Tuesday, July 1, 2008

Hilangnya Keyakinan Rakyat Terhadap Badan Kehakiman dan Pihak Polis

Hari ini, 1hb Julai 2008, setelah keluar dari Kedutaan Turki, DSAI telah membuat laporan polis mengenai penglibatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung memalsukan laporan mengenai kes kecederaan DSAI semasa dalam tahanan pada tahun 1998 dahulu.

Kita pun tidak tahu siapa lagi yang patut kita percaya bila KPN dan Peguam Negara yang kita sandarkan kepercayaan tapi jika mereka inilah yang juga terlibat dalam memalsukan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran demi mempertahankan kuasa seseorang.

Inilah satu punca utama hari ini mengapa rakyat tidak lagi menghormati kedua-dua institusi terpenting kerajaan. Kami rakyat biasa, sudah merasa bosan dan kecewa dengan sikap-sikap mereka yang terlibat dalam kes-kes begini, namun hati-hati kami berharap semoga Allah swt akan menurunkan balasannya kepada kedua-dua mereka ini. Biarlah Allah swt sahaja yang membalasnya. Kerana balasan dari Allah teramatlah dahsyat dan tak terjangkau oleh fikiran manusia. Jadikanlah mereka ini sentiasa dalam keadaan resah, putus dari rahmat Allah dan biarkan mereka mati dalam keadaan azab dan hina sehina-hinanya. Semoga Allah meletakkan api kepanasanNya di saat kematian mereka sebagaimana yang berlaku kepada pengkhianat-pengkhianat yang zalim seperti firaun atau Mustafa kamal Attaturk.

Mereka ini merasakan diri mereka sudah berkuasa dan tidak pernah takut kepada seksaan api neraka. Mereka merasakan mereka bebas untuk berbuat apa sahaja demi kepentingan puak-puak mereka. Sebagai seorang peguam atau hakim, yang lebih tahu mengenai hukum-hakam, maka mereka ini seharusnya menerima laknat Allah dan balasan Allah yang amat dahsyat.

Semoga Allah swt memberi laluan kepada DSAI mencapai hasratnya dan impian rakyat untuk beliau berjaya menjawat jawatan PM dalam masa sedikit masa nanti. Kalaulah beliau berjaya, sudah tentu ramai penjenayah-penjenayah, perasuah dalam BN akan bertempiaran lari ke luar negara, bahkan BN ... yang merupakan Baris Neraka... bakal hancur !

Namun hendaklah kita ingat, puak-puak pemimpin BN tidak akan berdiam diri, mereka akan menggunakan apa sahaja kekuatan mereka samada dengan dengan cara yang salah atau licik, asalkan matlamat mereka berjaya mempertahankan kuasa mereka.

1 comment:

Admin said...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,NEWS ,AL JAZEERA ,SPORTS
VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN <<
 WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA >KLIK TO LISTEN<<
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
Teradapat juga siaran tv malaysis seperti pas tv ,tv selangor,tv kelantan, rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi.... >KLIK TO WATCHING<<