Diantara cerita yang diriwayatkan mengenai para kekasih Allah atau wali Allah adalah cerita yang diberitakan oleh Zin-Nun rahimahullah, katanya :
Sekali peristiwa, saya bercadang untuk pergi keseberang laut untuk mencari sustu barang yang saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat di sebuah kapal. Bila tiba waktu itu aka berangkat, saya lihat penumpang penumpangnya yang menaikki terlalu banyak sekali bilanggannya,yang kebanyakannya datang dari tempat yang jauh, sehingga kapal itu penuh sesak dengan penumpang.
Saya terus mengamati amati wajah wajah penumpang itu, dan saya lihat di antaranya ada seorang pemuda yang sangat kacak rupanya, wajahnya bersinar cahaya, dan dia duduk di tempatnya dalam keadaan tenang sekali, tidak seperti penumpang-penumpang lain, terus mundar-mandir di atas kapal itu. Udara di atas kapal itu agak panas, meski pun angin laut bertiupan, sekali panasnya datang dari sebab terlalu ramai penumpang yang berhimpit-hempit di antara satu dengan yang lain.
Pada mulanya kapal itu belayar dengan lancar sekali, kerana barang kali lautnya tenang tidak bergelombang, dan angin pun tidak bertiup kencang, kecuali sekali-sekala saja, dan kalau ada pun hanya ombak-ombak kecil biasa dihadapinya.
Dalam keadaan yang begitu tenang di atas kapal itu, tiba-tiba kami dikejutkan oleh suatu pemberitahuan umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilanggan suatu barang sangat berharga, dan hendaklah semua penumpang-penumpang kapal duduk di tempat masing-masing, kerana sustu penggeledahan akan dijalankan tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.
Kini penumpang-penumpang kapal kecoh berbicara di antara satu dengan yang lain mengenai barang yang hilang itu. Masing-masing cuba mengeluarkan pendapat bagaimana barang itu boleh hilang. Saya sendiri merasa hairan bagaimana barang nakhoda itu boleh hilang ? Apakah dicuri orang ? atau pun barangkali keciciran kerana manusia di atas kapal itu terlalu ramai.
Sebentar kemudian nakhoda kapal mengumumkan:
‘Semua penumpang hendaklah berada di tempatnya. Sekarang kami akan memulakan penggeledahan !’
Penggeledahan pun dimulakan oleh beberapa org pegawai kapal itu. Penumpang-penumpang itu semuanya ribut , baik lelaki mau pun wanitanya. Mereka digeledah satu per satu. Begitu pula tempat tidur mereka dibentangkan dan diraba, kalau kalau barang itu disembunyikan dicelah celahnya. Namun barang itu masih belum diketemui lagi. Akhirnya sampailah giliran tempat si pemuda tampan untuk digeledah. Pada mulanya pemuda itu duduk ditempatnya dengan tenang sekali . tetapi oleh kerana dia orang yang terakhir yang diperiksa , maka muka muka orang ramai seolah olah mengancam memerhatikannya. Mungkin ada orang yang mengatakan didalam hatinya, barangkali pemuda inilah yang mencuri barang itu.
Apabila pemuda itu dikasari oleh pegawai-pegawai kapal itu dalam pemeriksaanya lalu dia melompat ke tepi seraya memprotes: ‘saya bukan pencuri, kenapa saya dilakukan begitu kasar?’ Lantaran pemuda itulah satu satunya orang yang membantah, maka disangka pegawai pegawai kapal itu dialah pencuri barang itu. Mereka mahu menangkapnya, maka pemuda itu pun meronta lalu terjun ke dalam laut. Orang ramai menyerbu ke pinggir kapal hendak melihat pemuda yang terjun ke dalam laut itu. Yang menghairankan bahawa pemuda itu tidak tenggelam, malah dia duduk di muka laut itu, sebagaimana dia duduk di atas kerusi dan tidak tengelam. Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras:
‘Ya Tuhanku ! Mereka sekaian menuduhku sebagai pencuri ! Demi Zat Mu , wahai Tuan Pembela orang yang teriniaya ! Perintahkanlah kiranya semua ikan-ikan di laut ini supaya timbul dan membawa di mulutnya permata-permata yang berharga !’
Penumpang-penumpang terus merenungkan pandangannya ke laut sekitar kapal itu ingin melihat jika benar ikan-ikan itu akan timbul membawa di mulutnya permata permata yang berharga ? saya juga ikut sama memerhatikan permukaan air itu.
Memang benar, dengan kuasa Allah, permintaan pemuda itu dikabulkan Tuhan, timbul di sekitar kapal itu beribu-ribu ikan dan kelihatan di mulut mulutnya batu-batu putih dan merah berkilauan cahayanya, hingga membuat mata-mata yang memandangnya silau kerananya. Semua orang di situ bersorak menepuk tangan kepada pemuda itu.
Saya terus tercengang, tidak dapat berkata apa-apa pun. Nakhoda kapal dan peawai-pegawai kapal itu bingung, seolah-olah dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
‘Apakah kamu masih menuduh ku mencuri, padahal perbendaharaan Allah ada ditangan ku, jika aku mahu, boleh aku ambil saja’ Pemuda itu kemudiannya memerintahkan ikan ikan itu supaya kembali ke tempatnya, maka tenggelamlah semuanya semula ikan-ikan tadi, dan orang-orang diatas kapal itu terus besorak lagi.
Pemuda itu lalu berdiri di atas air itu, kemudian berjalan di atasnya secepat kilat sementara lisannya terus mengucapkan : surah Al-fatihah: 4
‘Hanya kepada Mu lah aku menyembah , dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan.’’
Dia terus menjauhi kami, sehingga hilang dari pandangan kami. Saya sama sekali tidak menduga , bahawa pemuda ini kemungkinan sekali termasuk ke dalam golongan hamba Allah, yang pernah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang berbunyi :
“akan tetap ada dalam umatku sebanyak 30 orang lelaki, hati-hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah Ibrahim a.s. Setiap mati seorang di antara mereka, diganti Allah seorang lain di tempatnya.”
Saturday, July 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment