Saturday, July 5, 2008

MENGENALI RAHSIA DIRI MELALUI ZODIAK - BHG 1

Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, perhubungan seks, kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka surat, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman. Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya !

Dengan memiliki dan membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir 'si dia'. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda.

Seterusnya, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota ini.Wassalam…..


CAPRICORN : YANG POSESIF




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan. Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23 September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.


CAPRICORN : PERHUBUNGAN SEKS

Capricorn sentiasa menanti hubungan seks yang mendalam dan kerap beranggapan banyak pasangannya mudah mengecewakan keinginannya. Jauh di sudut hatinya, Capricorn bersedia meledak dengan keghairahan dan pasangan anda bernasib baik sekiranya anda dapat sama – sama menikmatinya. Capricorn sangat tradisional dan mengharapkan sahabat atau pasangannya memainkan peranan tertentu . Sekiranya dia perempuan, dia akan memasak dan mencuci. Sekiranya dia lelaki, dia akan membeli makanan dan soal cuci – mencuci tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

CAPRICORN : KERJAYA DAN KEWANGAN

Capricorn memang bercita – cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.

Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda.

Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

CAPRICORN : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak – anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.


AQUARIUS: YANG RASIONAL




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.


Kualiti Astrologi

Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).

Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.

Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.


AQUARIUS : PERHUBUNGAN SEKS


Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.

AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi

AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.


PISCES : YANG SENSITIF



Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

PISCES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.

TAURUS ( 21 April – 20 Mei) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua – duanya sama – sama berpandangan kolot.

Sebaliknya, ARIES ( 21 Mac – 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta – minta buat anda. GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah boleh menyebabkan anda tersinggung.

PISCES : PERHUBUNGAN SEKS

Pisces adalah pemimpi dan hidup dalam dunia fantasi. Anda adalah lambang asmara dan menyenangi makan malam di bawah sinaran lilin dan muzik rentak perlahan. Walaupun Pisces romantik, atau begitu menyintai pasangan anda, namun anda tidak berupaya mengungkap perasaan itu kepada si dia. Tetapi, jangan bimbang, memang itu perangai anda!

PISCES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala – galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.

PISCES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.

No comments: