing-masing. Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya.
Apabila kedua penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga.
Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat. Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali, ada yang melakukannya sekali dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4 kali dalam sebulan.
Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan, makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh ransgsanga-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang.
Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan, ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh.
Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya. Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat kali dalam seminggu.
Mengenai bila datangnya masa berahi wanita, pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat mengetahui masa berahi isterinya.
Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis “Masa bangkitnya nafsu berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid)”. Sedang menurut Ellis adalah kebalikannya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja nafsunya memuncak sehabis haid.
Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya yang popular Married Love mengatakan bahawa rata-rata nafsu seks wanita menjadi naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari ketentuan-ketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat kesimpulan sebagai berikut:
i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan dengan gelombang haid.
ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu.
Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Maka apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang diperintahkan Allah kepada kalian”.
(Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment