Kisah cinta memang pelik. kadang - kadang bercinta macam nak rak, tapi kahwinnya dengan yang lain. setengah orang, bercinta dengan yang ini, bertunang dengan yang itu, last-last, kahwinnya ngan jiran rumah sebelah. pasal jodoh memang manusia tak dapat nak mengatur, sebab hanya Yang Esa yang berkuasa menentukannya.
kisah aku ni tak lah pelik sangat. aku sebenarnya playgirl jugak. dari aku start matrik lagi aku dah start pasang couple. setiap semester aku tukar couple. bukan niat aku nak mempermainkan perasaan kaum Adam, tapi, hati aku yang cepat bosan. naik universiti, aku masih lagi dengan perangai aku. tapi, dalam bercouple, aku selalu berdoa agar aku ditemukan dengan lelaki yang mampu membimbing aku dunia dan akhirat. itu sahaja.
aku betul2 berharap aku dapat jumpa seorang lelaki yang mampu membahagiakan aku di dunia dan akhirat. aku selalu ingatkan diri aku sendiri supaya tak lakukan perkara diluar batasan. walaupun aku bercouple, aku tak akan benarkan diaorang sentuh aku, dan aku tak akan membonceng motor lelaki lain. tak manis. sepanjang aku belajar kat universiti ngan matrik, adalah dalam 9 semester semuanya. dah 9 orang aku couple. dan aku kira antara yang hebat jugak sebab yang jadi couple aku bukan calang2 orangnya.
couple aku semuanya ada jawatan tertinggi kat universiti, kat kolej kediaman, selalu masuk tv ngan paper. memang bangga la aku masa tu. ada jer paper yang aku gunting sebab dalam tu ada interview ngan pakwe aku. ada gambar lagik. lepas dengan presiden2 universiti, aku ada couple lak ngan sorang engineer. memang ramai girl yang cuba himpit, sebab kaya. tapi, aku cepat bosan. kaya tapi sembahyang tak cukup wat per.
pastu dengan sorang lawyer. memang hensem. tapi, aku muak. tak tahu kenapa. aku kadang-kadang naik risau sebab sampai bila lah kau nak kena jadi camni. cepat jer naik bosan. bila la aku nak ada steady....
tapi, akhirnya kini aku dah jumpa jugak.. seorang lelaki biasa. tak ada pangkat, tak ada masuk tv, paper. tapi, dia betul-betul ikhlas dengan aku. walaupun sebelum ni yang lain nak masuk meminang aku, aku tak pernah benarkan. sebabnya aku tak tahu kenapa aku betul2 terkunci hati nak terima diaorang. tetapi lelaki ini, lelaki yang paling hebat bagi aku. dah terserlah ketokohannya untuk menjadi seorang pembimbing yang baik, yang mementingkan akhirat, yang sentiasa mengingatkan aku waktu aku leka, yang mengajar aku, dan macam2 lagi lah. tak sampai 8 jam kami berkenalan, dia sudah menyuarakan hasrat hati untuk bercouple dengan aku. aku dengan tak sedar, aku boleh kata 'yes, i accept u'. dah tercakap aku teruskan aje.
tapi, kuasa tuhan agaknya. aku diperkenalkan dengan dia. sebabnya aku selalu berdoa agar ditemukan jodoh aku dengan segera untuk aku elakkan maksiat. aku bukannya kuat nak harungi hidup bercouple. tak sampai seminggu kitaorang bercouple, dia cakap nak hantar rombongan meminang. aku rasa adalah dalam hari keempat. mula2 aku memang tak percaya. sepanjang aku bercouple, paling lama pun dalam bulan ketiga diaorang cakap nak hantar rombongan. tapi, dengan dia ni, hari keempat dah nak masuk meminang. aku ingat dia nak mainkan aku, so aku pun kata no hal jer lah. hampir sebulan kitaorang couple, dia dah telefon mak dia tanya barang hantaran apa nak beli. dan tak sangka dia dah beli cincin untuk hari pertunangan nanti. huk aloh! biar betul mamat aku sorang ni....
aku pun balik cerita kat parents kata ada orang nak masuk meminang. terkezut orang tua aku tu. aku kat rumah memang beria tak nak kahwin..nak jaga mak ngan abah konon... ye la, asyik naik muak ajer...masa tu aku rasa aku memang tak nak kahwin ngan sesaper pun...
abah aku buat sembahyang istikarah. aku pun buat jugak. dan tak disangka, jawapannya adalah pada hati aku sendiri. aku jadi semakin sayang, rindu tersangat2 pada dia. ayah aku tak dapat jawapan, tapi masa 1st time dia datang jumpa mak ngan ayah aku, diaorg jadi sayang sangat2 pada dia. tak tahu la kenapa, tapi ayah aku berdoa kalau dialah jodoh anak kami yang terbaik untuk dunianya dan akhiratnya, bukakanlah pintu hati kami untuk menerimanya. sebabnya sebelum ni diaorang tak dapat terima couple baru aku ni pasal diaorang harap aku dengan sorang couple lama aku yang asal dari pantai timur.
dan, yang paling aku pasti, dia adalah jodoh aku, melalui lukisan yang aku selalu lukis. memang aku selalu melukis, tapi, bila aku lukis seorang lelaki, lukisan yang sama, aku jadi rindu sangat. aku tak tahu kenapa dan pada siapa. tapi, penawar rindu aku cuma tatap lukisan aku tu balik. dan aku pernah ckap kat mak aku, dialah bakal suami aku(gambar yang aku lukis). dan betul2 tak sangka, memang sama apa yang aku lukis dengan rupa bakal suami aku ni. dengan rambut lurus, ada sikit janggut, muka bersegi, matanya yang redup, siap ada sidebern lagi aku lukis. semuanya ada pada dia. wajah yang aku selalu lukis, adalah dia.
lagi 2 bulan, aku akan bergelar isterinya selepas hampir setahun kita orang bertunang. Ya Tuhan, aku bersyukur dengan rahmatMu dan ampunkanlah dosa2 aku dan dosa bakal suami ku. kekalkanlah kerahmatan yang diberikan agar mudah kami berdua mencari KeredhoanMu YA Allah.......
Note: menarik :)
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment