Thursday, July 3, 2008

CITER BENAR...dan YANG TAK BENAR

Ni Citer Benar...bukan tipu2


Driver : Nak ke mana cik?

Penumpang : Saya nak ke bandar Sunway. Dekat jer, rumah saya kat Jalan Puki Mak U Lah....

Driver : Cik, kita ni orang Melayu. Tak boleh ke gunakan bahasa yang lebih Sopan.

Penumpang : Nak sopan macam mana lagi bang. Dah memang itu nama jalannya.

Driver : %$#@&*


Inilah jalannyer....





Citer Lawak ...


Cinta itu BUTA..........




Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.” Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,
kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu !”

“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: ????????????????.(bengang)

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………


Citer Suspens...

Perjanjian SETAN


Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat. malam sabtu,mahupun malam raya. Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat. Mak Renah memang kenal benar dengan lembaga lelaki yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu. Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Renah berasa takut dan menggigil seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya. Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak Renah. Kerungsingannya itu menarik perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak Renah sedaya upaya mengelak.

“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak Renah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Nora. Mak Renah tidak mahu Nora tahu lebih-lebih lagi melibatkan masa depan anak daranya yang seorang itu. Mak Renah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret anak kesayangannya itu bersama sekali. Mak Renah sedar lambat laun Nora akan dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian dengan lelaki berjambang tebal dan berpakaian serba putih yang selalu hadir dalam mimpi Mak Renah.

Nora akan menjadi korban lantaran ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri. Dan hari ini,si lelaki berjambang itu akan datang menuntut Nora. Tiba tiba Mak Renah kesesakan nafas memikirkannya dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi. Mak Renah lelah dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal dan berpakaian serba putih itu datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Renah.

“Nora terpaksa kau korbankan! Kau tidak ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat, sangat. Mak Renah merayu sambil berlinangan air mata.

“Berilah aku masa”

“Tolonglah tuan,,”

Nora tidak tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai kerasukan lagaknya. Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya itu. Semenjak kematian ayahnya Pak Hussein Lempoyang kira-kira lima tahun yang lalu,tidak sekali Mak renah berkelakuan begini. Nora percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh emaknya.

“Sehingga suatu hari Mak Renah berasa tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian putih itu menuntut janji. Mak Renah dalam resah dan ketakutan menjelaskan perkara sebenarnya kepada Nora dengan perasaan berkecamuk.

“Maafkan mak,,Nora.Maafkanlah mak,,”

“Mengapa mak?” tanya Nora dengan penuh rasa ingin tahu.

“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak dah melakukan perjanjian dengan……….”

“Nora diam tidak mencelah,membiarkan Mak Renah menyudahkan cerita dengan payah.Nora sebenarnya sudah sedikit tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam igauan Mak Renah.Sedikit sebanyak Nora mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya. Berderau hati Nora mendengarnya.

Selepas itu,Nora banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Renah.Nora benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar menjadi sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini. Nora telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Renah walaupun dirinya terpaksa dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara selama ini.

“Nora anak mak,sebenarnya mak banyak berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang kerumah kita tu,”

“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu berkehendakkan Nora menjadi isterinya.”

Nora ternganga namun dalam hatinya berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap kali datang berniaga kain dan permaidani itu bakal menjadi suaminya. Nora mengalih muka, mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke bilik.Mak Renah terkebil-kebil.

Sayup kedengaran suara Nora dari dalam biliknya,

“Nora sudi mak!”

Mak Renah mengurut dada…. pasti malam ini tidurnya akan lena.




SETEL…


Peringatan :

Kepada anda yang berminat untuk berpoligami bolehlah mengambil contoh surat rasmi permohonan untuk berpoligami. Setakat ni, mereka-mereka yang telah menggunakan kaedah surat permohonan ini semuanya telah diluluskan tanpa kompromi.



Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi (Dari Suami kepada Isteri)




Mamat bin Jusoh 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Minah bt Kulup 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Assalaamualaikum wbt.

Puan,

PER: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Mamat bin Jusoh


CITER KELAKAR GILER ..

temubual ngan gembala biri2 : Yang hitam dan Yang Putih...



Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

No comments: