Saturday, July 5, 2008

MENGENAL RAHSIA DIRI MELALUI ZODIAK - BHG 2

ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKAN



Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.


Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.


ARIES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) , GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) dan AQUARIUS ( 20 Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati – hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21 Disember – 19 Januari) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai).

Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries . Dengan sikapnya yang tenang; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries . Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.

Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.


ARIES : PERHUBUNGAN SEKS

Sebagaimana SCORPIO ( 23 Oktober – 22 November ) , Aries adalah lambang paling seksi. Orang kelahiran Aries nampak sahaja dingin dari segi luaran , tetapi apabila mendapat kesempatan , mereka akan “mengodam" pasangannya (Aries ) habis – habisan sebelum dia (Aries ) sempat bersedia ! Lelaki dan perempuan Aries senantiasa memikirkan seks ! Namun mereka cukup penyayang dan mudah pula terluka . Kalau pandai menjaga hatinya pasti kelahiran Aries akan meminta selalu.

ARIES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita – cita merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimana pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan yang memuaskan ! Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis Aries. Lantaran itu , supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries perlu memperbaiki kualiti pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang. Pada umumnya , Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang semata – mata. Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.

ARIES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos ) ! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas hal – ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan ( isterinya ). Manakala perempuan Aries pula akan cenderung untuk memerintah ! Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli keluarganya . Dalam hal ini, Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda tidak semestinya suka terperap (terpenyap) di dalam rumah ! Aries sukakan kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada keseluruhannya , Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama dan kuat di luar rumah.

TAURUS : YANG SETIA




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan .

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .

Kualiti Astrologi

Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO dan SCORPIO.

TAURUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Taurus sangat berhati – hati memilih kawan , sahabat lebih – lebih lagi kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun , sebaik – baiksahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.

Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran. Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.

CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September ) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati – hati apabila berpasangan dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) atau GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun) .

Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah – ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.

Pasangan Taurus – Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita – cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang . Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah – ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.


TAURUS : PERHUBUNGAN SEKS

Taurus merupakan satu lagi lambang yang paling seksi . Walaupun demikian, orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.


TAURUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan ‘ deadline ‘ ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan . Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperincidengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam . Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya!Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.

TAURUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah dan keluarga merupakan dua ‘ harta ‘ ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak – anak . Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata – matatetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu, semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.

Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan. Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas pada anak – anak . Segala – galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan dan kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan. Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi kebisingan oleh kanak – kanak.

GEMINI : YANG BEBAS




Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.


GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.

Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.

Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .

Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.


GEMINI : PERHUBUNGAN SEKS

Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi . Mudah sahaja mereka menganggap seks sebagai aktiviti yang membosankan . Tetapi , mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan mereka menyenangi perbualan .

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN

Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.

GEMINI : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan . Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah merungut dan mengkritik. Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak , dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak – anak . Sesuai dengan pepatah ‘ bapa borek anak rintik ‘ , orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya .


CANCER : YANG HANGAT



Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .


Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.


CANCER : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.

Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini , TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September) merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun) adalah kurang sesuai .

Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus, anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ). Virgo juga pasangan yang sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah, kerana Virgo sememangnya lambat dalam soal cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang ‘ hangat ‘.

Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya. Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah – ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan .

CANCER : PERHUBUNGAN SEKS

Sesiapa yang berlambang Cancer adalah seorang yang sensitif , lembut dan sangat penyayang. Sesuai dengan lambang ibu zodiak , Cancer mampu terikat kukuh pada pasangannya. Kelahiran Cancer agak emosi dan pada mereka ( Cancer ) , seks adalah pelepas kesepian yang paling mengasyikkan . Kalau anda sebagai pasangan perlu berhati – hati supaya tidak segera mengasingkan diri darinya selepas selesai hubungan seks. Orang yang berlambang Cancer sukakan kehangatan seks . Anda akan terasa terluka jika ditinggalkan kekasih ketika sedang ‘ berkhayalan ‘ , dan menuduh kekasih anda hanya inginkan tubuh anda sahaja. Kalau ada seseorang yang sedia membelai anda dengan cinta dan nafsu , pasti dia seseorang yang dilahirkan di bawah lambang Cancer.

CANCER : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dari segi kerjaya , orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian , Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer , dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer gemar bekerja dengan anak – anak , sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. Dari segi kewangan , Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga . Walau pun ianya bukan milik keluarga sendiri , tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluragaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran , kelab malam atau urusan jual beli tanah . Untuk memantapkan pegangan kewangan , Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi rasa murung , dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan .

CANCER : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam soal rumah tangga kejayaan Cancer lebih menyerlah . Persekitaran rumah dan keluarga yang diciptanya merupakan kerja seni yang diserlahkan . Cancer rapat dengan keluarga , sanak saudara , dan terutama ibunya. Cancer sayangkan keluarganya dan terikat erat hingga ke akhir hayatnya. Cancer sayangkan kanak – kanak dan sedia memberikan mereka keperluan . Sebagai ibu atau bapa , Cancer segera memaafkan kesalahan anak – anaknya atau saudara mara, sesuai dengan ungkapan “ Walau apa pun terjadi , anda atau dia adalah keluarga kita “ . Mempertahankan institusi kekeluargaan merupakan sebab utama mengapa Cancer terus hidup. Anda mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada orang lain . Lantaran berorentasi keluarga , rumah tangga Cancer sentiasa bersih , tersusun dan menyenangkan. Anda menyukai perabot dan langsir ciptaan baru dan lama.


LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAI



Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.

Kualiti Astrologi

Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.

LEO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja ! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai .

Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong. Dalam situasi ini , Libra ( 23 September – 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April – 20 Mei ) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober – 22 November) agak kurang sesuai .

Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda , Libra juga memerlukan cinta yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya.

Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio . Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata – kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.

LEO : PERHUBUNGAN SEKS

Leo adalah satu lambang cinta di dalam zodiak . Orang kelahiran lambang Leo cukup romantik. Mereka sedia menyelimuti pasangan dengan hadiah dan kasih sayang. Seseorang yang selalu kecewa dengan pasangannya yang tidak menyatakan perasaan cinta dengan jelas , hendaklah mencari pasangan di bawah lambang Leo . Dia tidak akan berhenti – henti menyatakan betapa cintanya dia pada anda.Kelahiran Leo juga merupakan lambang peneraju yang sentiasa inginkan teraju kepimpinan di atas ranjang. Oleh sebab Leo begitu romantik , seks baginya merupakan pengalaman yang sentiasa menyeronokan.

LEO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Leo ini memang suka kelihatan mewah dan bergaya. Kalau anda seorang yang kaya , anda gemar memiliki rumah besar dengan tanah dan kebun yang luas. Dalam kerjaya, anda cemerlang dalam jawatan yang ada kuasa dan kata pemutus. Anda baik dalam hal membuat keputusan tetapi gemar menyerahkan perkara yang lebih terperinci kepada orang bawahan anda. Leo dihormati rakan sejawatan dan orang bawahan , sebahagiannya disebabkan anda sememangnya memahami perasaan orang sekeliling anda.

Dalam sebarang kerjaya , Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tertinggi walaupun anda bermula dari bawah . Ini bermakna , Leo seorang yang tekun bekerja. Walau bagaimana pun , anda seorang yang tidak suka di arah untuk ‘buat itu dan ini '. Dari segi perolehan kewangan , Leo memang seorang ketua yang hebat tetapi ini bukan bermakna anda pengurus yang baik. Namun, Leo mempunyai wawasan dan jika bekerja sebagai eksekutif , daya pengurusannya lebih berhasil.

Sehubungan ini , Leo mencari wang yang lebih lantaran anda seorang yang cintakan kekayaan bagi kebahagian yang diperolehi. Anda gemarkan gaya hidup mewah dan glamour. Leo memang seorang yang pemurah . Anda sedia menggunakan kekayaan membantu orang lain turut mengecap nikmat hidup. Kekayaan bagi Leo adalah untuk membeli perkhidmatan dan keupayaan mengurus. Dengannya , Leo berusaha mencipta pekerjaan bagi orang lain dan memberi kebajikan yang sewajarnya. Ini bermakna , kekayaan bagi Leo adalah kebaikan dan sesuatu yang perlu dinikmati sepenuhnya.


LEO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dari segi luaran , memang Leo gemar melayan dan mengasihi orang lain . Namun , dari segi dalaman , hanya segelintir kawan yang tahu apa sebenarnya kehidupan harian Leo. Bagi orang berlambang Leo , rumah adalah ruang yang menyenangkan , rekreasi , mahligai , dan kamar persendirian . Leo sangat setia pada keluarga. Anda menyukai anak – anak dan memastikan mereka di jaga dan di pupuk dengan sewajarnya. Namun , sebagai ketua dalam rumah tangga , sebaik – baiknya anda sentiasa bersedia menyelami hati atau perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.

No comments: