Wednesday, July 16, 2008

Resipi Nasi Berlauk Kelantan &




Nasi berlauk merupakan salah satu hidangan utama menu sarapan nasi selain nasi dagang dan nasi kerabu di Kelantan. Tapi kali ni nasi berlauk dimasak untuk lunch kami sekeluarga. Telepon mak minggu lepas bertannyakan resepi yg mak masak semasa mak buat jualan dulu. Mak sebelum ini memang berniaga makanan untuk sarapan dan lunch serta sesekali ambil tempahan. Tapi skrg mak nak berehat sebab dah tak larat tapi sebab minat masak tetap ada, jadi kalau ada kenduri kendara di kampung mak masih tolong masak .

Biasa kalau kenduri kahwin mak akan bertugas dgn 2 -3 org lagi termasuk mak saudara utk memasak berpuloh ekor ayam. Biasa orang akan tempah mak bersama mak saudara...kiranya macam satu team awal2 lagi terutama kalau musim cuti sekolah. Kalau di Kelantan org yg tugas memasak ini dipanggil jon gulai/tukang gulai. Aruah nenekpun sama, masa aruah masih sehat selalu buat jualan kuih-muih dan masak untuk kenduri kahwin. Antara kuih yg biasa aruah nenek jual adalah kuih tepung bungkus,pulut dakap dan buah gomak. Manakala atok sebelum ini pula kalau tempat kenduri selalu bertugas sebagai tukang masak nasi,dimana nasi dimasak dalam kawah. Kiranya masak-memasak ni macam warisan keluarga.

Berbalik pada citer nasi berlauk ni, kalau yg mak buat jualan dulu,mak hidangkan nasi putih dengan ikan,sambal dan ulam timun. Timun ni buat ulam cicah dengan sambal...

Gulai Ikan Nasi Berlauk




Sumber : Mak

Bahan :
  • 1 ekor ikan tongkol/ 4-5 ekor ikan kembong

  • 2 inci lengkuas

  • 3 inci kunyit hidup

  • 5 biji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 sudu besar cili kering yg dimesin

  • 2 inci halia

  • 1 sb serbuk gulai ikan/ 1 sb rempah ketumbar(ditumbuk)

  • 1 pkt santan - campur dgn 4-5 cawan air @ ikut kepekatan yg diinginkan garam (ikut rasa),

  • 4 keping asam keping
Cara-cara

1. Ikan yg dibersihkan dipotong dan direbus dgn sedikit air (sekadar menutup ikan), 2 keping asam dan sedikit garam sampai mendidih dan air sedikit kering. Air jgn byk sbb nanti ikan yg direbus tak pejal isinya.

2. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.

3. Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dlm periuk dan masukkan santan . biarkan mendidih sekejab,masukkan asam keping dan garam.

4. Kacau seketika kuahnya agar tak berketul dan bahan2 'mesra'.

5. Masukkan ikan dan kacau hingga mendidih lagi hingga masak.


Sambal Nasi Berlauk




Sumber : Mak

Bahan

  • 6-7 sudu lada kering yg dah dimesin- cili dimesin dgn sedikit air masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih sebiji mangga muda diracik halus -pilihan garam, gula dan cuka - ikut cita rasa sendiri
Cara

1. Semua bawang * dibakar atas api sehingga perang / sedikit berbau

2. Tumbuk bawang bakar.

3. Campurkan semua bahan. Kalau campur mangga muda, sukatan cuka dikurangkan. seelok-eloknya sambal dibuat lebih awal agar rasa sambalnya lebih sedap .

**tambah sikit; cili kering ni direndam sekejap dgn air panas selepas dipotong sebelum dimesin. Boleh juga campurkan lada kering dgn lada hidup.



KUIH TRADISI KELANTAN : LOMPAT TIKAM


Manakala untuk minum petang masak kuih lompat tikam. Tapi kalau belah Kelantan ada jugak orang jual kuih lompat tikam di sebelah pagi. Ini antara kuih yang dicari setiap kali balik Kelantan. Kuih lompat tikam versi Kelantan ni lembik sedikit, kena ambil dengan sudu dan dimakan bersama-sama pulut. Tapi kalau yang versi Terengganu macam kuih talam, boleh dipotong utk dimakan dan tiada pulut merah. Jangan ditanya kenapa nama kuih ni kuih lompat tikam. Dah cari dlm internet tak jumpa asal usul nama kuih lompat tikam ni.... Walaupun namanya agak ganas.. tapi jgn takut nak makan sbb rasanya lemak manis, sesuai jugak sebagai dessert...


Lompat Tikam







Sumber asal: Saji Jun 2006 dari Fp Rahaniss,





Tq Hanisss..




Bahan 1 - lapisan hijau



  • 125gm tepung beras
  • 112 ml air daun pandan
  • 625ml air
  • 1 sudu besar air kapur

Caranya Satukan kesemua bahan diatas, kacau diatas api sehingga pekat dan berkilat. Tuang kedalam loyang dan ketepikan.

Bahan 2 - Kepala santan



  • 500ml santan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • garam
  • daun pandan
Caranya



Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga mendidih dan pekat, ketepikan.



Bahan 3



- Pulut merah 250gm beras pulut air dan pewarna merah caranya Tanak pulut, air dan pewarna merah sehingga masak seperti memasak nasi biasa.



Bahan 4



- sirap gula Gula melaka + air , dimasak hingga mendidih.



Cara nak makan...lebih kurang camni lah, masukkan bahan hijau, pulut dan siramkan dengan kepala santan dan air gula melaka tadi...siap untuk dimakan.

1 comment:

Encik Shino said...

nasi berlauk pagi kat kelantan memang sedap. Dah try banyak resepi tapi tak menjadi.