Apakah Itu Selaput Dara?
Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.
APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.
Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan. ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA? TIDAK.
Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks.
Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual.
Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat.
Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga ia tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama.
Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan. Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama.
Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Persediaan menghadapi malam pertama...Siri Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasanngan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda.
Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama .
1) Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemunkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum kekamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint ditempat tidur.
3) Tergesa gesa - Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ munkin payah untuk dicapai dan juga ia munkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.
SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’.
Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
1) Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmatai keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan kebahagian yang anda sukai.
2) Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seknya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
3) Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan berjayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
4) Jangan pura pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik munkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Munkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga.
Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Munkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Terasa mahu buang air kecil ketika mengadakan hubungan seks...
SEBILANGAN wanita yang baru memulakan hubungan keintiman seksual penetratif mendapati yang mereka mudah mengalami masalah kencing kerap dan sakit atau dalam istilah perubatan 'disuria' dan apabila mereka merujuk kepada doktor, doktor akan jelaskan yang mereka mengalami masalah keradangan pundi kencing bulan madu atau 'honeymoon cystitis'kerana kaitannya kepada hubungan seksual yang mana setiap kali pasangan berjumpa dan melepaskan geram masing masing, mereka akan mengalaminya!
Keradangan pundi kencing akibat infeksi yang merebak ke pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing radang dan mencengkam, akan menimbulkan perasaan kesakitan hendak kencing tetapi tiada kencing keluar atau sedikit kencing yang keluar. Sesetengah doktor memberi ubat antibiotik untuk wanita itu makan supaya jangkitan kuman tidak berlaku.Tetapi wanita itu boleh mengalami kesan sampingan akibat rawatan itu apabila antibiotik itu membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan usus dan mengakibatkan jangkitan kulat yis dalam faraj dan usus!
Ada juga doktor yang menasihatkan wanita itu buang air kecil setiap kali selepas bersetubuh dan ini akan mengakibatkan air mani keciciran keluar dari faraj ketika wanita itu bergerak ke tandas untuk buang air kecil .Ini sudah tentu akan menjejaskan kemungkinan kehamilan untuk wanita itu. Jadi apa perlu dilakukan jika semua yang disyorkan itu ada membawa kesan sampingan?
Mungkin cara yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada terkena gejala honeymoon cystitis ialah untuk wanita itu mengelakkan geselan ketara anggota sulit pasangannya kepada pembukaan lubang kencingnya yang terletak di paras bersebelahan langit faraj dengan mendekatkan kedua dua lutut ke dadanya ketika dia bersama dengan pasangan.
Dia perlu melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut dan memposisikan tubuhnya supaya geselan ereksi pasangan tidak tertumpu kepada pembukaan salur kencing. Dia boleh amalkan posisi yang mana dia tidak akan dapat geselan ereksi kepada pembukaan salur kencing seperti posisi dia di atas dan untuk tujuan merancang kehamilan dia menerima ereksi pasangan dari belakang.
Dalam melakukan apa-apa posisi persetubuhan dia perlu bekerjasama dengan pasangan, melegakan pembukaan faraj dan membantu pasangan memasukkan ereksi ke pembukaan faraj dengan dia sendiri yang memegang ereksi dan menghalakan ereksi ke pembukaan anggota sulitnya.Dengan cara sedemikian dia dapat mengawal pembukaan farajnya sambil memberi ruang kepada ereksi suami. Dengan cara yang sedemikian dia tidak akan terdedah kepada keradangan pundi kencing dan tidak akan menghampakan pasangannya
Makanan Pembangkit Gairah....
Adakah hubungan antara makanan dengan kemampuan seksual seeorang?
Berikut beberapa jenis makanan yang dianggap dapat meningkatkan gairah seksual wanita maupun lelaki, antaranya ;Seafood Seperti daging merah, seafood mengandung Zink(Zn) yang vital bagi pria. Kekurangan Zink menyebabkan rendahnya dorongan seks, sedikitnya sperma (kurang subur) bahkan impotensi.
Setiap ejakulasi sekurang kurangnya mengandung 5 mg Zink, sehingga makin sering berhubungan seks makin banyak Zn diperlukan.Telur Bukti bahwa sari telur ayam terbukti dapat meningkatkan dorongan seks sangat kuat sehingga diformulasikan dengan nama Ardor di Amerika dan Libido di negara lain. Meski penelitian belum dilakukan pada lelaki, sari telur cukup efektif mengubati kekurangan libido.
Putih telur dikenal sebagai sumber vitamin B, utamanya B6 dan B5 yang merupakan asam panthotenic. Panthotenic ini bias menghadirkan kegairahan di tempat tidur karena keampuhannya menyeimbangkan kadar hormon, selain ampuh mempertahankan energy dan mengusir stress. Selain sumber protein dan fosfor, kuning telur mengandung lesitin yang mempengaruhi sekresi hormon seksual.
Madu ”Si Manis” yang satu ini merupakan sumber dari boron, jenis mineral yang banyak terkandung dalam sayuran hijau, buah buahan dan kacang kacangan yang berkhasiat membantu proses metabolisme tubuh dan penggunaan estrogen (hormon wanita). Selain itu mineral boron mampu meningkatkan kadar darah dalam testoteron yang merupakan hormon penting dalam proses kerja organ seksual dan terjadinya orgasme baik lelaki maupun wanita.
Tiram atau Kerang
Makanan ini terkenal masin di lidah, maklum namanya juga hasil laut. Tapi lupakan dulu masalah rasanya, cuba lihat kegunaannya sebagai aphrodisiac yang kaya fosfor dan Zn. Konon setelah memakannya gairah seksual akan melambung, apalagi jika para pria yang menyantapnya.
Asparagus
Jika tiram sangat berkesan memacu libido para pria, asparagus justru mampu membangkitkan gairah bercinta para wanita. Apa pasal? Pertama, sayuran ini kerap disebut sebut layak mewakili symbol alat vital! Kedua, asparagus ternyata kaya nutrisi seperti vitamin E, potassium serta fosfor yang mampu meningkatkan energy dan menambah keberanian wanita.
