Pengajaran :
Mungkin apa yang anda lihat ini hanyalah ilustrasi sahaja dan hasil cerapan ahli-ahli astronomi. Namun seharusnya kita merasa gerun dengan kedahsyatan Hari Kiamat yang sebenar. Di saat itu, bintang-bintang jatuh berguguran, yakni berlanggar sesama sendiri, lautan mendidih akibat kepanasan hasil ledakan perlanggaran dan seterusnya kering. Semua diri berlari untuk menyelamatkan diri, tapi ke mana ? kerana bumi sudah mengeluarkan apa yang ada dalam perutnya (lahar panas) dan gunung berapi, disertai dengan goncangan gempa bumi yang tak henti-henti, mana angin taufan dan badai lautan atau megatsunami menelan apa yang ada di daratan sampai ke gunung-gunung. Dan saat itu semuanya akan mati ! Yang hidup kekal hanyalah Tuhan Yang Maha Kuasa dan hamba-hambanya yang diizinkan.
Maka ingatlah ayat ini : "Wahai Jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada tuhan mu dengan redha lagi direhai, masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam Syurga-syurgaKu!"
Klik Kiamat Sudah Dekat jika video tak keluar.
Petikan ayat al-Quran : Surah Al-Fajr 27-30
Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment