Perhatian : Artikel ini adalah untuk tujuan ilmiah atau pendidikan seks kepada anda yang sudah berkahwin atau bakal berumahtangga dan tidak sesuai untuk bacaan remaja atau kanak-kanak.
Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks secara 'cowboy-style' atau 'fast-game' atau 'semberono' mungkin akan cenderung untuk melakukan adegan yang 'man-centric' (suami yang aktif dan puas) sementara isterinya seolah-olah akan jadi objek seks saja. Ianya lambat-laun akan memberikan kesan psikologi yang negatif ke atas isteri apatah lagi apabila suaminya dilihat 'hanya sayang bila mahu lakukan seks'. Dari sudut memberi nafkah batin, pendekatan seperti ini bolehlah dianggap sebagai pendekatan yang tidak dialu-alukan.
Berapa banyakkah pasangan yang 'man-centric' tidak dapat dipastikan kerana adegan ranjang adalah rahsia dalam rumahtangga dan tidak patut dikongsi ceritanya walaupun kepada sahabat paling terpercaya. Namun boleh dikatakan majoriti pasangan yang baru berumahtangga akan berhadapan dengan masalah-masalah 'penyesuaian cara merangsang' atau 'penyesuaian posisi yang digemari' dan tentu ramai yang kabur apakah yang dikatakan kepuasan ketika melakukan seks. Adakah kepuasan itu terletak pada klimaks (inzal mani) semata-mata atau adakah ia suatu keadaan yang lebih bermakna dari klimaks.
KEPUASAN BATIN ELAK MAKSIAT ZINA
Saya sendiri telah perhatikan keadaan bilamana seorang lelaki yang sudah beristeri dan punya anak yang sudah besar panjang 'menghampiri zina' (na'uzubillah) bersama seorang wanita yang masih jadi isteri orang dan juga sudah punya anak yang besar panjang. Pada saya, mereka jelas 'menghampiri zina' kerana mereka bukan saya berbual mesra malah menyentuh dan mengurut-urut antara satu dengan lain. Dari cebisan berita yang saya perolehi, si wanita ini walaupun punya suami tapi rumahtangganya ibarat telur di hujung tanduk sementara si lelaki itu pula sudah lama tidak tidur bersama dengan isterinya yang sah. Apa pula yang dilakukan oleh pihak yang satu lagi semasa ketiadaan suami atau isteri mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita hanya dapat doakan bahawa semua mereka ini kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan berumahtangga sebagaimana suruhan Islam dan mendidik anak-anak agar menjadi insan soleh.
Dari rujukan-rujukan yang telah saya lakukan selama ini mengenai Seksologi Timur, terutamanya dalam Islam, dapatlah disimpulkan bahawa kepuasan batin adalah antara ciri terpenting kebahagiaan rumahtangga. Kepuasan batin ini pula tidak dapat lari dari kepuasan seks kerana perlakuan seks dalam keadaan yang dihalalkan dan memuaskan adalah antara tujuan berumahtangga. Kesannya adalah positif. Maknanya, sekiranya pasangan suami isteri itu menikmati kepuasan ketika bersama, insyaAllah nafsu syahwat mereka akan tertutup dari melakukan berbagai maksiat berkaitan seks.
PINTU RANGSANGAN LELAKI DAN WANITA
Lelaki yang 'lapar seks' amat mudah terangsang matanya. Wanita yang 'lapar seks' amat mudah pula terangsang telinganya. Maksudnya, jika seorang suami atau isteri itu tidak mendapat layanan seks yang memuaskan dari pasangan masing-masing, seorang suami akan mudah terangsang bila melihat wanita lain walaupun wanita yang dilihatnya itu sudah bersuami, dan seorang isteri pula akan mudah 'cair' bila dipuji atau diambil berat oleh lelaki lain, walaupun lelaki yang 'mengambil berat' itu sudahpun beristeri. Sekiranya mereka ini ada peluang berdua-duaan tanpa dilihat oleh oranglain, syaitan pula akan 'menghiaskan' lagi keadaan mereka dan tanpa disedari mereka jadi lebih intim dan akhirnya jika tidak segera sedar harga diri, mereka mungkin akan terjebak ke dalam maksiat yang terkutuk.
Kerana itu, Ilmu Makam Yang Lima adalah salah satu ilmu pengetahuan yang boleh menjadi benteng yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri dari terjerumus ke kancah maksiat, apatah lagi di zaman mutakhir ini bilamana wanita dan lelaki bukan muhrim selalu dapat berjumpa secara langsung atau tidak langsung dalam kursus, seminar, business-talk, dan sebagainya, serta menginap pula di hotel-hotel. Apa pun, kita harus sedari dulu bahawa tiada ilmu yang dapat menjadi benteng jika manusia itu lupa diri, dan punca lupa diri ialah lupa pada Allah.
TIGA LUBUK NAFSU SYAHWAT
Untuk kali ini, saya akan catatkan mengenai Tiga Lubuk Nafsu Syahwat sebagai 'gateway' kepada llmu Makam Yang Lima. Dalam ilmu seksologi Timur, seseorang isteri itu dianggap mampu inzal (klimaks) walaupun dia masih belum dijima' (ertinya suami masih belum memasukkan zakar ke faraj apatah lagi berdayung). Caranya ialah dengan memahami Tiga Lubuk Nafsu Syahwat dan mengetahui cara bagi merangsang Lubuk Nafsu ini dengan sempurna. Tiga Lubuk Nafsu ini ialah Nafsu Badan, Nafsu Luar dan Nafsu Dalam.
1) NAFSU BADAN
Seseorang wanita yang masih gadis (virgin) amat mudah terangsang Nafsu Badannya. Apakah Nafsu Badan? Ia adalah seluruh tubuh dan pancainderanya selain kawasan alat sulitnya (farajnya) kerana kawasan itu adalah Lubuk Nafsu yang lain.
Permulaan rangsangan ke Nafsu Badan ialah berkomunikasi dengan cara yang lemah-lembut dengan isteri. Ia patut bermula seawal hari yang mana jima' akan berlaku. Jika ia memang sudah jadi amalan suami isteri setiap hari, itu lebih baik, cuma tambahkan lagi kemesraan di hari yang berkaitan. Banyakkah bergurau-senda, pegang-memegang, belai-membelai, kucup-mengucup, perbualan yang santai-tenang dan pernyataan sayang.
Ketika atau saat berada di ranjang, elok bagi suami bersalaman dengan isteri dan isteri pula mencium tangan suami. Boleh diucapkan 'Assalamu'alaikum sayang!' atau 'Assalamu'alaikum wahai pintu yang pengasih' dan isteri pula menjawab 'Wa'alaikumsalam abang!' atau 'Wa'alaikumsalam wahai tuanku yang terpercaya'. Kemudian bolehlah disusuli kucupan lembut ke dahi dan pipi isteri. Dalam keadaan masih berpakaian itu, rangsangan-rangsangan ke Nafsu Badan dilakukan dengan lebih bermakna. Satu pendekatan yang bagus ialah mengurut isteri dengan Urutan Pembangkit Syahwat (Erotic Massage). Ini hanya sesuai dilakukan ketika di ranjang, ketika suami isteri hanya tinggal berdua.
Urutan Pembangkit Syahwat
Apakah itu Urutan Pembangkit Syahwat?
Ia bukan gerakan urutan biasa yang bersifat agak keras dan kadangkala menyakitkan. Urutan Pembangkit Syahwat lebih lemah-lembut, lebih bersifat meraba-raba dan kadangkala bersifat antara menyentuh dengan tidak (seolah-olah menggeletek). Ianya pun tidak dilakukan hanya menggunakan jari-jemari malah boleh menggunakan hidung, lidah, gigi dan bibir mulut. Ia juga boleh dilakukan dengan mendekatkan dada dengan dada, kepala dengan kepala. Inilah yang dinamakan Istimta' (foreplay) yang mempunyai berbagai strategi dan pendekatan. Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, isteri boleh inzal (climax) di peringkat ini dan inilah yang telah diajarkan oleh orang tua-tua Melayu dan mungkin merupakan lompang (niche) yang tidak diketahui oleh banyak pasangan yang baru atau akan berkahwin.