Cokelat
Menurut para ahli dengan memakan cokelat otak melepaskan serotinin yang membuat diri jadi tenang. Cokelat juga mengandung salah satu bahan alami yang bias meningkatkan atau memperbaiki suasana hati yaitu phenylethylemine, zat yang diduga para peneliti dapat mempengaruhi gelora cinta dan perasaan romantis. Juga mampu menaikkan daya seksual seseorang.
Pisang
Bukan hanya bentuknya yang selalu diidentikan dengan penis, pisang juga kaya bufotenine, suatu senyawa kimia yang berfungsi meningkatkan rasa bahagia, percaya diri dan dorongan seks di otak.
Ginseng
Merasa letih dan stress? Minum 1 gr ginseng setiap hari. Ginseng sangat baik untuk pria yang berada dalam banyak tekanan. Diatas ranjang ginseng menambah vitalitas dan meningkatkan dorongan seks.
Bawang Putih Bawang putih terbukti dapat meningkatkan sirkulasi darah dalam daerah kelamin baik pria maupun wanita yang dapat mempercepat rangsangan seksual. Bagi etnik tertentu, menyantap bawang putih satu suing sehari merupakan hal yang biasa karena diyakini bahwa dengan lancarnya peredaran darah maka badan pasti sehat termasuk tetap bergairah melakukan hubungan seks.
Adas dan Merica Hitam
Jenis rempah rempah ini dapat merangsang pengeluaran hormon androgen dan merangsang saraf pusat. Jintan bermanfaat sebagai tonikum dan membangkitkan semangat.
Kunyit untuk penyegar meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh. Lengkuas merangsang semangat dan pereda lelah yang baik.
Seledri dan Kemangi
Bermanfaat melancarkan sirkulasi darah serta membantu rileksasi otot . Kemangi melancarkan sirkulasi darah dan merangsang keluarnya hormon androgen. Sementara seledri melancarkan sirkulasi darah dan membantu rileksasi otot.
Torpedo
Bila melihat semangkuk sup atau soto torpedo kemungkinan besar orang akan mengaitkan dengan urusan seksual. Torpedo atau kelenjar seksual kambing jantan ternyata mengandung banyak seng (Zn). Salah satu jenis mineral itulah yang bermanfaat dalam merangsang pembentukan sperma.
Gandum
Butir-butiran gandum dapat meningkatkan jumlah hormon testosteron yang artinya libido akan terpompa jika rajin mengkomsumsi gandum.
Kelp Tumbuhan sejenis rumput laut dengan daun yang lebar ini menurut ahli nutrisi sangat baik bagi wanita yang kehilangan libido akibat gangguan hypotyroid. Kelp umumnya banyak diolah sebagai campuran dalam makanan.
Horny goat weed
Horny goat weed merupakan herba tradisional dari China yang digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk sejak dua ribu tahun dahulu. Kini, kajian klinikal dari China (Liao et al., 1995) terhadap pesakit hemodialisis telah membuktikan horny goat weed memberi kesan positif pada kesihatan seksual dan sistem keimunan pesakit.
Bagi kaum lelaki, ia memberi kesan yang menyerupai testosteron, meningkatkan keinginan terhadap aktiviti seks dengan meningkatkan penghasilan sperma dan merangsang kepekaan sistem saraf. Bagi wanita pula, horny goat weed membantu melegakan simptom menopaus seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.
Ginseng
Herba yang terkenal di kalangan kaum Cina. Ginseng dipercayai dapat memperkuat sistem pencernaan dan fungsi perparu, menenangkan pemikiran serta meningkatkan tenaga. Di Korea, kajian (Hong et al., 2002) telah dijalankan terhadap 45 lelaki yang menghadapi masalah disfungsi erektil iaitu tidak berupaya mencapai dan mengekalkan ereksi. Mereka yang menyertai kajian ini tidak pernah menerima sebarang rawatan bagi masalah disfungsi ereksi.
Namun, 50 peratus daripada mereka mengambil sekurang-kurangnya satu jenis ubat penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Selepas menerima rawatan ginseng selama lapan minggu, kebanyakan peserta mendapati rangsangan ereksi, keinginan terhadap seks dan kepuasan terhadap seks telah meningkat. Sebanyak 60 peratus daripada peserta kajian mendapati mereka lebih senang mendapat ereksi selepas menerima rawatan ginseng.
Ginkgo
Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman untuk pesakit Alzheimer atau pesakit dengan daya ingatan merosot dan mental tidak berupaya berfungsi secara normal.Kajian (Cohen, 1997) telah dijalankan terhadap pesakit dalam rawatan antikemurungan yang menghadapi masalah seksual seperti kurang libido dan tidak berupaya ereksi. Selepas mengambil ginkgo selama enam hingga lapan minggu, kebanyakan pesakit mendapati fungsi seksual mereka telah meningkat.
Ginkgo meningkatkan pengaliran darah ke penis dan seterusnya menyokong serta mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.
Muira puama
Pada tahun 1990, institut seksualogi di Paris, Perancis menjalankan satu kajian terhadap 262 pesakit yang kurang nafsu seks. Muira puama diberikan setiap hari dalam tempoh dua minggu. Keputusannya, 62 peratus pesakit mendapat kesan positif.Satu lagi kajian dijalankan pada tahun 2000 di mana muira puama digabungkan dengan ginkgo dan digunakan sebagai rawatan bagi wanita dengan keinginan seks yang rendah. Selepas sebulan, kebanyakan wanita mendapati keinginan seks, kekerapan melakukan aktiviti seks serta kepuasan dan kenikmatan seks telah meningkat.
Muira puama membantu mengendurkan saluran darah dan membenarkan lebih banyak darah mengalir ke bahagian alat kelamin. Dengan ini, ia meningkatkan kepekaan terhadap rangsangan seks.
Puncture vine
Puncture vine digunakan dalam perubatan tradisional China, India dan Greek untuk wanita mandul, lelaki mati pucuk dan kurang libido bagi wanita dan lelaki. Kajian (Nasution, 1993) telah dijalankan terhadap empat lelaki yang didiagnos kurang libido dan tujuh orang lelaki yang didiagnos mati pucuk.
Puncture vine diberi selama dua minggu tanpa melibatkan suplemen vitamin dan terapi yang lain. Sebanyak 50 peratus daripada mereka yang kurang libido melaporkan peningkatan keinginan seks manakala 60 peratus daripada mereka yang mati pucuk mengalami ereksi yang lebih baik termasuklah ereksi yang tahan lebih lama.
Dalam tempoh rawatan yang singkat, puncture vine menunjukkan keberkesanan. Ia meningkatkan fungsi reproduktif lelaki dengan meningkatkan hormon testosteron, penghasilan sperma dan libido.
Damiana
Di Mexico dan Amerika Selatan, damiana digunakan sebagai herba untuk merangsang nafsu seks dan antikemurungan. Kajian (Arletti et al., 1999) terhadap tikus makmal menunjukkan damiana adalah berkesan bagi tikus yang mati pucuk dan kurang libido. Setelah diberikan damiana, tikus lebih senang mendapat ejakulasi dan aktiviti seksual tikus lebih aktif. Walau bagaimanapun, damiana tidak meningkatkan libido dalam kumpulan tikus yang sihat. Damania meningkatkan fungsi saraf serta kepekaan pada bahagian genital dan seterusnya merangsang keinginan seks.
Withania
Withania digunakan oleh kaum India untuk fungsi saraf yang sihat. Kajian (Malhotra et al.,1965) memberikan 3 gram withania setiap hari kepada 101 lelaki yang sihat dengan lingkungan umur 50 hingga 59 tahun. Selepas setahun, 71 peratus peserta kajian mendapati prestasi seksual mereka lebih baik berbanding sebelumnya. Withania berupaya melawan tekanan emosi dan meningkatkan tenaga seks. Aktiviti seks yang sihat menjamin perhubungan intim suami isteri. Sesungguhnya kajian telah membuktikan herba-herba ini berkesan untuk membantu individu yang mengalami masalah seksual.
Kenali G-spot Anda (Wanita)...
Misteri titik G-spot yang dapat memberikan kenikmatan dan sensasi dahsyat ketika melakukan hubungan seksual hingga sekarang masih menjadi tanda soal bagi para wanita, termasuklah pakar-pakar seksologi.Umumnya, wanita memang sukar menemukan titik ini yang kononya terletak pada dinding depan vargina sekitar satu setengah hingga dua inci dari lubang luar vargina.
Kesulitan mencari daerah ini terjadi kerana tidak semua wanita bersedia menerima ransangan secara sedar saat mencapai titik ini.Jika ingin mencari G-spot anda (wanita), sebaiknya gunakan alat yang tepat, aman dan bersih kerana vargina sangat sensitif. Anda boleh menemukan berbagai ransangan yang sesuai dengan anda. Tidak jarang wanita sangat menikmati sensasi erotisnya dengan ransangan menggunakan tangan pasangannya. Dengan penjelajahan lembut menelusuri liang vagina dan sesekali tekanan dapat membuat wanita mencapai puncak kenikmatan.
Umumnya, ransangan dengan penis lebih berkesan dilakukan, apalagi dilakukan dengan relak dan tekanan tetap, bukan seperti gerakan biasa. Ransangan G-spot perlu tekanan yang kuat. Jika secara bertahan tekana bertambah hingga ke tingkat optimum, anda akan mendapat kenikmatan erotis tanpa rasa sedikit pun. Kerana G-spot disebut sebagai daerah rawan ransangan berupa jaringan pada dinding bahagian depan vagina, dekat dengan dinding perut. Letaknya terdapat dibahagian belakang klitoris seperti halnya kelenjar prostat pada lelaki.
Ransangan pada G-spot menimbulkan orgasme yang berbeza dibandingkan dengan ransangan pada klitoris. Ransangan ini dapat menimbulkan orgasme yang disertai ejakulasi pada wanita, namun cairan yang keluar bukanlah sperma seperti yang terjadi pada lelaki saat ejakulasi. Cairan ini berasal dari kelenjar Skene di sekirat uretha atau saluran kencing.
Kerana itu cairan ejakulasi tersebut dikeluarkan melalui saluran air kencing akibat kontraksi otot pinggul. Walau cairan itu bukan air kencing namun wanita akan merasa ingin buang air kecil pada saat itu. Wanita juga akan kehilang kawalan atas kandungan kemih dan kerananya menahan diri sepanjang kegiatan seksual untuk menghindari pembuangan air kecil.
Selain dari memberi kenikmatan, ternyata beberapa peneliti dari Amerika mengatakan bahawa proses evolusi kemungkinan telah mencipta daerah ini menjadi organ yang dapat mengurangkan rasa sakit ketika melahirkan, daerah ini juga memiliki kesan mengurangkan rasa sakit ketika melahirkan. Jadi mengapa tidak dari sekarang mengenali G-spot anda?
Intip Milik Peribadi Si Dia...
Kaum lelaki kebiasannya mudah benar mengambil sikap acuh tak acuh terhadap kesihatan "barang peribadinya". Sedangkan benda yang satu ini cukup berpengaruh dan memainkan peranan yang penting dalam menentukan hubungan seksual berjalan lancar. Sesekali cuba anda perhatikan sekiranya ;
1) Seluar Dalamnya Ketat
Kalau pasangan anda (mahupun anda sendiri) suka memakai seluar dalam yang ketat, fikirkan kembali kesannya nanti. Ini kerana pemakaian ketat secara berterusan akan menyebabkannya kurang subur dan tidak begitu sihat. Seeloknya jangan memakai seluar dalam di waktu malam agar ia mampu "berbnafas" dengan baik.
2) Penisnya Bengkok Ketika Penetrasi
Ia disebabkan oelh kurangnya aliran darah di bahagian penis, samada disebabkan oleh faktor trauma yang pernah dialami atau keadaan penisnya memang cacat.Namun fizikal penis yang sedikit bengkok adalah perkara biasa, dan dikatakan tidak mempengaruhi kemampuannya ketika melakukan hubungan seksual. Pun begitu kalau keadaan tersebut menyebabkan penetrasi tidak kesampaian, jangan sesekali bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.
3) Berkhatan
Dalam proses berkhatan, kulit yang menutupi kepala penis dipotong dan dibuang. Lagipun kalau kulit ini tidak dibuang, sperma yang keluar akan mudah terkumpul di sebaliknya, menyebabkan ia menjadi tempat membiaknya bakteria. Menyedari hal ini maka kebanyakan lelaki (wajib bagi individu Islam) berkhatan demi menjaga kesihatan diri.
4) Ukuran Kenikmatan
Sungguhpun saiz dan ereksi penis adala pelbagai, namun ukuran kedalam vagina adalah antara 12 hingg 13 cm sahaja. Malah hanya satu pertiga bahagian luar vagina, memiliki hujung-hujung saraf yang peka dengan sentuhan penis. Jadi ukuran bukan faktor utama dalam menentukan kepuasan,kerana paling penting tekniknya!!
Cara mengambil pil perancang...
RAMAI wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan.
Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol. Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini.
Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu:
1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembesaran folikel.
2. Menyebabkan mukus daripada serviks menjadi kental dan menjejaskan pengangkutan sperma ke dalam rahim.
3. Tisu pada dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin. Oleh kerana tisu dinding rahim ini nipis, pendarahan haid menjadi sedikit dan hanya beberapa hari saja.
Cara pengambilan pil perancang kombinasi adalah seperti berikut:
Untuk pengambilannya pada kali pertama, seseorang wanita perlu mengambil pil pertamanya pada hari pertama pendarahan haid berlaku. Pengambilan pil seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang.Kesan bagi menghalang kehamilan berlaku serta-merta dalam kes ini. Jika pil pertama ini diambil pada hari kelima haid, seseorang wanita perlulah menunggu selama 14 hari sebelum penghalang kehamilan berkesan.
Keadaan ini disebabkan pengambilan pil pada hari kelima haid tidak menjamin menghalang pembesaran folikel yang akhirnya akan melalui proses ovulasi dan menyebabkan wanita itu subur walaupun sedang mengambil pil perancang. Oleh itu wanita yang memulakan pengambilan pil pertamanya pada hari kelima haid dinasihatkan supaya mengguna cara lain seperti azal atau kondom untuk menghalang kehamilan selama 14 hari.
Untuk pengambilan pil perancang pada bulan kedua dan seterusnya, ia perlu diambil setelah berhenti selama tujuh hari. Lazimnya pendarahan haid berlaku dalam masa tujuh hari berehat daripada mengambil pil perancang. Pil pertama untuk paket kedua dan seterusnya perlu diambil pada hari kelapan dari tarikh mula berhenti tanpa mengambil kira pendarahan haid berhenti atau tidak.
Sebagai contoh, wanita A ingin memulakan pengambilan pil perancang: Pendarahan haid wanita A berlaku pada 1 Julai 2005. Wanita A mula mengambil pil yang pertama pada Jumaat, 1 Julai. Dia akan mengikut arah anak panah pada paket pil perancang hinggalah habis pil pada 21 Julai 2005.Beliau kemudian berhenti mengambil pil selama 7 hari dan akan mula mengambil pil perancang paket kedua pada 29 Julai 2005 ia itu hari Jumaat juga.
Lazimnya pendarahan haid akan mula berlaku pada 22, 23 atau 24 Julai dan hanya untuk beberapa hari saja.Apa yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil pil perancang?Jika seseorang wanita lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan. Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa.
Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.Bagi bulan itu, wanita ini mungkin tidak akan mengalami pendarahan haid sehinggalah ia habis paket yang seterusnya, iaitu pada bulan kedua. Kemungkinan juga pendarahan yang tidak normal berlaku, tetapi wanita ini perlu meneruskan pengambilan pil setelah memastikan bahawa ia tidak hamil.
Ungkapkan Cinta Dengan Ciuman....
Sebenarnya maksud perkataan ciuman tidak sekadar apabila bibir seseorang bertemu dengan bibir individu lain. Tapi lebih merupakan satu bentuk komunikasi "non verbal", iaitu bahasa tubuh dalam mengekprestasikan perasaan seseorang terhadap individu terbabit.Bahkan hubungan seksual diantara pasangan suami isteri seringkali bermula, apabila salahs eorang darinya memberikan ciuman tanda kasih dan sayang.
Ini kerana ketika ciuman bibir terjadi, urat2 saraf pada sendi di bibir akan mula bekerja. Ketika itulah anda dapat merasakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan mula mengalir dalam tubuh.Menurut stau kajian, didapati ciuamn yang panjang dan peuh mesra akan membuatkan jantung bekerja lebih cepat, iaitub dari kebiasaannya 72 denyutan menjadi 100 denyutan seminit.
Situasi ini turut membakar kalori dalam badan, membuatkan anda akan lebih bertenaga berhadapan dengan kehidupan serba mencabar.Bagi pasangan suami isteri, anda diingatkan tidak meninggalkan aktiviti mencium bibir pasangan, seeloknya jadikan amalan harian agar kasih berpanjangan. Malah Tomina Edmark menerusi bukunya, "The Kissing Book ; Everything You Need To Know", ada memberikan tip menarik untuk dipraktikkan.
Menurutnya dengan saling member ciuman, masing-masing akan tetap merasakan bahawa pasangannya masih memerlukan cinta dan perhatian setiap masa. Paling penting jangan lupa memberikan ciuman yang hangat tanda terimakasih, setiap kali selesai melakukan hubungan seksual kerana menurutnya, ia memberikan kesempatan bagi kedua belah pihak untuk kembali ke keadaan normal.Tentunya setelah mengetahui kehebatan sebuah ciuman, baik yang memberi mahupun anda selaku penerima, pasti kegiatan ini tidak akan diabaikan dalam kehidupan seharian anda. Tidak begitu?
16 Perkara Tentang Seks...
Mengikut Kamus Dewan, seks ialah, “1- Sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2- Keinginan syahwat.”Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.
NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG.
Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.
SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH.
Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan.
Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
SEKS ADALAH AMANAH.
Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”
SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU.
Seks yang sebenarnya ialah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH.
Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)
TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM.
Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)
ZINA YANG HARAM ADA PADAHNYA.
Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999)
Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)
SEKS BEBAS MEMBUNUH.
Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)
Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita.
Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah, mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)
ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN.
Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”
BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO.
Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika.
KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-DUAAN DAN BERTEMU JANJI.
Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.
BAHAYA SEKS KETIKA HAID.
Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.
HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN.
Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom.
ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN.
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari)
CIRI-CIRI SUAMI ISTERI.
Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)
WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS.
Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.
MANDI WAJIB SAINTIFIK.
Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting.
Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington, 2001)(Untuk perincian sila dapatkan buku Dr. Danial bin Zainal Abidin bertajuk “Perubatan Islam dan Bukti Sain Moden Edisi Ke-2”)
Kaedah Mencegah Kehamilan....
1) Kontraseptif Suntikan
Suntikan perlu dibuat setiap dua hingga tiga bulan. Boleh digunakan semua wanita pada peringkat umur, sama ada mempunyai anak atau tidak. Selamat ketika penyusuan bayi, bermula pada enam minggu selepas bersalin. Tidak boleh dikeluarkan dari tubuh, jadi kesan sampingan yang tidak diingini boleh berterusan ketika waktu itu. Wanita yang berhenti menggunakan suntikan mengambil masa purata empatbulan lama daripada biasa untuk hamil. Pendarahan berubah seperti tompokan dan sedikit antara tempoh haid dan selepas satu tahun, jarang ada haid.
2) Kaedah Vagina
Antara contoh yang boleh digunakan ialah kesuburan dan diafram. Boleh berkesan jika menggunakan cara betul setiap kali hubungan kelamin. Boleh membantu mencegah penyakit kelamin berjangkit.
3) Implan
Sejenis alat rod dimasukkan di bawah kulit lengan atas berhampiran pelipat siku. Berkesan sehingga tiga tahun. Rod boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang dikehendaki wanita. Boleh digunakan semua wanita di setiap peringkat usia. Kesuburan cepat berlaku apabila rod dikeluarkan. Perlu di masukkan dan dikeluarkan oleh doktor. Membantu mencegah anemia. Perubahan pada pendarahan vagina dijangka berlaku.
4) Pil
Pilihan yang baik untuk ibu yang ingin menggunakan pil. Ia diambil pada enam minggu selepas bersalin. Amat berkesan ketika penyusuan bayi. Boleh digunakan sebagai kaedah kecemasan. Jika dimakan apabila tidak menyusukan bayi, pendarahan berubah dijangka berlaku terutama, tompokan dan pendarahan antara haid.
5) Kondom
Boleh mencegah penyakit kelamin termasuk AIDS dan mencegah kehamilan. Senang digunakan dan diperoleh. Berkesan jika betul menggunakannya setiap kali melakukan hubungan kelamin. Bagaimanapun sesetengah lelaki tidak menggunakan kondom setiap masa ketika melakukan hubungan kelamin.
6) Kaedah semula jadi
Wanita perlu ketahui tempoh kesuburan pada setiap bulan. Apabila ketahui tempoh kesuburan, pasangan elak mengadakan hubungan kelamin atau menggunakan kondom ketika melakukan hubungan itu. Lazimnya, memerlukan kerjasama erat dengan pasangan. Menghindari seks terlalu lama mungkin ada masalah.
Petua dapat anak...
UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj. Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.
Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.
Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.
Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual.Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.
Bahaya seks menerusi dubur....
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
MENGIKUT fahaman saintifik, lubang najis ketika wanita itu masih dalam perut ibu adalah bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita terasa lebih terangsang jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan.
Hubungan liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum undang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum. Mengikut Islam perilaku ini dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, haram hukumnya.Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk disalurkan sperma untuk mendapat cahaya mata. Ini tidak berlaku jika hubungan seksual dilakukan di dalam lubang najis.
Oleh kerana lubang najis itu sensitif dan mengandungi mukosa yang tipis kemungkinan ia boleh tercedera dan juga berisiko kepada perempuan untuk mendapat buasir jika otot dinding salur najis terkoyak.
Melakukan hubungan penetratif seksual ke dalam faraj selepas selesai melakukan hubungan penetratif ke dalam lubang najis akan memberi risiko jangkitan kepada faraj. Ini kerana lubang najis ada banyak kuman dan kulat yang boleh mengakibatkan keradangan dan bau kepada faraj. Jika ini berlaku, wanita itu mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan faraj dan masalah kesuburan jika jangkitan merebak ke selaput endometrium dan salur telur.
Perkara yang sering berlaku ialah, lelaki yang seronok dengan hubungan penetratif seksual ke dalam lubang najis akan terus ketagih dengan hubungan itu yang kononnya lebih sempit dan amat terangsang jika dibandingkan dengan hubungan seksual di faraj. Sebenarnya ini hanya pendapat dan pilihan individu saja.
Kajian menunjukkan yang faraj wanita memang tempat sesuai untuk melakukan hubungan penetratif seksual. Faraj dalam kawalan wanita dan dia boleh menyempitkan atau mengembangkan saluran itu mengikut usaha dan dayanya. Anggota sulit wanita mengandungi banyak bahagian yang boleh merangsang wanita saperti klitoris, bibir kecil, U-spot, G-Spot (langit faraj) P dan C spot dalam faraj, jika dibandingkan dengan salur najis yang hanya mengandungi satu tempat yang merangsangkan dan ini pun hanya terdapat kepada sebahagian kecil wanita.
Hangatkan Kembali Kelambu Yang Dingin...
Sekiranya anda tidak lagi mengadakan hubungan seksual bersama pasangan anda, seperti mana waktu mula-mula mendirikan rumahtangga, sehingga ia menjadi satu kebiasaan buat anda, BERHATI-HATILAH!!!Menerusi satu penyelidikan serta soal jawab yang dijalankan oleh Dorris Wild Helmering menerusi bukunya " How One Partner Slone Can Change The Dynamics To Renew Sex, Romance and Intimacy", mendapati bahwa banyak faktor mendorong kepada situasi di atas.
Dalam bukunya, Doris antara lain mencadangkan pelbagai teknik melakukan hubungan seksual bersama pasangan agar hubungan dingin kembali mesra, sekali gus menghangatkan suasana rumahtangga yang dibina sekian lama."Inisiatif harus ada pada diri diri masing-masing, agar setiap hubungan berjalan lancar dann setiap pasangan tahu, tanggungjawab yang harus dipikul. Lagipun hidup berumahtangga memerlukan diri anda dan pasangan, berkongsi segala-galanya".
Janganlah kesibukan kerja, penat melayani larenah anak-anak serta mengendalikan rumahtangga (bagi kaum wanita yang tidak bekerja) dijadikan alasan, untuk anda meminggirkan "santapan rohani" yang menjadi nadi sesebuah rumahtangga yang harmonis."Ingatlah setiap masalah yang wujud, pasti ada jalan penyelesaiannya, justeru itu carilah jalan keluar untuk memperbaiki mogok seks dan cinta, jika anda mengalaminya," ujar Dorris.
Terangnya lagi, kebanyakan pasangan sewaktu ditemubual menceritakan berbagai versi masalah yang dilalui. Namun setelah beberapa kali diadakan sesi kaunseling, rata-rata akan menghubunginya beberapa bulan selepas itu dan mengtakan "..terimakasih..." kerana membantu mereka. Malah hubungan suami isteri menjadi semakin akrab dan kini mereka menyedari, bahawa pentingnya mengekalkan hubungan sedemikian kerana ia turut menyebabkan mereka memiliki minda yang sihat.
Antara intipati yang dipersoalkan dalam buku tersebut ialah bagaiamana anda menilai hubungan seksual yang dijalinkan dalam rumahtangga, dari semasa kesemasa. Serta cara anda berkomunikasi dengan pasangan anda setiap hari.
Walaupun nampak remeh, namun setelah dibincangkan anda akan faham, kenapa perlu dilakukan perubahan dan apakah yang sebenarnya terjadi."Lebih baik jika perbincangan mengenai hubungan seksual ini dibincangkan secara terbuka antara anda dan pasangan. Ini kerana semakin anda memikirkan akan kepentingannya, maka anda juga terdorong untuk mempraktikkannya.
"Namun ada antara pasangan yang ditemui, menyatakan bahawa mereka tidak melakukan hubungan seksual lebih dari dua kali seminggu. Sedangkan hubungan yang sihat ialah dengan mengadakannya tiga kali seminggu. Lebih menyedihkan ada yang tidak menyentuh antara satu sama lain dalam seminggu dengan pelbagai alasan," kata Dorris sebagai mengupas antara isi kandungan buku yang ditulisnya itu.
Terang Dorris lagi, dari pengalamannya kaum lelaki lebih bersikap terbuka dalam memperkatakan hubungan seksual, berbanding kaum wanita. Sementara kaum wanita pula tidak ramai yang rajin bercerita, akan hal-hal yamg dianggap sulit ini. Mereka seolah-olah enggan memberikan kerjasama, terpaks adipujuk serta diberikan banyak contoh agar sesi kaunseling berjalan lancar. Sebenarnya kalau anda ambil topik ini sebagai satu proses pembelajaran, ia tidak sukar untuk diperkatakan," ujar Dorris lagi.
Antara alasan kenapa kaum wanita (mungkin anda salah seorang daripadanya...) kurang membincangkan isu ini juga kerana tidak mahu, ada rakan-rakan mereka mempersoalkan kekurangan suami masing-masing di ranjang."Ataupun mereka takut dikatakan diri sendiri sebagai penyebab kenapa suami tidak menyentuh mereka langsung'.Bagi mereka soal maruah dan walau apa cara sekalipun, ia akan dipertahankan. Disinilah peranan saya sebenarnya supaya minda mereka terbuka untuk membincangkan hal-hal seumpama ini." kata Dorris bersungguh-sungguh.
Hubungan Seks Ketika Hamil....
Melakukan seks sewaktu hamil tidak menjejaskan janin dan kehamilan dalam kes-kes yang normal. Doktor akan menasihatkan supaya mengelak melakukan seks sewaktu hamil jika terdapat masalah seperti berikut :
1) Pendarahan sewaktu hamil terutama pada awal kehamilan
2) Masalah uri berkedudukan di bahagian bawah rahim
3) Masalah pengecutan rahim pramatang
4) Sejarah kelahiran pramatang
5) Terdapat kebocoran air ketuban
Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan, pastikan air mani tidak dipancut ke dalam faraj. Air mani mengandungi prostagladin, yang boleh menyebabkan pengecutan otot rahim dan melembutkan tisu serviks. Prostaglandin digunakan untuk memulakan kesakitan untuk bersalin dalam proses “induction of labour“ bagi ibu-ibu yang bermasalah dan diperlukan untuk melahirkan anaknya
Senaman Tingkatkan Kepuasan Seks....
Hubungan seks yang memuaskan bukan hanya bergantung kepada aspek emosi semata-mata. Kekuatan stamina juga memainkan peranan penting untuk memberi kepuasan dalam hubungan intim. Pastinya sesuatu yang mengecewakan jika hubungan seks tidak kesampaian gara-gara pasangan kepenatan akibat kurang tenaga. Bagi memastikan hubungan intim tidak tergendala atas sebab ini senaman tubuh yang bertepatan perlu dipraktikkan.
Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, fokuskan terus senaman yang dialkukan kepada otot atau bahagian tubuh yang bersangkutan dengan aktiviti seks. Antaranya adalah seperti berikut ;
1) Senaman Kegel
Salah satu cara untuk memastikan otot vargina memberi 'cengkaman' yang kuat ketika hubugan intim adalah dengan mengamalkan latihan kegel. Latihan ini mampu meningkatkan keanjalan otot vargina.Latihan kegel sangat mudah, ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Caranya adalah ketika duduk tahan otot vagina seperti anda sedang menahan air kencing. Tahan selama tiga saat dan lepaskan. Ulangi gerakan ii sebanyak 10 kali.
2) Senaman Otot Paha
Latihan untuk mendapatkan otot paha yang kuat perlu kerana sesetengah posisi hubungan seks memerlukan kekuatan otot tersebut. Otot bahagian peha boleh dimantapkan dengan melakukan gerakan senaman seperti aerobik. Selain itu jogging atau lari juga boleh dilakukan. Senaman ini sebaiknya dilakukan dengan teratur iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit.
3) Senaman Otot Pinggul
Ia bertujuan untuk melancarkan peredaran darah kebahagian rongga pinggul. Konstraksi otot pinggul penting dalam situasi orgasma. Ketika merasa terangsang, jantung akan mengepam darah lebih pantas ke bahagian pinggul.Bila darah yang masuk kebahagian tersebut makin banyak maka dinding vagina akan menjadi lebih tebal dan tubuh wanita lebih bersedia untuk mencapai orgasma.
Cara senaman yang paling elok untuk memperkuatkan otot pinggul adalah dengan berbaring dan kedua siku menyangga badan tapi pastikan badan tidak diletakkan pada lantai. Rapatkan kaki dan luruskan. Halakan kaki anda ke atas membentuk sudut 30 darjah tanpa membengkok lutut. Tahan kaki anda selama 6 saat dan ulangi sebanyak 8 kali.
4) Senaman Otot Punggung
Kekuatan otot atau bahagian punggung perlu kerana ada kalanya posisi ketika melakukan hubungan intim memerlukan anda mengangkat bahagian punggung. Otot punggung yang kuat membolehkan anda bertahan hingga beberapa lama untuk memberi kenikmatan pada pasangan.
Amalkan langkah berikut untuk mendapatkan otot punggung yang kuat. Berdiri tegak dengan kaki terbuka. Genggam'dumb bell' seberat 2 kilo pada setiap tangan dibelakang punggung.Perlahan-lahan turunkan punggung dengan membengkokkan lutut. Tahan selama 8 saat dan berdiri semula. Ulang gerakan ini hingga 10 kali. Selain amalkan juga seperti berenang dan berjogging untuk memperkuatkan otot punggung.
Wanita ambil pil perancang kurang berahi....
NEW YORK: Wanita yang menggunakan pil perancang berdepan risiko hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks sehingga setahun selepas berhenti mengambil ubat itu, menurut kajian.Kehilangan syahwat, tidak berupaya mencapai kemuncak dan sakit ketika bersetubuh sudah lama diketahui sebagai kesan sampingan pengambilan pil perancang.
Penyelidikan terdahulu menyatakan nafsu seks wanita akan kembali normal dalam masa empat minggu selepas berhenti mengambil pil perancang.Bagaimanapun, kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik diketuai Dr Claudia Panzer, pakar endokrinologi di Denver, Colorado, menunjukkan kimia yang dikeluarkan pil itu untuk menahan pengeluaran tahap testosterone, berterusan sehingga setahun selepas wanita berhenti mengambilnya, lapor akhbar The Sunday Times.
Wanita yang mengambil pil perancang mempunyai empat kali lebih tinggi tahap hormon seks binding globulin (SHBG) yang menghentikan pengedaran testosterone dalam badan berbanding wanita yang tidak mengamalkan pengambilan pil perancang.
Penyelidikan dalam Jurnal Perubatan Seksual bulan ini berdasarkan kajian ke atas 124 wanita pra menopaus yang menghadiri klinik masalah seksual.Separuh daripada wanita berkenaan menggunakan pil, 39 daripada mereka sudah berhenti menggunakannya dan 23 lagi tidak pernah mengambil pil itu. – Agensi
Apa Yang Suami Inginkan Bila Bersama ?....
Artikel sumbangan Ida_KLHubungan intim yang hangat bersama suami adalah saat-saat indah buat seorang isteri. Namun saat itu akan menjadi lebih indah dan intim jika anda tahu apa yang diinginkan oleh suami ketika bersatu dengannya.
Sebagai seorang isteri tahukah anda dalam menjalin hubungan intim yang hangat? Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan pasangan berasa kepuasan? Sentuhan bagaimana yang disukai?... ... Jom kita baca dan hayati di bawah ini
SENYAP ITU INDAH
Tidak ada yang menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun butang baju secara perlahan dan tanpa sepatah bicara. Dia pasti tidak akan sabar-sabar menarik anda dalam pelukannya.( stimmm giler)
SENTUHAN LEMBUT
Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yang lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan, dada dan peha lelaki(ermmmm..bestttt)
DORONGAN VISUAL
Sekali sekala kenakan pakaian di hadapannya. Lakukan secara tiba-tiba. Ia adalah salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. Ramai wanita tidak menyedari bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai man
BANGKITKAN SUASANA ROMANTIS
Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yang romantis. Selain daripada lilin dan alunan lagu-lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aroma terapi, losen yang harum dan selendang lembut yang dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.
HADIAH SENSASI
Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan hadiah yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan..love bite..( bagi menandakan kawasan..hehehe )yang ditinggalkan ditubuh akan membuat mereka terkenang kepada anda. Juga meninggalkan pakaian dalam seksi di tempat tidurnya akan membangkitkan kembali keghairahan
MEMBUAT KEJUTAN
Lelaki akan sentiasa menginginkan diri anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini temasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur sesekali kenakan pakaian yang jarang.singkatseksi dan menampakkan bahagian bonjolan tubuh. ( WoooooWwwwww!!!!terbeliak mate hehehe)
RANGSANG DENGAN BAHAGIAN TUBUH
Kulit dalam bahagian peha wanita mampu merangsangkan lelaki kerana ia lembut dan halus. Apatah lagi bila disentuh, kesannya membuat wanita kegelianini menjadikan lelaki merasa lebih mancho!
SECEPAT KILAT
Bila ingin lelaki cepat ghairah, sekali-sekala bolehlah anda mengambil tindakan yang agak agresif, agak kasar dam macho. Tarik si dia ke sofa dan bertindak secepat kilat..tenguk reaksi dia.kasar tapi sodapppppp.
RAMBUT TERURAI
Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya. Begitu juga dengan sentuhan dibahagian putingnya..(geliii bangattt..nihh!!). Usapan lembut akan memberi ghairah yang tidak terperi.
TATAPAN MATA
Tatapan yang mempersonakan dan penuh perasaan kasihsayang terhadap lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona.
HINDARI DARI MENYENTUH KELEMAHANNYA
Bagi mengelakkan hubungan intim menjadi kurang menyenangkan, jangan sentuh kelemahan yang ada pada tubuh suami. Tumpukan pada bahagian tubuh yang bidang, lengannya yang sasa atau bahagian lain yang menjadi kebanggaannya.hehehe
Mana Lebih Nikmat? Seks waktu pagi, petang atau malam?....
BILA BERCAKAP TENTANG WAKTU UNTUK HUBUNGAN INTIM, RATA-RATANYA MEMILIH MALAM HARI. TAPI SEDARKAH ANDA BAHAWA SEKS SEBENARNYA TIDAK SEMESTINYA DILAKUKAN Dl WAKTU BULAN MENJELMA. ANDA MASIH PUNYA PILIHAN LAIN IAITU PAGI DAN PETANG. NAMUN MENURUT PENGKAJI SEMEMANGNYA TERDAPAT PERBEZAAN ANTARA HUBUNGAN INTIM YANG DILAKUKAN Dl WAKTU PAGI, PETANG DAN MALAM.. BERIKUT ADALAH KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA, TELITIKAN DAN PILIHANNYATERSERAH PADA ANDA.
Waktu TengahariWaktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual.Tapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam mem-berikan rangsangan seksual. Selain itu rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa ngan-tuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda menerus-kan pekerjaan.
Waktu MalamSuasana hening, redup dan tenang, teru-tama kalau anda tinggal jauh dari kota memberi-kan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual.Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat ngantuk setelah bersama akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak.Waktu PagiPada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu saja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari.
Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini.Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa Jningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung ^pun ia tidak akan memuaskan.
Apatah lagi setelah orgasma, kerap kali rasa mengan-tuk dan lelah akan dirasai. Sudah tentu dengan keadaan ini menyebabkan anda tidak dapat memberi tumpuan pada kerja. Lebih buruk lagi anda mungkin terus menjadi malas untuk pergi bekerja, atau terlambat masuk kerja. Namun sebenarnya sekiranya anda mampu benar-benar berfikir tentang kebaikan melakukan seks di pagi hari, maka badan dan fikiran anda akan terasa lebih segar dari biasanya. Semuanya kerana anda telah memulai hari baru dengan sesuatu yang menyeronokkan.
Namun ada juga pasangan yang merasai perkara sebaliknya. Setelah penat bekerja di waktu siang ada yang merasai keletihan di malam hari. Keletihan ini menjadi penghalang fungsi seksual anda sehingga aktiviti seks tidak berjalan lancar dan memuaskan.Bila perkara ini terjadi, anda akan berhada-pan dengan gejala psikosomatik yang antara lain menyebabkan kesukaran tidur. Kesulitan tidur akan mengganggu aktiviti fizikal dan mental anda untuk melanjutkan aktiviti keesokan hari-nya.Mana satu pilihan anda? Pagi, petang atau malam? Tapi sebelum memilih, ada baiknya anda meminta persetujuan daripada pasangan anda. Variasi melakukan hubungan seksual pada waktu yang berbeza-beza sebenarnya akan memberikan sensasi erotik yang lebih memuaskan berbanding anda melakukannya pada waktu yang sama saja.
Kompromi Seks - Rawat Cepat Klimaks...
RAMAI suami mengalami masalah ejakulasi tidak mahu berterus terang kepada isteri dan cuba mengatasinya secara sendirian tanpa pengetahuan isteri. Pada hal, rawatan paling berkesan adalah terapi seksual yang memerlukan kerjasama daripada isteri, lagipun rawatan ini jauh lebih murah berbanding rawatan perubatan. Masalah cepat ejakulasi dan disfungsi ereksi adalah dua gangguan fungsi seksual yang saling berkaitan kerana masalah cepat ejakulasi ini jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan disfungsi ereksi. Begitu juga sebaliknya, difungsi ereksi menyebabkan cepat ejakulasi.Bagaimanapun suami tetap masih member! alasan bahawa hubungan seksual dengan isteri masih boleh dilakukan walaupun ia berlaku dalam waktu yang singkat.
Selain disfungsi ereksi, cepat ejakulasi juga boleh disebabkan oleh kebiasaan suami ingin mencapai eja¬kulasi secara tergesa-gesa di peringkat awal hu¬bungan seksual, fungsi zat serotonin yang lemah dan masalah hipersensitif yang menyebabkan gagal orgasme.Mengecewakan isteri: Lambat laun, masalah cepat ejakulasi ini boleh menyebabkan isteri kecewa dalam diam kerana menghadapi masalah gagal orgasme bila suami cepat ejakulasi.Isteri gagal orgasme disebabkan tidak cukup menerima rangsang-an seksual, bahkan rangsangan suami terhenti kerana dia cepat ejakulasi dan isteri tidak mencapai sebarang kepuasan.
Cara me-ngatasi: Masalah cepat ejakulasi, suami tidak perlu tergesa-gesa untuk mengetahui statusnya sama ada disebabkan oleh disfungsi ereksi atau sebaliknya.Jika ia disebabkan oleh disfungsi ereksi, maka atasi masalah ini terlebih dahulu. Jika mampu ditangani dengan baik, masalah cepat ejakulasi dengan sendirinya dapat di-atasi.Jika bukan disebabkan oleh difungsi ereksi, ma¬salah cepat ejakulasi boleh diatasi dengan pengam-bilan ubat untuk mengawal ejakulasi, melakukan latihan mengawal ejakulasi (terapi seks) dan pembe-dahan untuk membetulkan urat saraf.
Rawatan menggunakan ubat dan terapi seks, paling banyak menjadi pilihan utama lelaki yang menghadapi masalah cepat ejakulasi berbanding cara pembedahan. Pengambilan ubat dan terapi perlu dalam pengawasan doktor pakar.Sayangnya kebanyakan lelaki lebih suka memilih ubat berbanding terapi seks. Jawapannya, ada tiga sebab kenapa mereka berbuat demikian, pertama lebih mudah, latihan memerlukan masa dan ketekunan sedangkan mereka mahukan hasil segera. Dan ketiga, umumnya suami malu berterus terang dengan isteri.Sebenarnya terapi seks adalah jauh lebih murah dan isteri boleh membantu dan lebih memahami masalah suaminya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://bloggiler4u.blogspot.com/
Post a Comment