sekadar luahan sekadar pedoman buat diri yg dalam kekalutan mencari erti kehalusan yg lahir dari keikhlasan
Dia .. hamba Allah yg pada pandangan ku ketaatan-NYA menyelubungi jiwanya. Hingga diriku merenung sendiri adakah aku akan bersamanya. Walau berkemungkinan tidak atau ya, aku pasrah..sesungguhnya DIA(ALLAH) lebih teliti perancangannya.
Di awal perkenalan, atas dasar tanggungjawab..yang tidak terlintas di fikiran, untuk menyelami lebih dalam. Namu ujian-NYA MAHA HEBAT.. dia menyuarakan hasrat hati. Namun lidah ku kelu..mata ku berkaca. hingga kulupa itu ujian dari -NYA.
sepanjang titip mesra itu, kami hanya berjumpa di talian. Tidak lebih dari itu. malah kerana luahan itu juga, aku tidak lagi bersua dgnnya. kerana hanya satu, takut pada YANG SATU. kerna syaitan durjana tidak akan membiarkan ketenangan berpanjangan.
Namun aku akur, setiap kali di talian, hatiku terasa riang..akan tetapi aku lupa ia sebenarnya sedang menghiris hati. Kerana syaitan tidak pernah lupa tugas durjananya itu.
selang beberapa ketika. Aku dan dia menyedari..ada kesilapan disitu. hingga suatu hari.. dia menyuarakan kata putus. kerana takut pada YANG MAHA HEBAT.oleh kerana kami masih lagi menuntut, maka perancangan masih lagi samar.dan kerna itu cara yg terbaik dgn elak fitnah hati. Aku akur. walau hati ini sunyi tetapi dirinya masih bertapak kukuh di hati.adakalanya aku tersungkur ..dek kerana gelisah atas rindu yg mencengkam..tetapi iman yg bagai roda sering membangkitkan semangat.
Adakalanya hati ini lupa. adakalanya hati ini merangka kata..bahawa dia sudah berubah hati..diriku hanya mampu memanjatkan harapan pada MU ya RABBI..kerana kutahu dan dia juga tahu ENGKAU MAHA PENENTU atas makhluk ciptaan MU.
Buku ilmiah sebagai penambah iman.Yg pernah di beri sebagai peringatan.kata-katanya sentiasa segar dalam ingatan.."hidup di dunia tiada apa2..hanya akhirat menjadi harapan" "usahlah kita mengimpikan mahligai pasir.. akhirat yg kekal abadi" janji Allah maha BENAR..janji manusia TIDAK PASTI". Setiap amalannya , mejadi penguat diriku. satu yg masih segar. solat di awal waktu dan dhuha..
setahun berlalu.. diriku sentiasa diuji. Dugaan menghujani diriku. Aku khuatir..pabila tiba masanya, dirimu aku tinggalkan..kerana ku takut..fitnah dunia.kerana AKU SEORANG WANITA.
aku sendiri hairan..apa yg menambat diriku sebegini?..Ya..kerana dia melakukan tugas suci.. menyampaikan (tabligh). Aku tidak percaya dgn kata hati ini..namun aku mendengar .. walauapapun ku serahkan pada YANG MAHA TAHU.
jauh disudut hatiku..dia masih dalam ingatan.. kata2nasihatnya kekal di sanubari. Akan ku laluinya dengn hati pasrah.......
akan tetapi jika dia bukan ditaqdirkan bukan untukku..aku pasrah ya Allah. Kerana ku tahu Engkau lebih tahu perihal kejadian hamba-MU.
ku pohon WAHAI SANG PENGCIPTA..titipkan perasaan kasih ku ini kepada org yg berjalan di jalan MU, yg menyintai-MU, yg menegakkan ajaran-MU yg membantuku mengenali kebesaran MU....agar lebih erat pergantungan ku dan cinta ku pada MU ya Allah....Amin Ya Rabbala'lamin...
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment