Monday, July 7, 2008
Derhaka Kepada Kedua Ibubapa
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan.”
Dan firman-Nya pula:
"Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepada-Nya dan berbuat baik kepada kedua orang tua..." (Al-Isra': 23)
Kewajipan anak terhadap kedua orang tua ialah berbuat baik, taat dan hormat. Ini sesuai dengan panggilan yang harus dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Dan lebih utama lagi atau yang lebih berhak untuk ditaati dihormati adalah ibu, sebab dialah paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, mengasuh dan mendidik.
Imam Bukhary dan Muslim meriwayatkan, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi dan bertanya:
Siapakah manusia yang lebih berhak saya pergauli dengan baik?
Beliau menjawab: Ibumu!
Dia bertanya lagi: kemudian siapa?
Beliau menjawab: Ibumu!
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?
Beliau menjawab: Ibumu!
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?
la menjawab: Ayahmu!
Mengingat berat penderitaan yang ditanggung oleh kedua orang tua, lebih-lebih sang ibu, serta Allah menempatkan berbuat baik kepada kedua orang tua di nombor dua setelah berbakti kepada-Nya.
Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW menganggap derhaka, kepada kedua orang tua sebagai dosa besar, sesudah syirik. Begitulah sebagaimana ungkapan Al-Quraan.
Dalam hal ini Rasulullah Muhammad bersabda:
Ertinya:
"Mahukah kamu saya tunjukkan/ terangkan sebesar-besar dosa besar (hal ini diulangi sampai tiga kali).
Mereka menjawab: Mahu, Ya Rasulullah!
Maka bersabda lah Nabi, iaitu:
menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua,
Pada waktu itu baginda berdiri sambil bersandar, kemudian duduk, dan berkata:
Ingatilah! cakap dusta dan saksi dusta.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga. Orang yang derhaka kepada kedua orang tua. Lelaki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarganya. Perempuan yang menyerupai lelaki." (HR. Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa-apa saja yang Dia kehendaki, kecuali derhaka kepada kedua ibu bapa, maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum meninggal." (HR. Hakim dan ia sahkan sanadnya).
Derhaka kepada kedua ibu bapa itu, iaitu tidak mahu berbakti atau tidak mahu berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya, atau kerana menentang dan tidak mahu menurut perintah ibu bapa orang tuanya, misalnya Wail.
Wail adalah seseorang yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. la sering menggerutu dan mencaci ibunya, kerana terlalu cinta kepada isterinya. Segala apa yang dilaporkan oleh isterinya kepadanya tentang ibunya, ia mempercayainya.
Maka ketika akan menghadapi kematiannya, ia menderita sakit yang mengerikan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Ketika Wail bin Khattab sedang berjuang menghadapi maut di atas tempat tidurnya, la menggelepar-gelepar mengeluarkan keringat dingin yang telah membasahi seluruh tubuhnya.
Telah, lama, hari demi hari keadaan badannya bertambah parah. Matanya melotot nanar dan terkadang merah mengeluarkan air mata. Mulutnya terbuka lebar, bibirnya bergerak-gerak, namun kerongkongannya tersumbat sehingga jeritnya tidak terdengar.
Suara keluhnya hanya terdengar bagaikan lengukan kerbau dan bunyi angsa saja. Tangan dan kakinya kaku merengang tegang menghadapi sakaratul maut.
Sementara itu para sahabat Nabi sedang berkerumun menungguinya. Berganti-ganti para sahabat Nabi mengajarkan kalimat syahadat kepada Wail, dengan tujuan agar akhir dari kehidupannya menemui khusnul khatimah.
Namun apa yang terjadi, Wail tidak sanggup mengucapkan kalimat syahadat kecuali hanya dengan suara ah....ih....aduh.... saja yang keluar dari mulutnya. Rupa-rupanya ia telah berusaha keras untuk mengucap-kannya, tetapi suara yang keluar dari bibirnya tidak lebih dari semacam dengusan saja.
Wajahnya semakin pucat dan kini matanya telah terpejam. Mulutnya terkatup, dan sekali menganga lebar seakan-akan berteriak. Demikian keadaannya tiap-tiap hari, tapi ajal pun tidak kunjung datang.
Keadaannya semakin mengerikan. Siapa saja yang menyaksikannya tentulah merasa kasihan.
Rasulullah SAW memerintahkan kepada Ali bin Abi Thalib supaya membimbingnya Wail dengan mengucap kalimat syahadat. Tapi usaha Ali itupun gagal.
Kemudian Ali bin Abi Thalib menghadap kepada Rasulullah dan melaporkan tentang keadaan yang dialami oleh Wail.
Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat. Adakah Wail mempunyai orang tua? Jawab para sahabat. "Tinggal ibunya, ya Rasulullah! Kemudian sabda baginda: "Suruh datang kemari ibunya Wail itu!
Setelah datang Rasulullah SAW bertanya kepada ibu Wail. "Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum ia sakit? Apakah ia mempunyai perbuatan atau melakukan dosa-dosa besar yang ibu lihat?
"la derhaka kepada saya, wahai Rasulullah! la sering mencaci maki saya kerana isterinya saja. Ia sangat cinta kepada isterinya bila dibandingkan dengan cinta kepada saya, ia selalu mempercayai kata-kata isterinya daripada mempercayai kata-kata saya, demikian ya Rasulullah!
"Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu. Maka ampunilah kesalahannya terhadap ibu." Sabda Rasulullah SAW.
"Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia."
"Namun Wail adalah anak ibu, kasihanlah dia."
"Tidak, ya Rasulullah! Ia telah sering menyakitkan hati saya." Jawab ibu Wail dengan hati yang keras dan tidak ada tanda-tanda untuk berubah dari sikapnya itu.
Rasulullah SAW termenung. Kemudian baginda memerintahkan kepada sahabat agar supaya mengumpulkan kayu bakar dan supaya dinyalakan, lantas bakar lah Wail hidup-hidup.
Dengan terbatuk-batuk dan suara parau orang tua itu menjerit: Wahai Rasulullah! Jangan dibakar anakku. jangan dibakar anakku...sekarang telah ku ampuni dia, dan kesalahannya telah ku maafkan.
Setelah Ibu Wail mengampuni kesalahan anaknya, maka wajah Wail berubah beransur-ansur menjadi agak lebih baik. Dan akhirnya ia dapat mengucapkan dua kalimat syahadat dan kemudian menghembuskan nafas yang terakhir.
Selain kisah Wail, ada lagi kisah yang senada dengannya, iaitu Al-Qomah sebagaimana yang diceritakan oleh Anas.
Anas ra. berkata:
Ada seorang lelaki bernama Al-Qomah di masa Rasulullah SAW pemuda ini giat dan rajin dalam melaksanakan amal ibadah solat, puasa dan sedekah, tiba-tiba ia sakit keras, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah SAW menyatakan bahawa suaminya sakit keras dalam keadaan naza' sakaratul maut, dan saya ingin menerangkan kepada keadaannya.
Maka Rasulullah menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar ra. supaya pergi ke tempat Al-Qomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya, dan ketika telah sampai ke rumah Al-Qomah mereka langsung masuk kepada Al-Qomah dan menuntunnya supaya membaca kalimat tauhid: Laa Ilaaha Ilallah," tetapi lidah Al-Qomah bagaikan terkunci tidak dapat mengucapkan kalimat itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Al-Qomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberitahu hal itu kepada Rasulullah.
Rasulullah langsung bertanya:
Apakah ia masih mempunyai ayah dan ibu? Jawabnya: Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlampau tua.
Rasulullah SAW bersabda kepada Bilal.
Ya Bilal pergilah kepada Ibu Al-Qomah dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya: Jika kau dapat berjalan pergilah kepada Rasulullah dan jika tidak dapat maka Rasulullah akan datang kesini.
Jawab Ibu Al-Qomah
Sayalah yang lebih layak pergi kepada Nabi SAW lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk ke rumah Nabi SAW dan sesudah memberi salam ia duduk depan Nabi SAW
Maka: Nabi SAW bertanya:
Ceritakan yang sebenarnya kepadaku, Jika kau dusta kepadaku nescaya akan turun wahyu yang memberitahukan kepadamu: bagaimanakah keadaan Al-Qomah? la rajin beribadah, puasa dan bersedekah yang sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya.
Nabi SAW bertanya:
Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?
Jawabnya:
Saya murka kepadanya.
Tanya Nabi:
Mengapa? .
Jawabnya:
Kerana ia mengutamakan isterinya dan menentangku
Maka Rasulullah SAW bersabda:
Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap La Ilaaha Illallah:
Kemudian Nabi SAW menyuruh Bilal supaya mengumpulkan kayu bakar sebanyak-banyaknya untuk membakar Al-Qomah dengan api itu.
Ibu Al-Qomah bertanya:
Ya Rasulullah puteraku akan kau bakar dengan api di depan mataku, bagaimana akan dapat menerima hatiku.
Rasulullah SAW bersabda:
Hai ibu Al-Qomah seksa Allah lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah mengampunkan dosa anakmu, maka relakanlah ia, kamu harus merasa redha kepadanya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya tidak akan berguna solat, sedekahnya selama engkau murka kepadanya.
Lalu ibu Al-Qomah mengangkat kedua tangannya dan berkata:
Ya Rasulullah saya mempersaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasulullah dan siapa yang hadir di tempat ini bahawa saya telah redha pada Al-Qomah.
Maka langsung Rasulullah SAW menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Al-Qomah apakah sudah mengucap Laa Ilaaha Illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Al-Qomah mengucapkan itu hanya kerana malu kepada Rasulullah dan tidak dari hatinya, maka ketika Bilal sampai di pintu rumah Al-Qomah tiba-tiba terdengar suara Al-Qomah membaca: Laa Ilaaha Ilallah, lalu Bilal masuk dan berkata: Hai orang-orang sesungguhnya murka ibu Al-Qomah itu yang menutup lidah untuk mengucapkan syahadat, dan kini telah melepas lidah untuk mengucapkan syahadat, dan kini telah melepas lidahnya,
Maka matilah Al-Qomah pada hari itu, kemudian datanglah Nabi SAW dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankah, lalu di solati oleh Nabi SAW. Dan sesudah di kubur Nabi SAW berdiri di atas kubur sambil berkata:
"Wahai sahabat muhajirin dan Ansor, siapa mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah, Malaikat dan manusia semuanya, bahkan Allah tidak menerima daripadanya ibadah fardhu dan sunnatnya. Kecuali jika bertaubat benar-benar kepada Allah dan berbuat baik terhadap ibunya, dan minta kerelaannya, sebab redha Allah dikaitkan dengan redha ibu, dan murka Allah juga di dalam murka ibu."
Derhaka kepada ibu bapa punca hidup berkemelut
ISLAM meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketakwaan.
Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka.
Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)
Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.
Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kec il kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.
Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.
Pelbagai bentuk pem balasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra, ayat 23).
Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.
Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang salih yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak salih adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaa t, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment