Friday, July 4, 2008

Lawak Pagi-Pagi 2

Drebar Jam Dinding


Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya "OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"



Orang mabuk dan polis

Saorang polis peronda telah ternampak saorang yang seakan mahu memecah pintu pagar pada jam 2 pagi.(Orang itu sebenarnya sedang mabuk.)

Polis: "Hello awak mahu mencuri ke?"

Orang mabuk: Tidak cik ini rumah saya,kalau tak percaya ini kunci pintu encik bukalah."

Apabila pintu dah dibuka polis pun masuk kerumah bersama orang mabuk tu.

Orang mabuk: "Aaaah encik tenguk itu saya punya gambar sama saya punya bini."

Polis: "Mana awak punya bini"

Orang mabuk: "Atas tidurlah"

Polis: Kasi tunjuk saya mahu jumpa sama lu punyer bini."

Setelah pintu bilik dibuka polis pun masuk dan nampak saorang perempuan sedang tidur dengan saorang lelaki.

Polis: "Lu kata itu lu punyer bini apa pasal itu perempuan tidur sama itu laki laki."

Orang mabuk: Encik,itu orang tidur sebelah saya punya bini ..... itu sayalah
Polis: ?????????? susah cakap dengan orang mabuk ni.




Kedai Roti


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"


Catatan Harian Seorang Wanita


orang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam buku catatan.

12 April:
Aku bangga kerana naik kapal semewah ini. Akan ku ceritakan pada semua temanku.
Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka akan cemburu.

13 April:
Hari yang bertuah ... Aku berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaan ku benar .... Dia sangat gagah dan tampan ...aaah beruntungnya aku.

14 April:
Tanpa ku duga kapten mengajak ku makan malam dan ..... alamak dia juga sempat memuji kecantikan ku ..... Aku bangga.

15 April:
Dia mengajak ku makan malam lagi. Kapten ternyata nakal juga ... dia mula berani mengajak ku 'bercinta' (tidur dgn nya) dan menunggu jawapan ku esok.

16 April:
Dia menagih janji ..... dengan jual mahal ku tolak dia mentah-mentah. (Dia ingat aku nie apa...) Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal beserta 1200 penumpangnya.

17 April:
Pagi yang cerah ..... aku bangga kerana berjaya menyelamatkan nyawa 1200 penumpang.


lawak bola


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

No comments: