Thursday, July 10, 2008

Untuk semua lelaki yang pernah kucintai...

Untuk semua lelaki yang pernah kucintai...
ada musim yang terindah dalam hidupku
Ada cinta dalam tangisku
Ada lagu dalam senduku
sedetik kenangan di musim lalu...

Untuk lelaki-lelaki
yang pernah hadir dalam hidupku...
Perlu kau tahu dalam diriku
Masih bersisa setitis bahagia
Pernah singgah dalam pelukanmu
Juga Derita dan carik luka
Sempat berparut pada kenangan
Bisa membuat airmataku
Mengalir darah yang paling hitam

Buat lelaki-lelaki yang pernah mencintaiku
Masih ku damba cinta yang lalu
Pernah berlabuh di muara hati
Biar dekad berganti dekad
Biar musim datang dan pergi
Demi untuk kalian
Wahai lelaki-lelaki yang pernah ku kasihi


Ku utuskan puisi yang tersisih ini
Buat kenangan dan titipan
Tanda cinta tak pernah terpadam
Dari hati seorang perempuan yang tulus
Untuk semua lelaki yang pernah kucintai.


petikan dari novel


ku utuskan kasih
pada petang nan dingin
dengan bayu berpupus lembut
ada pita cinta yang ku rekat
pada daun jendela
langsirnya adalah sayang
kacanya adalah cinta
yang boleh kau lihat telus dari dalam hatiku......



cinta yg ku rekat pada jendela hatimu
mungkin cinta sejati yang kau cari
namun terhalang oleh lirik mata
papa dan mamamu
kerana aku cuma
gelandangan seorang gembala kambing cuma
bukan yang berkolar biru
aku cuma bert'shirt compang camping
yang ada dalam hatiku
cuma cinta
yang sering ku rekat2 di jendela hatimu...


cinta adalah kelopak yg berwarna biru
dan jingganya hati pabila tersentuh diruang kalbu
mengoyak rindu yang secerah merah hati
diantara bening mata bola'
yang berlari dalam kancah cinta sejati.......


Untuk mu yg bernama lelaki

Untuk mu yg bernama lelaki
Kau yg pernah mengetuk hati ini
Hadir mu memberi seribu makna
Bersama mu ku lakarkan impian
Segalanya indah dan manis
Berjanji untuk bersama selamanya

Untuk mu bernama lelaki
Segala janji musnah di tengah jalan
Kita terpisah jua akhirnya
Dimana silapnya
Aku kah yg bersalah
Atau kau yg bersalah
Sesungguhnya kesalahan itu
Antara kau atau diriku
Itu hanyalah penyebab
Yg sebenarnya memang kita tiada jodoh

Kau yg bernama lelaki
Walau ku terluka dan kecewa
Namun ku tetap bahagia
Kerana ku pernah memiliki hati mu
Dan ku pasti kau jua pn begitu
Hanya keadaan yg memisahkan kita

Untuk mu yg bernama lelaki
Nama mu tetap terpahat di hati ini
Walau kau tiada lagi di sisi
Namun kenangan pahit dan manis kita
Tetap dihati...
Kau tetap ku sayang selamanya

Untuk mu lelaki
Meski pun sayang masih ada
Tak bermakna kau harus ku miliki
Cukuplah kita memahami
Cinta tak semestinya bersatu
Kita bahagia bila dia jua bahagia
Cinta abadi kekal dihati
Tiada benci atau dendam
Walau tak bersatu

Untuk mu lelaki
Janganlah takut untuk mendekati
Walaupun sayang ku ada untuk yg lama
Namun yg baru pasti hati diberi
Cerita lalu adalah kenangan
Dan sayang itu tidak akan lebih
Dari sayang ku untuk mu
Org yg baru..



Perempuan yang ku KASIHI

Perempuan yang ku KASIHI
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya
setiap masa
sehingga Dia memanggilnya.

Perempuan yang aku RINDUI
adalah perempuan yang di wajahnya
terpancar sinar nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
sentiasa membesar Allah

Perempuan yang aku CINTAI
yang menutup auratnya
dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
biarpun namanya tidak terkenal di bumi
tetapi di langit, ia disanjung tinggi.

Perempuan yang aku SAYANGI
bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar dengan apa yang tiada
cinta kepada hidup yang sederhana
yang tidak bermata dunia.

Perempuan yang aku SUKAI
adalah sejuk mata memandang
dek terlihat keluhuran akhlaknya
menjadi sumber ketenangan jiwa
bila hati bergelora

Perempuan yang aku IDAMI
adalah yang mengingatkan hatiku
kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
bila rohku melupai janji pada Ilahi

Perempuan yang aku SANJUNGI
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku
untuk meneruskan perjuangan
di kemudian hari


YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki..
Yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku..
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku..
Pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU..

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati..
Yang sungguh mencintai dan dahaga..
Akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu..
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan..
Untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

Seorang lelaki yang memiliki hati..
Yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas..
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku..
Tetapi juga menghormati aku..

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku..
Tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah..
Seorang lelaki yang mencintaiku..
Bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku..
Dalam tiap waktu dan situasi..

Seorang lelaki yang dapat membuatku..
Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya..
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk..
Membuat hidupnya menjadi sempurna..

Sesungguhnya aku amat menyayanginya...
Amat menyintai dirinya..
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...


MATA AYAH

Kujabat mesra tangan ayah,
Urat-urat daging-daging tua keras terasa,
Mataku tersenyum, matanya menyapa,
Anak yang pulang disambut mesra.
.
Tapi matanya, mata yang menatapku,
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi,
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram,
Satu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.
.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah,
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri,
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang,
Memintaku pulang menikmati beras baru,
.
Anak yang pulang di sisi ayahnya, maka akulah,
Yang merasakan kepedihan yang tercermin di mata,
Meski kain pelekatnya masih bersih dalam kesegaran wuduk,
Dan dia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
.

karya : Sasterawan Negara Usman Awang

Kiranya kau Jodohku

Akh...
Cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redhaNYA..
Bertuahnya aku andai dapat menjadi tiang seri sandaran perjuanganmu,bersyukurnya aku kira aku ditakdirkan meniup semangat juangmu..
Akanku kesat darah dari lukamu dengan jemariku sendiri..
Cukuplah kau mencintai Allah sepenuh hatimu kerana kau juga akan mencintaiku keranaNYA...
Moga cinta itu juga yang akan menemukan kita kembali di syurga..

Akh...
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat...
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz..
Yakinlah...Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati kita tika kali pertama kita betentangan mata..

Erti CINTA yang sebenar

"Wahai Tuhanku yang mencipta diriku ini...
Engkau telah menciptakan sebutir benih kemudian dicampakkan ke dalam jiwa setiap insan berhati nurani..
Itulah dia CINTA !!
Sejak Adam diciptakan hinggalah pada saat ini..
Anugerah agungMU itu masih tumbuh mekar di dalam jiwa setiap insan..
Terlalu kuat akarnya hingga begitu sukar untuk dicantas..
Seandainya dirinya telah ditakdirkan untuk bersamaku,Engkau redhailah perasaan dan hubungan ini..
Jika inilah jalan yang terpaksa aku lalui yang menguji kesetiaan untuk bersamanya..nescaya tetapkanlah perasaan CINTA ini agar ia kekal suci selamanya...AMEEN YA RABBAL ALAMIN

No comments: