Monday, July 7, 2008

Petua Orang Tua-tua Kita

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac mempunyai bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.



Bunga melur ini banyak khasiatnya diantaranya seperti untuk melegakan rasa tidak selesa pada mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega.

Bunga melur juga banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi kemudian cuci bersih sebelum menyusukan bayi. Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.

Untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi. Untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.


Menghilangkan Cagu

Cagu atau kuku cengkam memanglah sakit. Caranya senang sahaja perahkan sedikit limau kuku yang cengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit.



Kemudian potong kuku termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dengan menitikan air perahan limau. Insallah masalah akan berakhir.


Makan Pisang Elak Kanser

Fatin ingin menasihati kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum
air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan pun yang dapat dijimatkan.



Cuba lihat kiraan dibawah ini

Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun
= RM 4,320.00 saja

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8
Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 ..
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.

Perkakas tidak mudah berkarat .

Untuk mengelakkan periuk atau perkakas dari berkarat dan sentiasa bersih. Pertama semya perkakasan itu hendak disimpan itu dicuci terlebih dahulu dan keringkan kalau boleh dijemur sehingga betul-betul kering.



Kemudian sapu minyak kelapa merata dan terus dibungkus.Ia akan menjadikan perkakas dapur anda tidak akan berkarat dan tetap bersih.

Fatin : Kalau dah karat jual kat pembeli barang lusuh jer dapat gak duit ..


Menyegarkan Mata Yang Gatal / Letih



Kadangkala kita menghadapi mata yang gatal dan letih. Caranya amat mudah sekali ambil beberapa helai daun sirih muda. Cuci bersih-bersih kemudian ramas dan masukkan didalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata anda sambil berkelip-kelip berulang-ulang kali. Amalkan selalu insallah mata anda akan kelihatan segar dan tidak gatal lagi.


Bunuh Kutu Rambut Dengan Bawang Putih



Masalah kutu rambut memang masalah biasa bagi anak-anak kecil bahkan juga kepada orang dewasa. Kutu rambut sukar dikawal sebab ia mudah menjangkit dan rawatan yang biasa ialah dengan menggunakan sikat buluh dan menggunakan racun kutu. Disini saya sertakan kaedah yang mudah dan tidak membahayakan. Cubalah Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu

Insyallah kutu akan mati.

No comments: