Test orang Giler
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi. "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana." Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!" Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kemudian,Veteran pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..." Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
Kisah orang asli
Seorang wartawan bertana kepada orang asli, "En. makan keretapi?.".
"Makan!!!" jawab orang asli dengan konfidennya. Tanya wartawan itu lagi, "En. makan kapal?".
"Makaaan!" jawab orang asli itu. Wartawan itu bertanya lagi, "En. makan kapal selam?".
"Kapal Selam?". Tanya orang asli itu inginkan kepastian. "Ya!", jawab wartawan penyibuk itu.
"Ohh.... maaakannnn..., makan" balas orang asli itu kemudiannya.
Wartawan itu kurang berpuas hati. Ia bertanya lagi. Kali ini lebih kuat lagi. "Encik !. En. makan tak helikopter?".
Orang asli yang sedang tekun bekerja itu terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah wartawan itu.
"Ya, helikopter...." tegas wartawan itu. Orang asli itu kelihatan agak meradang. "En. jangan main-main dengan saya...
Helikopter itu besi... mana boleh dimakan...".
"Ohhh... begitu..." wartawan itu mengangguk seakan faham.
Mesej dari cerita ini - orang asli itu sebenarnya hanya biasa melihat dan mengenali helikopter sahaja kerana selalu menghantar bekalan ke tempatnya. Yang lain-lain itu semuanya dia tak pernah lihat. Sebab itu semua dikatanya dia makan. Itulah kata orang, orang asli makan segalanya, kecuali helikopter.
Pemohon yang jujur
Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah"
Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Jika ya, kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap".
kakaka....
Arahan Selanjutnya
Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.
Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.
Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.
Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"
Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"
"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."
Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"
Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."
Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya beritahu kamu, jalan terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata, "Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".
Bodo betul lah....
Ehwan dan 100 ekor ayamnya
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment