Sunday, July 27, 2008

KAU KEKASIHKU....



aku....
hanya manusia biasa tanpa kamu,
suatu masa dulu pernah tersungkur,
tapi kau genggam aku kembali

lalu,aku bingkas berdiri,
membalas sentuhanmu,
kita sama berjanji,
setia hingga akhir nanti.

mungkin itu hanya janji,
tapi itu adalah matlamat akhir dlam hidupku,
jadikan kau permaisuru di hatiku.

aku sedar itu tak mudah,
jadi aku perlu berubah,
bukan untuk mengubah apa-apa,
cuma untuk labih layak mendapat cintamu....

kau tak pernah,
menolak ku jika aku tertinggal dalam perjalanan ni,
tak pernah menarikku kalau aku di hadapan dari dirimu,
tapi kita merangkul tangan,
mengenggam mesra di sisi kita berdua....

cinta tak pernah datang tanpa sengaja,
aku tahu bila saja melihat wajahmu,
walau seribu tahun berlalu,
kau saja di hatiku....

mungkin tiada apa perlu aku ungkapkan,
selain terima kasih kepada dirimu,
kerana sanggup menerima diriku,
walaupun jelas satu ketika dulu aku bagai hantu...

sekarang jika kau mendengar kataku,
sahutlah panggilanku,
temanilah diriku,
ketawalah bersamaku....

sekarang jika kau menyahut panggilanku,
aku takkan lagi berdiam diri,
kerana aku telah mengubah diriku,
bukan menjadi insan yang lain,
tapi tetap diriku..

sekarang jika kau melihat diriku,
datanglah mendekat,
genggamlah hatiku,
sentuhlah cintaku,
kerana aku telah lama,
dari dulu,sekarang hingga akhir nanti
mencintai dirimu...
dan hakikat itu takkan pernah berubah
selama aku masih hidup....



CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....

No comments: