Saturday, July 5, 2008

MENGENALI RAHSIA DIRI MELALUI ZODIAK - BHG 3




VIRGO : YANG SERIUS


Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.

VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta. Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo ( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

VIRGO : PERHUBUNGAN SEKS

Virgo sangat berhati – hati terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya di ranjang. Mereka memiliki cita rasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan pada satu –satu masa. Sesetengah Virgo bersifat penyayang , tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan . Maksud di sini , Virgo hanya memilih pasangan yang bijak , melainkan anda dapat membuktikan kepada Virgo bahawa anda bijak dan cantik . Jika sebaliknya , tunggulah saat anda kehilangan Virgo.

VIRGO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.

VIRGO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘ berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.


LIBRA : YANG BIJAK

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN

LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN



Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.

Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.

Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.

Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .

Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.

Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.

Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS

Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?

Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN

Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.

Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.


LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?


SCORPIO : YANG RASIONAL




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi

Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.

SCORPIO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.

Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.

Orang yang bernaung di bawah lambang TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) dan CANCER (21 Jun – 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.

Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ).

Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio – Gemini . Sifat Gemini yang keanak – anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.

SCORPIO : PERHUBUNGAN SEKS

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain.

SCORPIO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Scorpio ingin menjadi pemimpin.Namun, hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum, barangkali sebagaimana orang yang berlambang Leo. Cita-cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman-teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan, peguam, pengurus atau ahli bank. Dari segi kewangan pula, wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan. Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal, Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan mendapatkan wang semata-mata! Dari segi lain, kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi, perlu berhati-hati supaya tidak berlaku penyalah-gunaan kuasa wang! Walau bagaimanapun, biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.

SCORPIO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Scorpio sememangnya inginkan rumahtangga dan keluarga yang harmoni. Namun, cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung perasaan setiap ahli keluarga. Dalam hubungan ini, nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumahtangga. Anda sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktiviti keluarga sebagai satu pasukan, yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai. Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus, bersemangat dan sedia memberi penumpuan, jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak-ansur, boleh membawa ke arah sikap 'kuku besi'. Dengan yang demikian, sewajarnya Scorpio memperlajari ilmu dan teknik penjagaan anak, rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumahtangga secara persefahaman.


SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUAS




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.

SAGITTARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan dibawah lambang Sagittarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini bermakna anda bukanlah seorang yang posesif ( pengongkong ). Anda merupakan kawan atau pasangan yang menyenangkan kerana anda mempunyai wawasan yang luas dan bersikap tenang.

Anda gemar mencari seberapa banyak kawan tetapi hanya segelintir sahaja yang anda dapat percayai. Dari segi perhubungan yang membuahkan cinta , Sagittarius gemar bertukar – tukar kawan atau pasangan sebelum bertemu dengan pasangan yang paling secocok.

Namun , Sagittarius seorang kekasih yang setia. Pasangan yang anda gemari ialah bukan dari jenis yang cemburu. Jadi , pasangan yang sesuai dengan anda ialah ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ). Sebaliknya , hubungan anda dengan CAPRICORN ( 21 Disember – 19 Januari ) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai) perlu anda hindari lantaran kurang sesuai dengan anda.

Aries sesuai dengan anda kerana Aries juga menyukai pada kebebasan .Sifat Aries yang periang dan cerdas juga sangat menyenangi anda. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Gemini kerana Gemini sukakan kebebasan dan periang yang mana sudah tentu sesuai dengan anda. ( Sagittarius )

Walau bagaimana pun , Capricorn yang cemburu dan posesif agak kurang sesuai bagi Sagittarius yang gemarkan kebebasan. Begitu juga hubungan anda dengan Cancer yang agak sensitif . Ini kerana orang Sagittarius tidak bersedia untuk meluangkan masanya untuk menyelami isi hati orang yang sensitif.

SAGITTARIUS : PERHUBUNGAN SEKS

Orang yang berkelahiran Sagittarius akan terus mencari cinta sejati. Tetapi, apabila anda menemui cinta sejati, anda akan terus mengabdikan diri anda pada pasangan anda itu. Sagittarius suka berterus-terang tetapi ada kalanya anda suka menimbang-nimbangnya terlebih dahulu. Sebaik-baik sahaja sudah membuat keputusan, anda akan ke ranjang dengan pasangan anda sehingga dia tidak berupaya menolak lagi sehingga kamu berdua mendapat kepuasan bersama. Anda bersedia menggunakan kuasa mempergaruhi sehingga tidak banyak daripada pasangan anda yang berpeluang menolak kemahuan anda. Dengan kata lain, anda selalu menjadikan sesuatu yang dibayangkan menjadi kenyataan. Lantaran itu, pasangan anda harus bersedia mengendalikan setiap tindak tanduk Sagittarius demi mengelakkan kelukaan.

SAGITTARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Sagittarius agak memilih pekerjaan. Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang 'besar'. Anda mengkehendaki wang, nama, glamour, prestij dan pengiktirafan masyarakat. Namun, kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat, doktor, agen pelancongan, pegawai kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat-ubatan. Di tempat kerja, anda sememangnya rajin, tekun, suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai kerjaya yang sesuai, anda biasanya mudah mendapatkan wang. Tetapi, anda tidak mengutamakan wang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda. Apabila menghadapi masalah kewangan, anda biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat anda sentiasa mementingkan kawan, sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan.

SAGITTARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Sagittarius sukakan keluarga dan rumah tangga yang harmoni. Sikap demikian menyebabkan sebarang masalah yang dihadapi Sagittarius segera dapat diatasi dengan bantuan anggota keluarga. Anda suka memberi kebebasan kepada kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri, anda agak mengongkong mereka. Walaupun terdapat sedikit masalah dengan anak-anak pada peringkat awal, namun pada keseluruhannya, anda berjaya mengatasinya berkat kerjasama dan persefahaman.

1 comment:

aisoice !!! said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah elmu.

Gema Parfum
Memilih Parfum Berdasarkan Zodiak


--------------