Rangsangan Istimta' Ke Seluruh Tubuh
Sebenarnya secara prinsip, tubuh seseorang isteri perlulah diterokai sepenuhnya sebelum jima' dilakukan. Maksudnya, jari-jemari dan anggota tubuh suami perlu menjelajah dan memberikan rangsangan ke seluruh tubuh isteri. Ini termasuklah rambutnya, tengkuk, bawah dagunya, kelopak matanya, telinganya, belakangnya, punggungnya, pehanya bahagian luar dan dalam, betisnya, malah telapak kakinya! Telah dipetuakan oleh orang tua-tua Melayu bahawa seharusnya suami sentiasa menyentuh mana-mana bahagian tubuh isteri bermula dari rangsangan ke Nafsu Badan ini hinggalah ke saat jima' mahu dimulakan.
Bolehlah dicatat bahawa tiada jalan pintas dalam merangsang Nafsu Badan. Ianya perlu dilakukan dengan perlahan-lahan hingga isteri terangsang secukupnya, barulah bergerak untuk merangsang Nafsu Luar pula. Masa merangsang Nafsu Badan ini disarankan selama 15 hingga 30 minit, bergantung kepada sama ada isteri cepat atau lambat terangsang.
Mencari Lubuk Rahsia Nafsu Badan
Satu perkara lagi, perlu untuk para suami mengetahui bahawa lubuk syahwat isteri bergerak di sekitar tubuhnya dan tempatnya berbeza-beza setiap hari. Maksudnya, kalau pada hari ini anda dapati bahawa rangsangan ke payudaranya dapat membangkitkan ghairahnya dengan cepat, pada hari esok, rangsangan ke tempat yang sama kurang berkesan. Kerana itu, suami patut bersabar meneroka dan mencari Lubuk Rahsia ini setiap kali merangsang Nafsu Badan.
Apakah tanda (indicator) terjumpanya Lubuk Rahsia? Menurut orang tua-tua Melayu, tanda yang dapat dilihat atau dirasai ialah isteri seolah-olah terkejut apabila Lubuk Rahsia itu ditemui. Nafasnya jadi lebih kencang, atau bahagian tubuh itu seolah-olah 'disua-suakan' kepada suami agar dirangsang seterusnya. Dipetuakan, jika anda temui Lubuk Rahsia ini, fokuskan rangsangan di kawasan itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai atau kaedah yang digemari oleh isteri. Biasanya ia adalah sentuhan atau belaian lemah-lembut, bukan memicit, menekan atau meramas, atau sebarang perlakuan yang menyakitkan!
Jangan lupa kawasan payudara isteri. Ia adalah antara kawasan tumpuan bagi rangsangan Nafsu Badan. Cara rangsangan ke kawasan ini adalah dengan lemah-lembut, belai kawasan payudara dulu gunakan jari-jemari dan/atau bibir mulut. Kemudian gentel atau hisap puting payudara dengan lembut juga tapi istiqamah (berterusan). Jika dilakukan rangsangan dengan sempurna, biasanya isteri yang baru mengalaminya (maksudnya dia dikahwini ketika masih gadis) boleh mencapai klimaks di peringkat ini, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, payudara punya keistimewaan kerana ia mempunyai saraf yang berhubung langsung ke faraj isteri.
Seni merangsang Nafsu Badan terletak pada kemampuan suami untuk merangsang dengan perlahan-lahan dan lembut untuk mengasyikkan isteri. Sebenarnya strateginya ialah melambat-lambatkan dari memulakan jima' dan melihat reaksi isteri serta bertindak berdasarkan reaksi itu. Dalam seni Ilmu Makam Yang Lima, suami patut tahu bila patut masuk ke fasa seterusnya, dan ini dapat diketahui dengan meneliti reaksi isteri, iaitu tanda sama ada dia sudah bersedia untuk ke fasa selanjutnya atau mahu dirangsang lagi di fasa yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment