Sunday, July 27, 2008

Kota Bharu - كوت بهارو


















Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2005 ialah sekitar 425,294 orang.Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui Lebuh Raya terdekat LPT dan susur keluar di Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 3 menuju ke Kota Bharu. Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 7 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.



  • Masjid Sultan Ismail.


  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).


  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).


  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).

Sejarah

Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.

Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Koordinat: 6°8′ N 102°15′ E

Institut Pengajian Tinggi





  • Akademi Pengajian Islam (API) - Universiti Malaya di Nilam Puri


  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa


  • Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian


  • Universiti Teknologi MARA di Machang


  • Kolej Universiti Antarabangsa Twintech (IUCTT)


  • Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri


  • Politeknik Kota Bharu (PKB) di Kok Lanas


  • Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Telong, Bachok



Zon kebudayaan




Bagi kebanyakan pelancong, mereka mendapati kebudayaan merupakan sesuatu tarikan bagi Kelantan. Permainan tradisi seperti wau , kraf tangan seperti songket dan batik menampilkan kesenian Melayu yang begitu mengkagumkan.Muzium dan bangunan bersejarah di Kelantan menjanjikan nilai-nilai kebudayaan yang tinggi yang menampilkan ketinggian nilai seni budaya dan sejarah Kelantan.Kebanyakkan tempat-tempat ini terletak di sepanjang Jalan Hilir Kota dan Jalan Sultan, Kota Bharu dengan berjalan kaki.Setengah dari muzium ini adalah tidak mengenakan bayaran masuk.




Muzium DiRaja/Istana Batu.



Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat. Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan di raja, dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.Harga Yang dikenakan RM2



Muzium Di RajaIstana Jahar
Istana Lama ini, iaitu Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri.Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.Ianya di buka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.


Istana JaharMuzium Islam/ Dewan Sura


Sejarah Islam dinegeri Kelantan telah didokumentasikan dan diilhamkan dalam bentuk artifak dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium Islam adalah untuk menggambarkan bahawa negeri Kelantan merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terkemuka.Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat Muzium Peperangan/Bank Kerapu
Muzium peperangan merupakan bangunan batu-bata yang tertua di Kelantan, iaitu pada tahun 1912. Kini tempat bersejarah ini dijadikan sebagai memori rumah Jepun dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan Perang Dunia kedua.

Bank KerapuKampung Kraftangan dan Muzium kraf



Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf.Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang miggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 hingga 5.00 petang.

Istana Balai Besar



Istana ini telah siap dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhamad II. Kini Istana Balai Besar digunakan sebagai tempat untuk mengadakan atau melangsungkan Majlis Rasmi dan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran.

Istana Balai BesarPadang Merdeka/Bulatan Merdeka
Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan di mana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957.. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

Padang Merdeka / Bulatan Merdeka



Masjid Negeri
Masjid ini mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina, iaitu 1916 - 1926 sempena pemerintahan Sultan Ismail. Masjid ini dianggap sebagai masjid negeri sehingga kini kelas-kelas agama masih terus diajar di masjid.



Masjid Negeri Al-Muhammadi





No comments: